Wednesday, January 25, 2012

Going to Merlimau Experience

Pada 21.1.2012, aku dan seramai 80 and above budak kajai telah pun bertolak ke Melaka untuk Bakti Siswa Kajai (BAKSISKA). Well, kat sana aku telah dapat seorang mak angkat, dan geng aku pulak adalah kwn2 aku sendiri, Rosni dan seorang budak 1st year, Dayah. Dayah ni duduk dekat je ngan bilik aku, so, aku memang dah kenal dgn Dayah ni. Si Rosni pulak, memang dah kawan aku. Dapat pulak ibu angkat yang sama..
Huhuhu..

Banyak sangat aktiviti kat sana.. Buat persembahan la, cari siput, lawat IKS dan sebagainya. Ada karaoke lagi. Best la.. Cuma, kelemahan program ni, xsemua pelajar buleh pi melawat bandar Melaka, include me. Frust gila aku. Tapi, next time boleh je aku pergi lagi Melaka. Duit sendiri, makan, minum sume sendiri. One day..
MALLACCA, wait for me!!!

ni ada beberapa gambar sepanjang aku dekat sana..

Ni abang, ayun dan elisha..
mulut becok dorang ni..
aku dah start rindu da ngan dorang ni.. :)

ni nenek kat tepi balai raya tempat kitorang buat program tu..
kesian nenek ni, dia sunyi taw...

ni masa rewang...
buat lempeng, ubi rebus dan sambal bilis.
.

ni serba sedikit pasal Tun Teja..
balai raya tu dekat dengan makam Tun Teja, so, aku pergi jalan sana..
maaf, aku xleh tangkap gambar makam tu..
sebagai menghormayi Tun Teja..

Ini Rosni dan Dayah..
tengah goreng roti.. untuk minum petang...
Best.. kenyang gila petang tu...

ni gambar family angkat aku..
mak dan kak dek.. n Eliesha..

ni masa hari pertama..
semua pakat pergi serbu sawah padi..
rosak habis sawah padi orang...
ish ish ish.
.

ini masa hari last..
ni masa kat Perigi Portugis..
dan,
ini adalah Geng Itik..
kami ada Kak Long Rosni dan yang lain tu adalah dik long..

so, until next time..
sekian sahaja..
terima kasih..
~ May be peace upon you ~

Thursday, January 19, 2012

New Update after Finish Exam..

Lama aku xtulis blog ni untuk beberapa hari ni. Aku terlalu busy study Management Account.
Well, exam pun dah habis. END!!


AKHIRNYA AKU MERDEKA UNTUK SEMESTER 1, TAHUN 2, SESI 2011/2012

So, aku happy sangat. Well, 2 paper last, aku agak buleh jawab la. Moga dapat result yang elok. Aminn..

Sekarang dalam proses mengemas bilik aku.. OH YEAH!!
I mean, OH SHIT!! Letihnye.. kena angkat brg masuk stor bagai.. Sekarang cuma tinggal baju yang xkering je ag... dan i'm gonna wash some clothes.. Tapi baju tu untuk ak bawa balik..

Well, as i've informed before, i'll going to MALACCA tomorrow.. OH YEAH!!
So, sume barang yang perlu disimpan perlu settle hari ni..

Tulang aku yang accident hari tu pun start rasa sakit lagi.. Sebab angkat brg berat tu suma..
but, it is not a big deal.. aku still leh wat keje ag.. cuma cpt rasa lenguh je bahu sebelah kiri aku ni..

So, until next time, bye for now..
TQ
~May be peace upon you~

Thursday, January 12, 2012

FRIENDS, WHO I LOVED..



Kali ni, saya nak bercakap pasal kawan.

Kawan memainkan peranan penting dalam hidup kita.
Tanpa kawan, siapalah kita kat dunia ni.. boleh bayangkan x betapa boringnya hidup kita tanpa kawan di sisi?

Kawan,
Insan untuk kita bergurau senda


Kawan,
 insan untuk kita meluahkan perasaan


Kawan,
insan untuk kita berkongsi tawa duka


Kawan,
insan kita ajak lepak bersama


Kawan,
insan yang mengingati kita


Kawan,
insan yang akan menghargai kita


Kawan,
insan yang selalu di samping kita


Kawan,
insan yang sering menolong kita


Kawan,
insan yang selalu menyokong kita


Kawan,
insan yang selalu memotivasikan kita


Kawan, 
insan yang memberi kita kebahagiaan


Kawan,
insan yang sentiasa buat kita tersenyum


Kawan,
insan yang memerlukan kita


Kawan,
ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA KITA

                                                           ^
                                                           l
                                                           l
                                                           l
Saya xtaw apa makna kawan, tapi, itu  l (yang di atas tu), adalah maksud kawan buat saya. Saya sangat menghargai kawan.

