Thursday, January 12, 2012

Cita- cita..

Sebelum saya tidur, saya nak borak sikit pasal topik yang lazimnya menjadi kegemaran kita semasa zaman budak- budak.

______CITA- CITA______

Bila sebut pasal cita- cita, apakah yang kita bayangkan? Cita- cita sama seperti impian kita, so, apa impian kita? Pelbagai bukan?

MAHU RUMAH BANGLO BESAR, MACAM RUMAH SHAH RUKH KHAN..

Lebih kurang gini la..
boleh berenang,, walau xreti berenang.. :P




MAHU KERJAYA YANG HEBAT MACAM ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, PILOT, BUSINESSMAN dll

NAK GAJI YANG MAHAL, KALAU BOLEH 10 0000 US DOLLAR SEBULAN..

NAK KAHWIN ORANG KAYA, DONALD TRUMP TUH...

NAK KAWIN SELEBRITI TERKENAL MACAM DAVID BEKHAM, TOM CRUISE, SHAH RUKH KHAN, SITI NURHALIZA dll

KALAU BOLEH NAK LAKI/ BINI YANG HENSEM DAN CUN.. body bini mesti 36 24 46.. (betol ke x, aku xtaw.. ;)), law laki lak, nak hensem macam Aaron Aziz..

NAK BELAJAR SAMPAI LUAR NEGARA, LEH PERGI MELANCONG SAMBIL BELAJAR, KAT JEPUN KE, AUSTRALIA KE, AMERIKA KE (leh g White House, jupe Barrack Obama.. kan?)

NAK BELI PAKAIAN BERJENAMA dll

NAK JADI BIJAK MACAM ALBERT EINSTEIN.. NANTI DAPAT ANUGERAH NOBEL, MASHYUR NAMA MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH!!!

NAK BUKA KEDAI KEK, NANTI BULEH MAKAN KEK SELALU..

NAK BELAJAR MASAK MASAKAN HOTEL, LEH JADI MACAM CHEF WAN.. MANE TAW JADI JURI MASTER CHEF MALAYSIA KE PASNI.. :)

jadi yang mat salleh pun buleh je...
aku kan terer masak..
chewah.. pasan.. :P

NAK DUDUK RELAX JE KAT UMAH, XMAW KERJA.. (agak- agak la, apa akan jadi kalau malas kerja kan?? apa la nak jadi ngan aku ni???)

NAK COLLECT ALL NARUTO SERIES YANG ADA KAT MUKA BUMI NI.. (asal bunyi cam pelik je??? huhuhu- ni cita2 aku je la..)

dan yang penting..

NAK JADI WANITA/ LELAKI SOLEH/ SOLEHAH YANG DAPAT MEMINPIN GENERASI AKAN DATANG KE ARAH JALAN YANG LURUS, BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN MENJADI MUKMIN YANG MULIA DI SISI YANG MAHA ESA..
(ini penting taw, baru bahagia dunia akhirat..)

Jadi, xkisah la walau apa pun cita- cita kita, selagi tidak menyalahi hukum agama, kita boleh berusaha untuk mencapainya.. (yang kat atas tu, mengarut je tu.. hehehehe)

Kalau masa kecik- kecik dulu, umur 7 tahun, masuk darjah 1, mesti dalam kelas, cikgu akan tanya,

" Bila besar nanti, kamu nak jadi apa?"

Pastu, macam- macam la kita jawab..

"nak jadi cikgu, cikgu. Sebab mama saya cikgu"

ada juga jawab,

"nak jadi polis"
"nak jadi doktor"
"nak jadi ultraman"
(hahahah.. yang ni lawak)
"nak jadi power rangers"
(yang ni pun lawak.. haha)
"nak jadi tukang masak.."
"nak jadi pemandu lori, sebab abah saya pemandu lori.."
"nak jadi peguam"

dan sebagainya..

Ingat lagi x semua tu?

Tapi, bila masa berlalu, kita pun dah meningkat dewasa, cita- cita zaman kecik kita dulu tu xbawa apa- apa makna pun, kan?

Sebab bila dah besar, kita semakin hilang arah tuju. Kita xtaw untuk apa kita hidup.. Kenapa kita belajar.. Bila bangun je, kita pergi sekolah.

Masa sekolah menengah, kita mula ada perasaan terhadap orang yang berlawanan jantina. Masa tu, tengok orang ada makwe, ada pakwe, kita pun rasa nak juga. So, kita pun mulalah dengan angan- angan.. Bila bercinta ni, seronok, ada orang yang ambil berat, rasa disayangi, nanti kawin dapat anak comel.. (tambah pula dengan pengaruh novel cintan cintun.. habis la...)
Masa ni kita dah lupa dengan cita- cita kita dulu kan??? (saya pun...)

Jadi, sampai sekarang ada lagi individu yang xpunya cita- cita dan hala tuju. Dorang sesat dalam dunia ciptaan mereka sendiri. 

Tapi, nasib baik ada yang sedar. Sebab tu ada yang samapi pi belajar luaq negeri tu.. Amerika, Mesir, German, Perancis.. dan lain- lain. Saya seriously cemburu dengan mereka ni, sebab nak pergi belajar luar negara tu adalah salah satu cita- cita saya masa kecik dulu. 

Apa kan daya, sebab saya ni malas sikit, dapat la masuk UKM ni.. Alhamdulillah.. Sekurang- kurangnya saya dapat juga belajar, dan menjadi salah seorang mahasiswa di Malaysia ni. 

Dan, Insyallah, saya akan belajar elok- elok.. dan akan sambung MASTER di luar negara.. Sebab cita- cita untuk belajar di luar xpernah padam dalam diri saya. Insyallah saya akan ke Australia.. MASTER dalam MARKETING.. (ini plan saya... tapi, belum tentu lagi, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik..)

Lepas sambung MASTER, saya akan apply untuk jadi pensyarah di universiti- universiti tempatan, (Insyallah..)

Kalau xdapat sambung MASTER, saya tetap akan jadi pensyarah di pusat- pusat pengajian tinggi di Malaysia ni.  Itulah matlamat saya sekarang

Di samping jadi pensyarah, Insyallah saya akan buat business kecil- kecilan...
Jual pisang goreng panas dan air NYO.. sedap.. (Yummy...!!)

SEDAPNYAAAA!!!!

Jadi, sebenarnya, hidup kita ni perlu ada cita- cita. Hanya dengan cara itu, kita dapat atur hidup kita untuk mencapai impian tersebut. Walaupun susah, sukar dan hebatnya dugaan, kita pasti boleh mengharunginya..


TAPI...

Jangan sesekali lupa pada cita- cita kita di akhirat kelak...
Amal ibadah perlu dijaga..
Kita perlu balance antara cita- cita dunia dan akhirat. Tertinggal salah satu, hidup kita pasti susah..

Jadi, perhatikan orang sekelilng anda, apakah yang mendorong mereka untuk berjaya? Salah satu sebab: UNTUK MENCAPAI CITA- CITA...

So, APAKAH CITA- CITA ANDA??

TEPUK DADA, TANYA MINDA!!

Sekian sahaja,
TQ
~May be peace upon you~






No comments:

Post a Comment