Sunday, July 29, 2012

KAHWIN MUDA



Tahniah diucapkan kepada adik Syafiq dan Yana atas perkahwinan mereka. Semoga perkahwinan mereka memberi satu peluang baru untuk mereka sama- sama menjadi suami isteri serta bakal ibu dan bapa yang soleh serta solehah suatu hari nanti dan menjadi insan yang berjaya. Semoga perkahwinan itu diredhai oleh Allah SWT dan berkekalan selamanya, dunia dan akhirat.

Bagi yang kurang tahu siapa pasangan muda ini, bolehlah klik link di bawah..


Sebagai gadis yang berusia 22 tahun, saya memuji ketabahan dan keberanian pasangan Syafiq dan Yana untuk berkahwin pada usia yang boleh dikatakan amat muda. Mungkin jika kita berada dalam zaman nenek moyang kita, perkahwinan pada usia 16 & 14 tahun adalah perkara yang tidak asing lagi, tetapi, pada abad ini, berkahwin pada usia tersebut dianggap berkahwin pada usia yang muda. Walau apa pun, kita patut bersyukur atas perkahwinan tersebut, kerana 1 pasangan lagi dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat. 

Saya tidak tahu kenapa mereka berkahwin? Mungkinkah kerana cinta atau sebab lain seperti aturan keluarga? Walau apa pun sebabnya, kelihatan seperti pasangan tersebut direstui oleh keluarga masing- masing. Itulah sebaiknya kerana, restu ibu dan bapa adalah keredhaan Allah SWT. Insyallah, perkahwinan mereka kekal selamanya.

Bercakap tentang kahwin muda, pelbagai perdebatan telah pun timbul. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Ada yang mengatakan, usia muda, kita perlu enjoy dahulu, menimba ilmu pengetahuan, mengejar cita- cita dahulu, balas jasa ibu dan bapa dan sebagainya. Ada juga yang kata kahwin muda perlu untuk mengelakkan maksiat, untuk mendapatkan sumber motivasi, perkara baik seperti kahwin tidak perlu untuk diperlambatkan dan sebagainya.

Tapi, bagi saya, perdebatan itu semua tidak salah, cuma pandangan setiap individu itu yang berbeza. Kahwin muda atau kahwin pada usia yang sesuai bergantung kepada individu itu sendiri. Jika sudah bersedia untuk menggalas satu tanggungjawab yang besar iaitu menjadi suami atau isteri, mampu dari bentuk kewangan, kahwinlah walaupun muda. Tetapi, jika tidak bersedia, janganlah berkahwin kerana, kita mungkin akan merosakkan rumah tangga yang dibina, diri dan pasangan kita. Namun begitu, berkahwinlah kerana Allah SWT, bukan kerana nafsu semata. Kerana nafsu, manusia rosak. Insyallah, perkahwinan kita akan sentiasa dipelihara.

Dalam memilih pasangan, berhati- hatilah. Percayalah kepada firman Allah SWT dalam surah An- Nur:

" Wanita yang baik untuk laki- laki yang baik, laki- laki yang baik untuk wanita yang baik..."


Justeru itu, untuk mendapat pasangan yang baik, nilailah diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Tidak perlu menilai orang lain kerana jika kita mengatakan dia tidak sempurna, adakah diri kita sempurna? Apa yang perlu dilakukan, niatkan segala perbuatan kita kerana Allah SWT, dan Allah pasti akan memberikan kita ganjaran selayaknya. 

Dalam perkahwinan, persediaan mental, fizikal dan rohani diri amat penting. Salah kata dan perbuatan isteri walaupun kecil, mampu membuatkan suami terguris hati seterusnya berdosa. Oleh itu, sentiasalah berdoa supaya hati kita sentiasa kuat menghadapi cabaran berumah tangga, terutamanya semasa usia yang sangat muda di mana, remaja dalam proses untuk membentuk jati diri dan era pemberontakan. Adakah kita mampu mematuhi segala arahan suami tanpa sedikit pun pemberontakan di dalam hati? Adakah kita mampu menghadapi keluarga mertua yang sememangnya asing bagi kita? Adakah kita sudah bersedia menganggap keluarga suami adalah keluarga kita sendiri? Adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan ibu dan bapa kita? 

ADAKAH KITA BETUL- BETUL SUDAH BERSEDIA??


So, until next time,
TQ,
~ May be peace be upon you ~

No comments:

Post a Comment