ISU PERTAMA
Seorang pelajar IPTA menurunkan bendera PM di PWTC semasa proses menghantar memorandum pemansuhan AUKU
ISU KEDUA
Pelajar terbabit digantung dan berlaku perhimpunan haram di hadapan sebuah IPTA
ISU KETIGA
Semasa perhimpunan haram, seorang pelajar cedera akibat kelakuan kasar anggota polis
ISU KEEMPAT
Ramai yang setuju dengan tindakan pelajar terbabit dan ramai yang mengutuk pelajar terbabit
Jadi, timbul beberapa persoalan dalam otak dan minda fikiran saya.
- Apa rasionalnya menurunkan bendera PM kita selama 5 minit dan menaikkannya semula? Tidak cukupkah dengan hanya menghantar memorandum tersebut?
- Apa rasional mahasiswa mahasiswi berdemonstrasi pada jam 2 pagi di hadapan IPTA tersebut? Tidak bolehkah menghantar sekumpulan wakil, 2-3 orang untuk berbincang dengan pihak atasan?
- Perjuangan kebebasan akademik atau kebebasan berpolitik yang sebenarnya dimahukan oleh para pelajar tersebut?
- Isu pemansuhan auku, kenapa ramai pelajar memandang dan menganggap AUKU sebagai satu halangan? Mengapa tidak mengkaji rasional penubuhan AUKU?
- Pelajar menganggap pihak polis berkasar, tapi kenapa tidak bersurai apabila diminta sebelum pihak polis bertindak?
- Kenapa tiba- tiba pelajar bertindak sedemikian? Adakah ada pihak lain yang menjadi dalang kepada kejadian ini? Adakah institusi lain yang menyokong mereka dan mendorong mereka?
- Adakah tindakan mereka ini membuktikan intelektual mahasiswa siswi?
Jawapan untuk soalan 1, bagi saya, menurunkan bendera PM kita selama 5 minit dan menaikkannya semula adalah untuk mencabar kerajaan. PM kita adalah pentadbir negara, kita seharusnya menghormati PM. Bayangkan anda adalah PM, pentadbir negara, dan bendera yang mempunyai wajah anda sewenang- wenangnya diturunkan oleh seorang pelajar, apakah perasaan anda? Sudah pasti ia mencabar kewibawaan anda, bukan? Seolah- olah, wajah kita diludah- ludah oleh individu tersebut. Adakah itu sahaja harga diri anda?
Soalan 2, kenapa mahasiswa siswi berkumpul seawal 2 pagi untuk demonstrasi sebagai protes hukuman yang dijatuhkan ke atas seorang pelajar? Sedangkan ada cara yang lebih baik boleh diikhtiarkan selain demonstrasi. Bukankah kita golongan cerdik pandai? Berbincanglah mengenai penyelesaian terbaik yang boleh diambil selain demonstrasi.
Berkenaan soalan 3, bagi saya tuntutan yang dikehendaki adalah kebebasan berpolitik. Saya telah pun menbaca tuntutan- tuntutan itu dan turut membandingkan dengan kebebasan akademik yang didakwa mereka perjuangkan. Ianya berbeza.
Antara tuntutan tersebut adalah:-
1) Mansuhkan AUKU
dan AKTA 174
BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :
a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia.
b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.

BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :
a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:
a. Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.
c. Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.
4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
BEBAS menuntut supaya :
a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.
b. Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.
5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti
BEBAS menuntut supaya :
a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.
b. Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.
c. Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.
6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :
a. Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
b. Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
c. Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
d. Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.
Sumber: http://upsikini.blogspot.com
Hampir kesemua tuntutan adalah berkisar berkenaan politik. Ya, mahasiswa patut berpolitik, tapi janganlah terlalu melampau. Rasanya kita boleh berdebat berkenaan politik di universiti, tapi dengan tidak keterlaluan. Berpolitik dan belajar perlu seimbang. Bagaimana kita mahu memimpin negara jika hanya berasaskan politik semata?
Bayangkan AUKU dimansuhkan, Parti A dan B sibuk mengeluarkan ideologi masing- masing, dan pastinya akan berlaku kekecohan sebagaimana kekecohan politik hari ini? Adakah mahasiswa akan bersatu? Kawan boleh jadi lawan.. Adakah akan wujud masyarakat yang aman damai? Tengok sahaja negara yang punya masalah politik seperti Thailand, bagaimana ekonomi negara mereka teruk terjejas. Adakah itu yang dimahukan oleh mahasiswa siswi kita sekarang?
Soalan 4, rasional AUKU. Berdasarkan jawapan saya di atas, cuba kita fikir, apakah rasionalnya AUKU ditubuhkan? Bagi saya AUKU ditubuhkan supaya dapat menjamin keamanan dan perpaduan antara mahasiswa siswi. Justeru itu, AUKU tidak perlu dimansuhkan, tetapi perlu dipinda mengikut kesesuaian semasa dan zaman ini.
Soalan 5, berkenaan tindakan polis yang kasar hingga menyebabkan tulang rusuk seorang pelajar patah. Bagi saya, pihak polis sewajarnya tidak boleh bertindak sedemikian. Namun begitu, pelajar terbabit juga bersalah. Mengapa mahu melawan pihak berkuasa? Jika tidak melawan, adakah pihak polis akan bertindak sedemikian? Tidak, bukan? Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan akan diiringi akibatnya. Kenapa tidak berfikir sebelum bertindak? Apabila berlaku perkara tidak diingini, kita menyalahkan pihak lain. Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri? Jika kita berani berkelakuan begitu, kita perlu berani menanggung risiko, contohnya Adam Adli. Jadilah sepertinya, berani buat, berani tanggung.
