Friday, January 6, 2012

KEJADIAN BURUK DI AWAL TAHUN BARU..

Tahun baru patutnya disambut dengan gembira, tetapi satu kejadian buruk yang xdisangka telah berlaku dan menimpa diri saya sendiri dan hampir 95% warga UKM, a.k.a students..

Kejadian tersebut adalah...

KETIADAAN AIR DI UKM

Bermula pada 5.1.2012. Adush!! yang lagi stress, kami semua dalam musim...

'EXAM FEVER'

Disamping mengulangkaji pelajaran, kami terpaksa memunggah air, dan mencari air, untuk mandi dan sebagainya. Dan yang pasti, kami semua terjejas teruk, ada yang tak mandi untuk menduduki peperiksaan. 

Bila jadi macam ni, barulah kita tahu betapa bernilainya air. Air adalah segalanya. Untuk mandi, masak, berus gigi, minum dan sebaginya. Bila jadi macam ni, masing- masing cuba sedaya upaya untuk tidak membazir air, tapi, dalam keadaan biasa, air dibazirkan begitu sahaja. Bila berus gigi, kita bukan tutup pun pili air tu kan? Ramai yang buat gitu. Tapi, bila tak da air, nak berus gigi pun susah. Nok solat apatah lagi, bimbang air itu tercemar. 

Saya fikir, seluruh warga UKM kini sedang menghadapi ujian daripada Allah SWT, terutamanya para pelajar. Dalam minggu peperiksaan ni, banyak pula dugaan yang datang. Ada yang xboleh nak study sebab xboleh mandi. Sakit kepala dan pening kepala, tenaga pula digunakan untuk angkut air, bawa motor, kereta sana sini untuk cari air. Maka, apa yang perlu kita lakukan?

IKHTIAR CARI AIR
REDHA DENGAN UJIAN ALLAH SWT
YAKIN DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT
dan
YAKIN DAN PASTI ALLAH AKAN KURNIAKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA..

Ketiadaan air ini juga memberi kesan pada premis- premis perniagaan dalam UKM. Semua makanan perlu dibungkus dan kalau nak makan kat kedai, kedai terpaksa sediakan pinggan polistrin, sebab, tak ada air nak basuh pinggan mangkuk, gelas semua itu. Nak buat air pun rasanya mereka terpaksa guna air tong. 

Student pulak terpaksa beli air mineral banyak- banyak sebagai back- up plan. Kesannya, kos pun meningkat. Selain perlu beli air mineral, kos petrol kenderaan juga perlu ditanggung. Rasanya, dalam tempoh tak ada air ni, kos belanja pelajar meningkat berganda- ganda. Air Mineral dekat kedai pun habis, yang untungnya peruncit tu la. Sebab, masa tak ada air ni, masa berlaku krisis tak ada air mcam ni, permintaan air memang meningkat. So, sapa rugi, sapa untung??

Saya sendiri xtaw sampai bila krisis air ni berlaku. Rasa seksa yang teramat. Nak buang air kecil & besar pun susah, sebab nak jimat bekalan air yang ada. Nak cuci tangan lps makan nasi pun berkira, sebab nak jimat air. Bila berlaku macam ni, barulah semua orang akan belajar berjimat dan menghargai air yang ada. 

So, HARGAILAH AIR SELAGI ADA, JANGAN BAZIR..

"HARGAI AIR"
Air itu SUMBER KEHIDUPAN

No comments:

Post a Comment