Saturday, March 19, 2011

AKU MASIH SINGLE????

Mencecah usia 21 tahun, aku selalu bertanya pada diriku, aku masih single??? Well, the answer is yes.. I'm still single, but not available. Bile aku tengok member- member yang lain ada pakwe, ada makwe, terdetik di hati aku, bile la aku nak ada pakwe, yang sayangkan aku. Aku ni bukan makin muda, makin tua, xpasal- pasal jadi andartu.. Tapi apakan daya, jodoh xsampai lagi.. Aku pasrah jew..

Tapi aku rasa lebih baik hidup begini, tidak terikat, aku bebas melakukan apa saja yang aku suka tanpa memikirkan perasaan orang lain(pakwe), aku senang untuk bergerak, kredit telefon pun xabes, xde orang yang ganggu aku, xde yang suruh aku bangun kejutkan dia. Indahnya hidup aku begini. Xde yang selalu mesej aku, n aku xperlu merindu orang itu.. xperlu kerana aku tidak dimiliki oleh sesiapa pun lagi. :)

Namun jauh di dalam sudut hati aku, aku kadang- kadang rasa kesunyian, hati aku rasa kosong, dan tiba- tiba aku tertanya- tanya, adakah aku memerlukan seorang teman?? Maksud aku teman untuk berbicara, teman untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati aku.. Dan aku juga mengaku mahu merasai perasaan cinta itu sendiri, mahu merindui dan dirindui, mahu menyayangi dan disayangi, pendek kata, aku ingin juga merasai nikmat bercinta itu sendiri. Tapi hati aku belum terbuka untuk menerima mana- mana lelaki lagi dalam hidup aku.

So, aku tertanya- tanya, kenapa aku tengok orang lain begitu mudah jatuh cinta dan bercinta, sedangkan aku jangan kata hendak bercinta, mahu jatuh cinta pun susah. Adakah aku tidak memberi peluang kepada lelaki yang ingin mengenaliku atau aku tidak memberi peluang kepada diriku sendiri untuk mengenali lelaki lain dan untuk bercinta?? dan alasan aku adalah, ALLAH SWT belum lagi membuka pintu hatiku untuk bercinta, untuk menerima seorang lelaki dalam hidup aku. Adakah aku sengaja memberikan alasan itu kepada diriku sendiri atau sebenarnya cuba mengelak dari jatuh cinta??? Aku sendiri tidak memahaminya, apa yang aku tahu aku tidak berminat dengan mana- mana lelaki, aku hanya suka berkawan dengan mereka, itu sahaja, untuk menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai teman istimewa, tidak pernah terlintas di fikiranku. Mengapa begitu sukar untuk aku jatuh cinta??? HHHmmmm... aku tidak tahu.

Sesekali aku memikirkan jawapan kepada persoalan tersebut,
  1. Allah SWT menyayangi aku. Dia mahu melindungi aku daripada melakukan dosa- dosa yang akan aku lakukan nanti.
  2. Allah SWT akan mengurniakan seorang insan yang benar- benar menyayangi aku dan dapat membimbing aku ke arah jalanNya.
  3. Allah SWT mahu menguji kesabaran dan keredhaan aku terhadap apa yang Dia telah rancangkan.
  4. Allah tidak akan mengurniakan insan tersebut kepadaku selagi cintaku tidak kuat terhadapNya.
  5. Aku perlu menguatkan imanku sebelum menerima insan lain dalam hidupku.
  6. Allah melindungiku daripada melakukan kemungkaran di dunia.
  7. Aku perlu menuntut ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan sebelum berumah tangga.
  8. Allah SWT melindungiku daripada kealpaan duniawi, yakni bercinta.
  9. Allah SWT sedang membantuku untuk menjadi wanita yang baik dan solehah dahulu sebelum menemukan aku dengan insan tersebut.
  10. Allah SWT talah berjanji setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri, dan Allah SWT pasti akan menemukan aku dengan pasanganku. 
  11. Allah SWT sedang melindungi maruahku daripada dicalar dan tercalar.
Oleh itu, aku hanya perlu yakin bahawa Allah pasti akan menemukan aku dengan pasanganku suatu hari nanti. Aku hanya perlu sabar, untuk itu, aku perlu mempersiapkan diri aku sebaik mungkin sehingga hari itu tiba kerana aku tidak mahu digelar perempuan murahan, tidak mahu digelar isteri derhaka, tidak mahu digelar ibu yang jahat kerana aku mahu menjadi wanita yang hebat di mata suamiku dan ibu yang terbaik di hati anak- anakku. Aku mahu menjadi insan yang solehah di sisi Allah SWT. Jadi aku tidak perlu risau jika aku masih single sekarang, kerana Allah itu Maha Adil, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya, tapi aku, selaku manusia yang sentiasa memungkiri janjiku padaNya. 

So, nasihatku kepada yang masih single, jangan terburu- buru untuk mencari pasangan hidupmu kerana perjalanan hidup kita telahpun dirancang dengan baik oleh Yang Maha Esa. Kita punya kawan- kawan yang sentiasa ada di sisi kita, hidup kita tidak akan sunyi hanya kerana kita single, betol x?? Kita hanya perlu sabar dalam menempuhinya, dan percayalah, SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMATNYA.

AKU BANGGA MENJADI SINGLE!!!! :D










This is my life, and i'm happy to be single.!!

No comments:

Post a Comment