Soalan 6, adakan pelajar terbabit diberi galakan untuk berbuat demikian? Well, saya sendiri tidak mengetahuinya. Jika ada, kenapa? Jika tiada, Alhamdulillah, sekurang- kurangnya ini menunjukkan keberanian mahasiswa siswi kita masa kini.
Soalan 7, adakah ini melambangkan intelektual mahasiswa siswi kita? Bagi saya, apabila kita mahu mohon memansuhkan sesuatu, kita perlu fikir akan baik buruknya terlebih dahulu. Menimbangkan kekuatan AUKU, kelemahan AUKU, kekuatan memorandum kita, kelemahan memorandum kita. Tidak hanya melihat AUKU salah, dan memorandum kita betul. Sebab AUKU salah, sebab memorandum kita betul. Semua itu perlu ditimbangkan berkali- kali. Tapi, kita perlu menimbangnya dengan rasional, guna akal dan fikiran kita, bukan emosi semata. Ingatlah, sama ada AUKU atau memorandum tersebut adalah ciptaan manusia, punya kelebihan dan kelemahan. Ianya pasti tidak sempurna, jadi, kita perlu menitikberatkan kedua- dua kelebihan dan kelemahan tersebut.
Saya perhatikan ramai masyarakat hanya memandang dari segi luaran sahaja tentang sesuatu. Kita hanya nampak keburukan orang lain, tetapi tidak nampak keburukan kita. Sebelum membuat memorandum itu, saya rasa pihak terbabit perlu mengkaji AUKU sedalam mungkin. Kelemahan AUKU boleh diperbetulkan tanpa perlunya pemansuhan. Kenapa perlu mansuh sesuatu yang telah wujud, dan cuba mewujudkan sesuatu yang baru? Ia adalah suatu proses yang lebih sukar, seperti membina rumah baru dan menambahbaikan rumah tersebut. Kos dapat dijimatkan.
Kita juga perlu ingat bahawa mahasiswa siswi bakal pemimpin negara. Kalau dilihat tuntutan memorandum terbabit, mahasiswa siwi menuntut supaya mengurus pilihanraya kampus dan mengurus tadbir persatuan tanpa campurtangan mana- mana pihak. Ini seperti menunjukkan bahawa mereka tidak mahu dibimbing oleh mana- mana pihak, mereka mahu kebebasan membuat keputusan tanpa ada campurtangan pihak- pihak lain. Adakah ianya rasional? Adakah mahasiswa siswi sudah begitu matang untuk melakukan semua itu tanpa bimbingan mana- mana pihak? Kita berjiwa muda, masih muda, kurang penglaman, dan memang wajar kita perlukan bimbingan daripada mereka yang terlebih dahulu memimpin kita. Berdasarkan kepimpinan dan pengajaran itulah, kita boleh corakkan bentuk pentadbiran kita pada masa hadapan.
Bayangkan anda seorang pemimpin negara, dan ada 2 kumpulan pelajar membuat sibuk berpolitik yang mengatakan ideologi mereka lebih baik (ini hasil daripada pemasuhan AUKU dan memorandum diluluskan). Maka cuba bayangkan apa yang bakal berlaku. Dari perang mulut, timbul rasa tidak puas hati, timbul fitnah, berlaku perpecahan masyarakat, masyarakat hidup berpuak- puak dan pemimpin dan pihak luar tidak boleh campur tangan, justeru, apakah penyelesainya? Apakah pandangan negara asing terhadap Malaysia ketika itu? Ketidakamanan politik boleh menjejaskan ekonomi negara. Ekonomi terjejas boleh menyebabkan pendapatan negara terjejas. Jadi, apa akan terjadi pada negara ketika itu?
Fikirlah masa depan negara kita, bukan masa sekarang. Negara ini kita bakal serahkan kepada generasi akan datang. Apa akan terjadi kepada mereka ketika itu? Kita kata kepimpinan negara sekarang teruk, ada yang cakap kerajaan samseng, tapi siapa lebih kejam jika membiarkan generasi akan datang hidup dalam perpecahan dan penderitaan?
Sejarah telah membuktikan segalanya. Bagaiman Melaka berkembang maju, kenapa Melaka boleh jatuh, bagaimana hidup rakyat pada era penjajahan, bagaimana susahnya rakyat dalam menuntut kemerdekaan, dan bagaimana Malaysia boleh menjadi seperti Malaysia hari ini.. Adakah kita lupa pada sejarah? Melaka jatuh akibat perebutan kuasa. Jadi, apa akan terjadi jika wujudnya pergolakan politik di Malaysia? POLITIK yang menentukan PUCUK PIMPINAN PENTADBIRAN NEGARA. Jadi, apa bezanya perebutan kuasa pada zaman Melaka seterusnya menyebabkan kejtuhan empayar Melaka dengan pergolakan politik di Malaysia? Akar umbinya, semuanya berkisar tentang KUASA PEMERINTAHAN. Adakah kita mahu sejarah berulang lagi hanya disebabkan kesilapan kecil kita kini?
LET US THINK OUT OF THE BOX..
Siapa sebenarnya narrow minded, siapa open minded? Tepuk dada, tanya minda!

Saya tidak menyebelahi mana- mana pihak, tetapi saya hanya mengeluarkan pendapat saya hasil daripada pemerhatian dan pembacaan saya mengenai isu ini.
Mohon maaf andai ada yang terasa.
Sekian.
Mohon maaf andai ada yang terasa.
Sekian.
~May be peace upon you~
TQ
i would like to read some comments..
ReplyDeleteplease do so if you want..
much appreciate..
TQ