Sunday, June 5, 2011

WANG FIAT: SEKADAR SEKEPING KERTAS.........


P      1.0   PENGENALAN
          Wang merupakan satu objek yang diterima oleh masyarakat dan sah di sisi undang- undang sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga. Wang dirujuk sebagai matawang atau wang kertas dan syiling.  Dari segi etimologi, perkataan ‘money’ berasal daripada istilah Latin yang bermaksud mint atau penghasilan siling(pengkoinan), manakala dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah ‘argent’ yang bermaksud perak ini kerana dalam pelbagai bahasa, perkataan wang adalah serupa  emas atau perak.

2.0  WANG FIAT
2.1   Definisi
          Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang- undang  dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan, contohnya wang kertas. Ianya merupakan symbol komoditi atau janji kerajaan. Namun begitu, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan penjanjian untuk membayar wang sekiranya dituntut.  Manakala dinar emas pula adalah matawang yang berasakan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di Negara- Negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan matawang Islam yang pernah digunakan di Madinah pada zaman Rasuluallah SAW.
2.2  Sejarah
          Pada 1880, sistem kewangan yang digunakan adalah piawaian emas. Cirri utamanya adalah ia merupakan sistem pertukaran tetap. Terdapat dua jenis piawaian emas iaitu Gold Specie Standard dan Gold Bullion Standard.
          Melalui piawaian ini, emas mempunyai dua fungsi utama. Pertama, emas dapat menyelesaikan pembayaran debit dan kredit dalam akaun antarabangsa. Kadua, syiling emas diterima sebagai medium pertukaran dan pembayaran di peringkat domestik. Untuk memenuhi fungsi tersebut, iaitu, bank pusat menjamin untuk jual beli emas pada harga yang ditetapkan, kedua, sesiapa sahaja bebas meleburkan emas untuk tujuan yang berbeza, ketiga pemegang emas berhak memiliki syiling bullion dan yang terakhir adalah import dan eksport emas adalah tidak terhad. Melalui syarat- syarat  yang ditetapkan, muka dan nilai emas yang dicetak sentiasa sama.
         Penggunaan wang fiat pula bermula pada tahun 910 selepas masihi apabila Negara China membuat percubaan menggunakan wang kertas dalam urusan jual beli pada masa tersebut dan berlarutan sehingga berates- ratus tahun. Namun begitu, sistem ini ditinggalkan kerana berlakunya inflasi. Kemudian, bermula pada 1716, Negara Perancis pula mula memperkenalkan dan menggunakan wang kertas dan menyatakan bahawa semua cukai perlu dibayar menggunakan wang kertas. Oleh itu, pada masa ini, permintaan wang kertas meningkat dengan mendadak seterusnya menyebabkan berlakunya lebihan wang dan wang palsu lalu menyebabkan sistem ini lupus. Namun begitu, pada 1791, kerajaan Perancis sekali lagi menggunakan mata wang kertas. Akibat daripada penggunaan wang kertas, pada 1795, berlaku kenaikan inflasi kepada 13.000%. kemudian, revolusi wang kertas ditamatkan oleh Napoleon membawa keamanan kepada Perancis lebih daripada satu abad. Pada 1932, sebuah bank sentral diperkenalkan di Argentina di mana bermulanya era kejatuhan mereka dan sistem ini diteruskan sehingga ke hari ini.
           Permintaan kepada kewangan amat besar semasa Perang Dunia I dan ia  hanya dapat dipenuhi dengan penciptaan wang. Kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas (Gold Standard) dengan tujuan untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini berlaku kepada pasaran domestik.  Pada 1933, hanya lima Negara yang masih menggunakan sistem piawaian emas iaitu Perancis, Belgium, Holland, Itali dan Switzerland. Namun begitu, sistem ini berakhir pada tahun 1936 kerana berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.
           Bermula pada 1931 dan seterusnya, beberapa negara telah memperkenalkan kawalan pertukaran asing sebagai tindak balas krisis tersebut. Ia bertujuan untuk memastikan rizab kadar pertukaran asing adalah mencukupi dan dapat memnuhi pembayaran semasa. Oleh itu, kawalan import dan eksport telah diamalkan oleh kerajaan. Dua cirri utama pertukaran asing yang dititiberatkan adalah sekatan ke eksport modal dan tuntutan menyerahkan hasil kutipan matawang asing daripada eksport. Apabila,  Perang Dunia II meletus, hal ini memaksa negara- negara yang tidak berbuat demikian turut menggunakan sistem ini.
           Akibat daripada Perang Dunia II, Amerika Syarikat dan Britain bersepakat untuk membentuk sistem kewangan yang bebas dan stabil serta berbentuk multilateral pada tahun 1943. Ekoran daripada peristiwa ini, pada Julai 1943, persidangan Breton telah diadakan. Kesannya, kedua- dua Negara bersetuju untuk menggunakan konsep piawaian emas dan menubuhkan tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menyelia operasi tersebut. Melalui cara ini setiap ahli negara IMF telah  mencapai kestabilan matawang masing- masing relatif kepada emas atau USD.  Sistem ini dikenali sebagai Sistem Bretton Woods.
          Pada 1944, pihak US telah menetapkan belian dan jualan emas antara IMF dan bank pusat lain pada kadar USD32 per auns emas. Disebabkan oleh, USD dapat diubah kepada emas, kebanyakan matawang Negara lain adalah dalam bentuk emas dan USD untuk memperolehi faedah bunga. Hal ini menyebabkan kebanyakan bank pusat menggunakan instrumen untuk campur tangan dalam pasaran. USD menjadi sandaran dalam transaksi antarabangsa.
          Sekitar 1950an, sistem itu berjalan dengan lancar. Namun begitu, sekitar 1960an, defisit yang tinggi dialami oleh Amerika Syarikat. Akibatnya, pada Ogos 1971, wujudnya keraguan terhadap kebolehan boleh ubah USD kepada emas. Maka, pada 15 Ogos 1971, Amerika Syarikat mengumukan bahawa USD tidak boleh ditukar dengan emas. Kemudian pada 13 Februari 1973, harga emas ditingkatkan daripada USD 38 kepada USD 42.22 per auns. Ekoran peristiwa ini, Switzerland dan Jepun telah menilai semula matawang mereka kepada 12% dan 7½% seterusnya mengakibatkan Sistem Bretton Wood berakhir. Kemudiannya, sistem kawalan terapung digunakan oleh sesetengah negara maju yang diketuai oleh Jerman.
          Tetapi, kepada negara- negara yang membangun, mereka masih lagi menetapkan matawang mereka bersandarkan kepada USD, contohnya Ringgit Malaysia (bermula pada 1998), matawang Brunei dan Hong Kong serta Sing Dollar.