BERKAWAN BIAR BERIBU, BERCINTA BIAR SATU

Saya pengang pada kata- kata itu. 
Tapi, kawan suka duka sukar dicari. Kawan ketika gembira, ketawa, senang memang mudah. Petik jari pun boleh sampai. 
Tapi kawan semasa sedih, semasa susah, itulah yang sukar dicari. Bila susah, ramai yang lari.. tinggal kita keseorangan.

Itulah pentingnya dalam kita berkawan. Susah senang bersama.

Saya, Alhamdulillah.. Saya jumpa kawan saya yang boleh tumpang susah senang bersama.

1) ADEELA RAHAYU BT ROSLAN, kawan gile- gile aku..

Adeela Rahayu ni tetap akan jadi BFF aku..
Dia suka menyanyi.. dan kini sedang belajar di UPNM..
Aku bangga dengan dia..
MMMUUAHH!!
LOVE YOU FOREVER.. :)
2) My lovely and roomate yang perasan.., NOR HIDAYU BT ABDUL RAHMAN

Ini lah Hidayu.. nick name: AYU..
Agak perasan la jugak.. tapi aku dengan dia xpernah berkira..
Sume kongsi, pinggan, mangkuk, dll..
Cuma baju je aku xleh pinjam, sebab dia kecik n kurus..
Macam zombie.. hehehehe...
THANKS YE KAWAN!!

3) Kawan satu fakulti dengan aku, aku senang dengan dia ni.. SITI ROSNI ABDULLAH..

Nampak macam ayu je kan.. Wanita Melayu terakhir je..
tapi,
AWAS!! jgn berani sentuh dia, xpasal- pasal kena silat dengan dia..!!
Aku rapat gak dengan dia ni, study sama- sama, and salunya borak dari malam sampai subuh xabes- abes..
Walaupun, selalu je xsama kelas, xpergi fakulti sama- sama, xmakan sama- sama,
still aku rapat dengan dia, aku rasa senang bila borak dengan dia..
THANKS JUGA KAT ROSS..
Inilah antara kawan- kawan yang aku rasa senang bila nak ketawa dan bila aku bersedih. Walau xramai, tapi cukuplah bagi aku. Aku bersyukur sebab berpeluang kenal dengan mereka ni.

Semoga persahabatan ni kekal selamanya. 
Aku sayang korang sampai akhir hayat aku..
Korang akan aku kenang selalu.. :)

Jadi, hargailah kawan semasa mereka ada.. Susah ke, senang ke, jgn sesekali tinggal kawan. Bila kita tinggal kawan, orang lain pun akan mula menjauh dengan kita. Akhirnya, kita akan keseorangan.

Bila duit PTPTN masuk je, kita keluar dengan orang lain.. tapi, bila dah pokai, masa tu la kita cari kawan kita yang kat sini. Kawan yang kat sini pun dah muak dengan pangai kita, dan mula menjauh, sebab kawan yang kat sini tu rasa yang mereka xdihargai, terasa hati dengan kita. 

So, hargailah kawan kita...

Sekian sahaja..
TQ
~ May be peace upon you ~

Cita- cita..

Sebelum saya tidur, saya nak borak sikit pasal topik yang lazimnya menjadi kegemaran kita semasa zaman budak- budak.

______CITA- CITA______

Bila sebut pasal cita- cita, apakah yang kita bayangkan? Cita- cita sama seperti impian kita, so, apa impian kita? Pelbagai bukan?

MAHU RUMAH BANGLO BESAR, MACAM RUMAH SHAH RUKH KHAN..

Lebih kurang gini la..
boleh berenang,, walau xreti berenang.. :P




MAHU KERJAYA YANG HEBAT MACAM ENGINEER, DOCTOR, LAWYER, PILOT, BUSINESSMAN dll

NAK GAJI YANG MAHAL, KALAU BOLEH 10 0000 US DOLLAR SEBULAN..

NAK KAHWIN ORANG KAYA, DONALD TRUMP TUH...

NAK KAWIN SELEBRITI TERKENAL MACAM DAVID BEKHAM, TOM CRUISE, SHAH RUKH KHAN, SITI NURHALIZA dll

KALAU BOLEH NAK LAKI/ BINI YANG HENSEM DAN CUN.. body bini mesti 36 24 46.. (betol ke x, aku xtaw.. ;)), law laki lak, nak hensem macam Aaron Aziz..

