Sunday, October 30, 2011

MY STORY........

Well.. hari ini 30 Oktober 2011.. Lama kan aku xtulis blog ni.. Actually sepanjang aku xupdate blog ni, banyak peristiwa yang menimpa aku. Kalau nak cerita satu, satu memang xabes la. So aku akan tulis yang mane aku ingat dan yang mana terlintas di fikiran kau ni.

First sekali, pada tarikh 4 Oktober 2011. Tarikh keramat tu.. Pada tarikh ini aku telah selamat dinikahkan dengan... jeng jeng jeng.... sape?? cuba teka? Hahaha.. xde la.. aku xkawen lagi, calon xde lagi, macam mana nak kawen. 4 Oktober adalah hari selasa. Pada hari selasa aku ada kelas international marketing, jam 11- 2 ptg. Lepas kelas, aku makan mihun goreang kat fakulti aku. Balik lak, aku lalu pusanika, dan at the same time, kat pusan ada pc fair. Aku beli external, mp3 and headphone. Lepas tu, sampai bilik, aku terus test la sume yang aku beli tu. Bila ayu balik bilik, dia ajak aku ke pasar malam pada malam tu. Aku cakap ok je, maklum la, ada motor dia, senang nak kuar pegi pasr malam. Dalam 6.30 ptg, aku dan dia bertolak ke pasar malam. Kitorang beli nasi kukus yang mc sue, nita, pijah kirim, beli putu bambu kat tati, beli air cendol kat nita, dan beli nasi kerabu dan air tuk kitorang. Dalam 7 lebih kitorang gerak pulang. Malang xberbau. Kitorang accident. Ayu langgar divider jalan. Sebenarnya, aku xingat ape- ape pun pasal accident tu. Aku sedar kat tepi jalan, ramai orang ngah bantu aku. Aku tanye ayu mane? Dorang cakap ayu dalam ambulans, xsedar diri lagi. Aku bingung. Aku betol- betol xtaw apa yang berlaku. Yang aku ingat, aku nampak divider jalan kat depan tu.. dan aku betol- betol xingat ape2. Aku ingat aku mimpi pergi pasar malam. Sepanjang aku xsedar diri kat tepi jalan tu, semua perkara yang aku buat kat pasar malam tu macam dimainkan semula. So, bila aku sedar, aku ingat aku mimpi. Xsangka ianya betol. Aku dikejarkan ke hospital. Ayu still xsedar lagi. Bersama aku ada TNC HEPA, Proff Othman. Memang kalut gila la malam tu. Kitorang dikejarkan ke wad kecemasan hospital Kajang. Aku baring atas katil kat wad tu. Aku tidur, aku rasa xlarat, letih sangat. Bila aku buka mataa, aku nampak Irwan Ahmad. Yang lucunya, aku cakap aku lapar, nak makan kat dia. Hahaha.. tapi aku xdibenarkan makan. Doktor nak check aku, takot nanti effect pape kat aku. Baju yang aku pakai kene gunting. Lepas tu, aku kena x- ray aku punye tangan, bahu. Dan, didapati tulang selangka aku patah. Bahu aku terkehel. Aku xtaw jam wape aku dipindahkan ke wad biasa. Aku xleh jalan sangat, kepala aku rasa pening sikit. Aku dapat rasa muka aku bengkak. Gila la... Masa aku dipindahkan ke wad, aku nampak ramai warga kajai kat sepital tu. Kawan- kawan aku sume datang. Ayu lak dalam keadaan kritikal lagi. Dia xsedar diri lagi. Masa tu dalam fikiran aku, kesian mama dan abah aku, bergegas dorang bertolak dari kelantan ke kajang sebab aku. Dorang bertolak dari jam 9.30 malam, sampai 4.00 pagi. Wau.. cepat tu.. Memang laju gila abah aku bawak kereta. Memang kesian la. TNC tunggu aku dan ayu sampai jam 2.00 pagi. Dia bagitahu aku, dia nampak aku pakai baju kolej, so, dia tahu aku budak UKM, kolej Rahim Kajai. Terus die kol pengetua kolej. Malam tu, TNC yang bertanggungjawab bawa aku dan ayu ke hospital, dia yang pegang telefon aku sebelum Irwan ambik. Kesian TNC, lepas meeting, jumpa budak UKM accident lak. Tapi, alhamdulillah dengan semua dugaan ni. TNC cakap, aku tercampak 5 meter dari tempat kejadian, dan kereta belakang aku sempat brek. Kalau x, xdapat la aku update blog aku ni. Esok pagi, mama aku kejutkan aku, dalam 6.00 pagi. Kesian mama aku, risau dia. Itulah dugaan yang Allah bagi kat mama dan abah aku. Dorang nak pergi Mekah 14.10.. Naseb baik aku selamat. Ramai staff UKM datang melawat, kawan- kawan, persatuan Anak kelantan, PMUKM..  Petang, aku dibenarkan keluar. Aku cuti 2 minggu. So, aku balik la Kelantan. Sepanjang aku kat rumah, aku menyusahkan family aku. Mama dan abah kalut nak bwa aku jupe tok bomoh patah. Aku xleh pakai tshirt, kain kena mama yang pakaikan sebab tangan kiri aku x kuat mcm sebelum ni. Memang dugaan. Lepas pergi rumah sorang ustaz ni, aku rasa lega sikit. Yang baiknya, aku da boleh sesuaikan diri guna sebelah tangan, tangan kanan. Aku boleh mandi, pakai baju sendiri, makan sendiri. Aku juga kene pantang. Xleh makan ayam, udang, daging sume tu. Aku leh makan ikan je. Minum air panas, suam je. Masa mama buat makan sempena kesyukuran dia nak pergi Mekah, ramai yang datang, bagi duit kat aku. Dapat la dalm RM 200 gitu. Alhamdulillah. Bengkak kat muka aku pun da surut. Da nak jadi cun balik da. Hahaha..