3I   3.0  ISU WANG FIAT: KESAN PENGGUNAANNYA TERHADAP EKONOMI DAN                      MASYARAKAT
          Penggunaan wang fiat telah memberi kesan buruk kepada sistem ekonomi dunia. Masyarakat dunia telah mula menyedari bahawa wang fiat ataupun dikenali sebagai wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai sebenar seperti wang sebenar iaitu emas.

          Nilai wang yang dicetak di atas kertas ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran. Hal ini bermakna nilai wang fiat bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengelurkannya. Pada dasarnya, wang kertas digelar wang fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi ai dikeluarkan oleh pihak- pihak tertentu dan dijamin nilainya. Namun begitu, ianya hanyalah sekeping kertas yang diterima umum untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan wang fiat adalah berdasarkan kepercayaan semata- mata. Sekiranya masyarakat sekeliling mula meragui atau hilang kepercayaan terhadap wang fiat, ia tidak lagi boleh digunakan.

          Sejarah lalu telah membuktikan bahawa wang fiat tidak berguna jika sesebuah negara dilanda peperangan lalu wang tersebut dilambakkan dan dibakar sehingga hangus. Di Malaysia contohnya, pada zaman penjajahan Jepun, istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ telah digunakan sebagai matawang, namun ia tidak mampu untuk membeli secawan beras. Hal ini menyebabkan berlakunya lambakan duit tetapi tidak meningkatkan taraf hidup masyarakat pada masa tersebut.

          Wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang- hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastik digital di mana wang ini tidak disokong oleh apa- apa aset yang nyata. Nilainya mudah untuk dimanipulasi oleh speculator matawang.  Contohnya, krisis ekonomi Asia 1997 berlaku kerana adanya unsur spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlakunya susut nilai matawang. Keadaan ini dinamakan money meltdown. Sebenarnya keadaan ini telah berlaku sejak 1973 dan 1980 apabila berlaku kejatuhan Dolar Amerika.

          Penggunaan wang fiat juga menyebabkan berlakunya inflasi. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, member hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga lagi wang fiat yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat.

          Apabila berlakunya inflasi, ia akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kuasa beli masyarakat akan berkurangan. Hal ini kerana nilai wang fiat akan menjadi rendah berbanding harga barangan yang diperlukan oleh masyarakat. Contohnya, menggunakan  RM 1000 dahulu, seseorang mampu memiliki sebuah kereta import, namun, akibat inflasi, menggunakan RM 1000 kini, seseorang belum mampu membeli kereta import. Harga barangan menjadi terlalu tinggi sehingga nilai wang fiat jatuh.

          Dalam kehidupan masyarakat sekarang, masyarakat hidup dalam serba kekurangan akibat berlaku kenaikan harga barangan yang terus menerus. Ini meyebabkan hampir semua masyarakat di Malaysia berhutang dengan bank atau institusi kewangan. Hutang ini perlu dibayar berserta dengan faedah atau riba mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Pelbagai alasan telah diberikan oleh pihak tertentu untuk terus mengamalkan riba, antaranya adalah, peminjam telah menggunakan modal tersebut untuk memenuhi keperluannya sendiri, maka wajar bagi pemiutang untuk menuntut sebahagian keuntungan tersebut. Keuntungan yang diperolehi oleh peminjam wajar dikongsi.