NAK BELAJAR SAMPAI LUAR NEGARA, LEH PERGI MELANCONG SAMBIL BELAJAR, KAT JEPUN KE, AUSTRALIA KE, AMERIKA KE (leh g White House, jupe Barrack Obama.. kan?)

NAK BELI PAKAIAN BERJENAMA dll

NAK JADI BIJAK MACAM ALBERT EINSTEIN.. NANTI DAPAT ANUGERAH NOBEL, MASHYUR NAMA MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH!!!

NAK BUKA KEDAI KEK, NANTI BULEH MAKAN KEK SELALU..

NAK BELAJAR MASAK MASAKAN HOTEL, LEH JADI MACAM CHEF WAN.. MANE TAW JADI JURI MASTER CHEF MALAYSIA KE PASNI.. :)

jadi yang mat salleh pun buleh je...
aku kan terer masak..
chewah.. pasan.. :P

NAK DUDUK RELAX JE KAT UMAH, XMAW KERJA.. (agak- agak la, apa akan jadi kalau malas kerja kan?? apa la nak jadi ngan aku ni???)

NAK COLLECT ALL NARUTO SERIES YANG ADA KAT MUKA BUMI NI.. (asal bunyi cam pelik je??? huhuhu- ni cita2 aku je la..)

dan yang penting..

NAK JADI WANITA/ LELAKI SOLEH/ SOLEHAH YANG DAPAT MEMINPIN GENERASI AKAN DATANG KE ARAH JALAN YANG LURUS, BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN MENJADI MUKMIN YANG MULIA DI SISI YANG MAHA ESA..
(ini penting taw, baru bahagia dunia akhirat..)

Jadi, xkisah la walau apa pun cita- cita kita, selagi tidak menyalahi hukum agama, kita boleh berusaha untuk mencapainya.. (yang kat atas tu, mengarut je tu.. hehehehe)

Kalau masa kecik- kecik dulu, umur 7 tahun, masuk darjah 1, mesti dalam kelas, cikgu akan tanya,

" Bila besar nanti, kamu nak jadi apa?"

Pastu, macam- macam la kita jawab..

"nak jadi cikgu, cikgu. Sebab mama saya cikgu"

ada juga jawab,

"nak jadi polis"
"nak jadi doktor"
"nak jadi ultraman"
(hahahah.. yang ni lawak)
"nak jadi power rangers"
(yang ni pun lawak.. haha)
"nak jadi tukang masak.."
"nak jadi pemandu lori, sebab abah saya pemandu lori.."
"nak jadi peguam"

dan sebagainya..

Ingat lagi x semua tu?

Tapi, bila masa berlalu, kita pun dah meningkat dewasa, cita- cita zaman kecik kita dulu tu xbawa apa- apa makna pun, kan?

Sebab bila dah besar, kita semakin hilang arah tuju. Kita xtaw untuk apa kita hidup.. Kenapa kita belajar.. Bila bangun je, kita pergi sekolah.

Masa sekolah menengah, kita mula ada perasaan terhadap orang yang berlawanan jantina. Masa tu, tengok orang ada makwe, ada pakwe, kita pun rasa nak juga. So, kita pun mulalah dengan angan- angan.. Bila bercinta ni, seronok, ada orang yang ambil berat, rasa disayangi, nanti kawin dapat anak comel.. (tambah pula dengan pengaruh novel cintan cintun.. habis la...)
Masa ni kita dah lupa dengan cita- cita kita dulu kan??? (saya pun...)

Jadi, sampai sekarang ada lagi individu yang xpunya cita- cita dan hala tuju. Dorang sesat dalam dunia ciptaan mereka sendiri. 

Tapi, nasib baik ada yang sedar. Sebab tu ada yang samapi pi belajar luaq negeri tu.. Amerika, Mesir, German, Perancis.. dan lain- lain. Saya seriously cemburu dengan mereka ni, sebab nak pergi belajar luar negara tu adalah salah satu cita- cita saya masa kecik dulu. 

Apa kan daya, sebab saya ni malas sikit, dapat la masuk UKM ni.. Alhamdulillah.. Sekurang- kurangnya saya dapat juga belajar, dan menjadi salah seorang mahasiswa di Malaysia ni. 