17 Oktober, aku bertolak ke Kajang dengan kakak aku. Tangan aku semakin baik walaupun still xleh angkat sangat. Aku xleh nak sentuh hidung lagi. Tangan kiri aku xkuat. 18 Oktober cuti aku abes, so, aku datang awal sikit supaya aku xkelam kabut. AAku jumpa balik semua kawan- kawan aku. Bila dengar cite sal aku accident tu, dan keadaan panik dorang tu, memang lawak r. hahahaha.. lucu gile.. Tapi, dorang still ada tuk support aku, tolong aku. TERIMA KASIH KAWAN- KAWAN. Sekarang, pada tarikh 30 oktober, tangan aku semakin baik lagi. This time, aku da boleh sentuh hidung, angkat tangan tinggi sikit, tapi xleh lepas kepala. Aku gembira dengan improvement aku. Aku gak da boleh pakai seluar. Tangan kiri aku kan dah semakin baik. Tapi still, aku xleh buat kerja- kerja berat dan lasak. Nnti xpasal- pasal masuk hospital lagi. Aku sekarang xsabar nak balik umah, sambut raya korban. Nak tunjuk kat adik- adik aku, tangan aku da semakin baik. Tapi bahu aku tetap rebeh sebelah. Senget la sebelah. Aku kene pergi betolkan aku punye bahu, tapi kene tunggu mama balik dulu dr mekah.

Next story lak.. sampai UKM, Muhammad Nurdean call aku. Kire cam contact aku balik r. Xtaw nape die contact aku. Aku ni kire menyampah tahap gaban kat dia. Bagi aku, mesti ada something yang dia nak bila dia ambik kptusan nak contact aku balik. Dulu bukan main lagi dia. Aku tunggu dia reply msj aku, kol aku, bukan dia wat pum. Rasa bodoh je aku masa tu. Ni, ribut xde, angin xde, tiba- tiba contact aku. Law dia igt aku ni still ade hati ngan dia, dia silap besar. Hati aku ni dah mati sebab pangai die. Aku dah xkisah dia nak msj aku ke, nak kol aku ke. Tapi, law dok harap aku akan mesej die macam dulu dulu, die silap. Aku memang xakan buat gitu. Nombor phone die pum aku xsave. Aku betol betol terluka sebab dia. Dia ingat dia boleh bodohkan aku sekali lagi? NO!! Aku xakan jadi bodoh macam dulu lagi. Well, if dia msj aku, aku reply, if dia kol aku, aku jwb. If dia da like aku punye status kat FB, ada aku kisah?? Jantan lagu tu, memang xleh caya la. Aku dah tawar hati ngan dia. Dia xtaw apa terjadi pada aku masa dia wat aku lagu tu.. AKu jadi depressed sgt. Kepala otak aku serabut, mood hilang. Dia ingt aku suka ke hidup lagu tu? Nasib baik aku ni igt tuhan, igt family, igt kwan2 yang setia dengan aku, yang sayang ngan aku. Mereka mcm memberi aku semangt untuk teruskan hidup aku, beri motivasi kepada aku. Aku dah xmau jadi budak bodoh macam dulu. Dia igt aku ni alat mainan ke? Senang2 nak buang, nak ambik.. Weh, boleh blah la weh... Aku xingin nak kwan ngan kau sebenarnya, tapi, jaga hati kau punye pasal, xpe la. Aku kawan, tapi aku xakan pernah ikhlas kawan dengan kau macam dulu. Kau xdapat rasa betapa ikhlasnya hati aku menerima kau dulu. Kini, aku dah xikhlas macam dulu.Bukan aku mahu wat gini, tapi, aku xleh. Bila aku igt balik apa yang kau wat kat aku dulu, aku memang sakit hati sgt2. You hurt me so much!!! So, aku memang dah xleh nak ikhlas ngan kau. Sorry sgt2. Semoga kau bahagia la dengan kehidupan kau sekarang yek.. Aminn..Aku pun heran la, nape la laki cam kau ni kan, still ada lagi pompuan nak. Sekarang, kau bodohkan pompuan yang syg gile kat kau, nanti kemudian hari, orng akan bodohkan kau balik. Get ready for that.. Masa tu, kau jgn nak salahkan org lain, salahkan diri sendiri je. Sebab, itu adalah balasan yang kau dapat sebab apa yang dah kau buat kat org lain. So, wish you best of luck!!!

