Monday, January 9, 2012

Jika Anda Sedih.....


Kenapa manusia bersedih? Pelabagai alasan yang menyebabkan manusia bersedih, contohnya:

Kawan- kawan lupa birthday kita
Pemergian orang yang tersayang
Terpaksa pindah sekolah, tempat kerja dan pindah rumah
Terpaksa tinggalkan kawan
Ditinggal kekasih
Dapat result UPSR, PMR, SPM dan STPM rendah
Result exam final xsampai target, 3.50 and above
Xdapat masuk universiti
Xdapat tonton favourite movie kita
Xada duit
Stress dengan kerja and homework yang bertimbun
Bila baju di jemuran basah dek hujan
Bila kita menginsafi diri kita
Ada ahli keluarga atau kawan- kawan yang ditimpa musibah
Ada kawan yang terasa hati dengan kita, tapi kita xtaw kesalahan kita
Duit xcukup
kena marah dengan mama dan abah
dan
sebagainya..

Itu adalah antara alasan mengapa manusia bersedih. Justeru itu, bila kita sedih, APA KITA AKAN BUAT?
Ada antara kita sudah pun berputus asa, menyalahkan takdir yang Maha Esa. Ada juga yang cari penyelesaian paling mudah, BUNUH DIRI

Namun begitu, itu bukan tindakan yang tepat. Bunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar kerana kita telah melawan takdir Allah SWT. Masyallah... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Saya sendiri pernah sedih. Hati saya menangis, tapi mutiara jernih tidak pernah keluar. Sebabnya? Saya telah ditinggalkan oleh orang yang saya sayang. Pada masa tu, saya menyalahkan takdir, kenapa saya perlu mengenalinya jika begini berakhirnya hubungan kami.? 

Tapi, Alhamdulillah. Saya cepat tersedar. Itu semua ujian dariNya. Ujian yang diberi untuk saya memberi peluang kepada diri saya untuk mendekatiNya. Sesungguhnya saya lalai. 

Kesimpulannya, jika kita @ anda bersedih, mengapa anda perlu meratap kesedihan dan kepdihan itu seorang diri? 

LUAHKAN

Luahkan kepada sesiapa pun, kawan- kawan, ahli keluarga dan yang paling penting, mengadulah kepada tuhan kita, yang mencipta sekalian makhluk. Hanya Dia yang benar- benar mengenali kita. Nescaya, berat beban yang ditanggung itu akan berkurangan, dan hati kita akan tenang

INGATLAH SETIAP APA YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA

Setiap perkara yang buruk yang menimpa diri kita hanyalah satu ujian. Jika kita dapat menghadapinya, pasti Allah SWT juga akan turut memberi ganjaran yang lebih baik buat kita. Jadi, mengapa kita perlu berputus asa, sedangkan nikmat Allah SWT ada di mana- mana? Terimalah musibah yang menimpa dengan hati yang terbuka, penuhinya dengan sabar dan sentiasa berdoa semoga dimudahkan segalanya untuk kita. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengasihani.

YAKIN DENGAN TAKDIR DAN KETENTUAN ILLAHI

Hati kita perlulah sentiasa meyakini ketentuan Illahi. Kita manusia hanya merancang, yang menentukannya adalah Allah SWT. Sudah ditentukan kita akan menghadapi musibah tersebut, mengapa kita perlu menyalahi takdir? Setiap yang berlaku punya sebab musabab masing- masing. Mengapa Allah SWT menurunkan musibah terhadap kaum yang terdahulu? Kerana mereka lalai, mereka melakukan larangan Allah SWT, mereka mengerjakan sesuatu yang terkutuk, mereka menduakan Allah SWT. Itu semua adalah satu pengajaran buat kita, bukan? Itu semua telah pun ditentukan, maka kejadian tu telah dianggap satu pengajaran dan peringatan buat kita. Lihatlah, betapa ALLAH SWT MENYANYANGI KITA.

SEDAR BAHAWA MASIH ADA LAGI INDIVIDU YANG LEBIH MENDERITA

Sedarkah kita, masih ada pihak lain yang lebih menderita daripada kita? Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi sekurang- kurangnya kita dapat makan, dapat lagi menimba ilmu, dapat hidup dalam suasana aman. Tapi, bagaimana dengan pula dengan saudara kita di Palestin? Tidak pernah terlintaskah di fikiran kita bagaiman kehidupan mereka? Makankah mereka? Minumkah mereka? Belajarkah mereka? Tidurkah mereka? Mereka tidak bernasib baik seperti kita. Sukarnya untuk mereka untuk melakukan semua itu. Kita, Alhamdulillah dilahirkan dan tinggal di Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang ada. 

BERSYUKUR DENGAN UJIAN YANG DIBERI

Apabila ditimpa musibah, cepat- cepat kita bersyukur kerana kita antara manusia yang menjadi pemerhatian Allah SWT. Allah SWT mahu melihat bagaimana kita menghadapi ujiannya. Apabila ujian datang bertimpa- timpa, itu menandakan bahawa Allah sememangnya sayangkan kita. Allah juga mahu memberi kita ganjaran yang kita sendiri tidak akan sangka. Jadi, mengapa perlu berputus asa?

DEKATKAN DIRI KEPADA YANG MAHA ESA

Apabila kita sedih, segeralah kita dekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan berzikir, membaca Al- Quran, dan solat hajat, istikarah dan sebagainya. Insyallah kita akan memperoleh satu ketenangan yang berbeza daripada dahulu. Kita akan berasa dekat dengan Allah SWT. Kita juga akan sedar, kita tidak keseorangan kerana Allah tidak akan meninggalkan kita, kita yang sering meninggalkanNya dengan kelalaina dan kesombongan kita. Kita lupa bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Allah akan menolong kita apabila kita dalam kesusahan. Insyallah...

Jadi, mengapa perlu meratap kesedihan kita, sedangkan kita boleh menghilangkannya? Apabila berlaku musibah, segeralah kita berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Hanya dengan cara itu kita akan peroleh ketenangan. Insyallah... 

Sekian sahaja.
Thank You
May be peace upon you.. :)

No comments:

Post a Comment