          Selain itu, penggunaan wang fiat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kadar pengangguran dan peningkatan dalam kegagalan syarikat perniagaan. Ini kerana sistem kewangan fiat menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang yang besar antara golongan berada dengan golongan miskin. Nilai wang fiat yang tidak stabil menyebabkan berlakunya krisis kewangan dunia di mana Dolar Amerika telah jatuh. Kejatuhan Dolar Amerika menyebabkan negara- negara yang matawangnya bersandarkan Dolar Amerika, contonya Ringgit Malaysia turut terkena tempiasnya. Berlaku inflasi yang teruk sekitar akhir tahun 2008 di mana beberapa buah syarikat terpaksa ditutup dan syarikat terpaksa membuang perkerja mereka. Ini menyebabkan berlakunya pengangguran.

          Selain itu, wang fiat tidak mempunyai nilai sebenar dan tetap kerana ia hanya bersandar kepada sekeping kertas dan tidak diperakui oleh manusia sejagat. Nilai wang fiat hanya diperakui jika wang tersebut dicop oleh bank pusat sesebuah negara, contohnya Ringgit Malaysia diperakui sah apabila dicop dan diperakui oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermakna tanpa cop dan akuan Bank Negara Malaysia, nilai Ringgit Malaysia hanyalah sekadar sekeping kertas yang tidak bernilai, contonya wang palsu. Wang palsu tidak boleh digunakan kerana ia tidak diperakui sah oleh bank. Itulah nilai sebenar wang fiat.  

          Penggunaan wang fiat juga menjadikan pertukaran matawang antara negara menjadi tidak stabil. Ini kerana wang fiat mudah untuk dimanipulasi dan disalahgunakan seterusnya menyebabkan berlaku unsure riba. Hari ini, dunia dapat melihat berlakunya ketidakadilan dalam sistem pertukaran matawang dunia, contohnya, RM 3.35 hanya dapat ditukarkan kepada USD 1. Ini menunjukkan bahawa nilai matawang antara negara maju dan negara membangun mempunyai nilai yang berbeza dalam sistem pertukaran matawang dunia. Secara tidak langsung, dapat dikatakan bahawa negara- negara maju telah memanipulasi dan menyalahgunakan wang fiat demi kepentingan negara mereka.      


4.0   RUMUSAN
Kesimpulannya, sejarah telah mencatatkan bahawa penggunaan dinar emas mampu bertahan berkurun lamanya bebanding nilai wang fiat. Namun begitu, pelbagai sebab dan alasan telah diberikan oleh pihak tertentu bagi menggunakan wang fiat dalam sistem perdangangan dunia.

          Ekoran daripada hal ini, selama beberapa kurun, wanf fiat telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Pengeluaran wang fiat secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Percetakan wang fiat secara berleluasa menyebabkan penurunan nilai matawang dan berlakunya inflasi. Inflasi yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada sistem ekonomi dunia, malahan turut memberi implikasi yang buruk kepada masyarakat dunia. Penggunaan wang fiat dalam ekonomi kapitalis juga mendorong kepada berlakunya spekulasi, manipulasi dan gharar di mana ianya bertentangan dengan hokum Islam. Akibat daripada spekulasi, manipulasi dan gharar ini menyebabkan nilai wang fiat sentiasa tidak stabil. Hal ini seterusnya menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam perdangangan antarabangsa.

          Namun begitu,  kelemahan sistem wang fiat dapat diatasi melalui penggunaan matawang dinar emas. Terdapat beberapa bukti tentang galakan menggunakan wang emas berbanding wang fiat. Selain itu juga, nilai emas terbukti sentiasa stabil biarpun berkurun lamanya. Ini telah dibuktikan dengan sejarah dunia di mana sebelum Perang Dunia Pertama, sistem piawaian emas digunakan, dan ekonomi dan masyarkat dunia dalam keadaan baik selama berkurun- kurun sehinggalah munculnya penggunaan wang fiat.

          Oleh itu, wajarlah piawaian emas sekali lagi digunakan sebagai matawang utama dunia agar keamanan dan kemakmuran dunia sekali lagi dapat dikecapi. Masyarakat dunia perlu menyedari tentang kelebihan wang emas berbanding wang fiat yang banyak kelemahannya.

Wednesday, June 1, 2011

GAMBAR TOM MARVOLO RIDDLE




INILAH KONONNYA TOM MARVOLO RIDDLE.... aku xingat nama pelakon ni....
tapi dengan muka berlagak dia tu, memamg sesuai la sangat..
hahahahhahahahha!!!!