Next story.. Story ni pasal aku terkejar- kejar nak belajar finance dan management account. Sepanjang 2 minggu aku cuti, aku rasa banyak sangat yang aku tertinggal.Finance berapa bab erk.. Dupont System, Interest, bond, dan stock. Pergghh... banyak yang aku kene cover.. yang xwape best aku dengar, mid term finance pada 3.11.... wahhh.. xlama lagi tu.. So, baru baru ni.. aku pergi jumpa lecturer.. belajar balik apa yang aku tinggal. Dan.... jeng jeng jeng.. aku rasa agak senang gak finance ni if kite paham formula dia tuh.. Alhamdulillah.. pas wat latihan, aku agak paham dengan ap yang aku belajar dengan lecturer. Tapi, still ada lagi yang aku xwape boleh jawab. So, aku ambik keputusan tuk jumpa lecturer ag.. tanye balik.. Insyallah, aku nak score mid term ni.. Nak result final aku tinggi punye. So, aku kene usaha lagi. Then, pasal management account lak. Bapak susah nak paham.. Adoi.. Aku tinggal 2 bab je. Insyallah, aku dapat kejar. Hehehehe.. aku xstudy lagi MA ni.. Tapi, aku taw ability aku. Law aku study, leh paham punye, yang xleh paham tu, bile aku xstudy.. Hehehehe.. So, good luck ye Qeela..!!

Well, pada 19 Oktober, aku mengikuti lawatan ke Northport, Port Klang, Selangor under kelas majoring aku, International Marketing. Best pegi sane, rasa xpuas je. Mula- mula kitorang pergi dengar penjelasan Encik Taufik, selaku executive customer and communication kot.. tentang Northport. Wauu.. memang hebat la. Aku macam xpercaya masa dengar penjelasan tu. Nortport dapat untung banyak gile setiap tahun berbanding Westport. Mengikut Encik Taufik, Northport xpernah naikkan tariff macam port lain, tapi, still dapat untung yang memberangsangkan. So, terdetik kat kepala aku, macam mana la pihak pengurusan Northport dapat wat lagu tu. Memang pelik bin ajaib sungguh. Lepas tu, kitorang pergi ronda- ronda sekitar Northport. Bapak besar port tuh.. Memang leh kururs law berjalan. Kontena lak banyak gila, kren lagi, lori, gudang. Kereta import lagi. Fuhh.. memang banyak barang kat Northport. Actually Northport ni x jual produk, dorang just jual perkhidmatan je. And, every single second are money to them.. Gile r.. Duit masuk xputus putus. Susah nak aku gambarkan betapa aku kagum dengan Northport. Sebelum ni, aku xnampak semua ni, tapi, alhamdulillah, Dr. Syed Shah Alam bawa kitorang ke sana. Sedikit sebanyak aku rasa aku dapat 1 pengalaman dan pengetahuan baru. Baru aku tahu selama ni aku ni macam katak bawah tempurung. Well, di situlah berlakunya import eksport  di Malaysia. Dan ia salah satu punca pendapatan negara serta benteng pertahanan negara. Jadi, Northport perlu dilindungi daripada musuh. Good Luck Nortport.. Hopefully aku dapat jadi salah seorang krew Northport.. Aminn.. :)

Aku rasa sampai takat ni dulu la MY STORY.. Next time aku story mory lagi ye.. So, selamat malam, dan salam.. :D