Monday, January 9, 2012

Kerana Aku Seorang Wanita..

Aku bertuah sangat dilahirkan sebagai wanita @ perempuan @ gadis. Sebab:

WANITA ADALAH PERHIASAN DUNIA

Aku ni ibarat intan permata yang berkilauan. Menjadi perhiasan yang cantik. Bukan aku sorang la, tapi semua perempuan.. Aceh ceh,.. bangga x??

Lelaki? dia tolong jaga perhiasan tu. Nak jaga perhiasan itu kenala dengan cermat dan penuh kasih sayang. Lagipun, itukan amanah dia.. Dia perlu jaga dengan penuh lemah lembut. Kalau x, calar la, rosak la perhiasan tu. 

Perhiasan ni mahal. Sebab tu la, kita sendiri pun kena jaga diri kita sendiri. Jgn bagi jadi tontonan pada lelaki bukan mahram. Tutup aurat, jaga kelakuan kita. Baru kita jadi yang terbaik antara yang terbaik. 

So, aku bersyukur sangat lahir sebagai wanita. Sebenarnya banyak kelebihan jadi wanita. Dalam Al- Quran, Hadis pun ada sebut kan pasal perempuan. (xleh nak tulis sebab lupa, pasal kurang ilmu agama.) 

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

Siapa ibu? Bukankah wanita? Bukankah kita perlu berbakti kepada ibu 3x melebihi berbakti kepada bapa kita? Tengoklah, betapa dimuliakannya seorang insan wanita yang bernama ibu. Banggalah kita wahai wanita ynag kelak akan bergelar ibu. 

Wanita yang mati bersalin, mati syahid. Betapa wanita dimuliakan dari kaum lelaki sehingga mati ketika bersalin pun dikira syahid. Maha Suci Allah. Begitu sekali taraf seorang wanita yang mati bersalin di sisi Allah.

Wanita juga dapat mengandung. Lelaki, dapat x? Hanya wanita yang dapat merasai nikmat dan kesakitan ketika mengandung, sedangkan lelaki hanya mampu menumpang kegembiraan.

'MA' 
Ingat lagi perkataan itu? Panggilan pertama yang keluar dari bibir kita. Kita menyebut 'MA', memanggil ibu kita. Kenapa tidak abah, ayah, papa, daddy? Pelik kan? Bertuahnya kita jadi perempuan.
Siapa yang dapat lembutkan hati lelaki? WANITA bukan?

HEBATNYA KITA WANITA @ GADIS @ PEREMPUAN

Sekian sahaja..
May be peace upon you..
TQ..

No comments:

Post a Comment