Dan, Insyallah, saya akan belajar elok- elok.. dan akan sambung MASTER di luar negara.. Sebab cita- cita untuk belajar di luar xpernah padam dalam diri saya. Insyallah saya akan ke Australia.. MASTER dalam MARKETING.. (ini plan saya... tapi, belum tentu lagi, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik..)

Lepas sambung MASTER, saya akan apply untuk jadi pensyarah di universiti- universiti tempatan, (Insyallah..)

Kalau xdapat sambung MASTER, saya tetap akan jadi pensyarah di pusat- pusat pengajian tinggi di Malaysia ni.  Itulah matlamat saya sekarang

Di samping jadi pensyarah, Insyallah saya akan buat business kecil- kecilan...
Jual pisang goreng panas dan air NYO.. sedap.. (Yummy...!!)

SEDAPNYAAAA!!!!

Jadi, sebenarnya, hidup kita ni perlu ada cita- cita. Hanya dengan cara itu, kita dapat atur hidup kita untuk mencapai impian tersebut. Walaupun susah, sukar dan hebatnya dugaan, kita pasti boleh mengharunginya..


TAPI...

Jangan sesekali lupa pada cita- cita kita di akhirat kelak...
Amal ibadah perlu dijaga..
Kita perlu balance antara cita- cita dunia dan akhirat. Tertinggal salah satu, hidup kita pasti susah..

Jadi, perhatikan orang sekelilng anda, apakah yang mendorong mereka untuk berjaya? Salah satu sebab: UNTUK MENCAPAI CITA- CITA...

So, APAKAH CITA- CITA ANDA??

TEPUK DADA, TANYA MINDA!!

Sekian sahaja,
TQ
~May be peace upon you~






Hari aku exam Business Communication, jam 3.30 ptg tadi..
Fuhh!! Lega...!! Lepas 1 paper,
ada lagi 2 paper..

International Marketing
Management Account

Adush!!
Seksa sangat aku nak lepas semua exam tu..
Buleh la aku relax sepenuh- penuhnya..
Buku- buku aku pun buleh simpan..
dan..
yang paling gembiranya aku boleh relax tanpa perlu fikir beban yang aku buleh pikir..
Bestnye if boleh relax!!!
Otak aku pun xperlu fikir nak exam lagi..

Lepas exam, aku nak pi Melaka- program BAKSIS under kolej aku. Well, aku xtaw apa aktiviti yang akan aku buat kat sana. Bagi aku, tu pun salah satu cara tuk release tension..

Ni salah satu tempat kat Melaka.. :)


So, sekian sahaja..
Thanks..
~May be peace upon you~

Wednesday, January 11, 2012

How to Train Your Dragon 2

Well, let us forget about the 'INCIDENT', shall we? Now focus on How To Train Your Dragon 2...
So, sapa taw pasal cerita ni??

------------------------------ *****TUT TUT TUT TUT****---------------------------------

Memang x ada orang yang tahu, sebab cerita ni not yet released. Tapi akan released pada tahun 2014 nanti.
Sebenarnya cerita ni antara cerita favourite aku. Best sangat!! ^_^

Lagipun Toothless tu comel sangat, macam kucing.. Huhuhu

inilah Toothless..
CUTENYE....

Tuan Toothless lak, aku lupa nama apa.. sebab aku xminat pun tuan dia tu.. Aku just minat ngan Toothless je..
Rasa macam nak cari bantal peluk Toothless.

Cerita How To Train Your Dragon yang pertama best.. If korang xtgk lagi, patut tengok.. Aku xpernah jemu tengok cerita tu, xtaw la berapa kali khatam dah.. xdapat aku kira.

Well, bagi aku memang best la, sebab aku ni macam budak- budak, minat tengok cerita gitu. Cerita apa yang aku xtengok.. semua aku tengok, Shrek, The Wild, Ice Age, Cars, 9, Coraline, Finding Nemo, Peguin in Madagascar, Rio and macam- macam la lagi.. Tapi, cerita ni antara cerita yang aku paling suka.

Sebabnya, ia menghiburkan, dan dapat menghilangkan stress aku. And, one more thing, cerita ni pesan kepada kit agar jangan judge something based on the cover sahaja. And of course, dia ajar kita tentang nilai persahabatan.

So, aku memang xsabar nak tunggu HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2.. 
Apa akan berlaku pada Toothless ye??
Hurmm...
I don't know.. can't wait to see them..



Toothless ala- ala model..
COMEL kan?
?

Ni masa Toothless marah pasal ada orang sentuh tuan dia..
then dia macam merajuk la...
ALALALA.. COMELNYE..
Sekian sahaja..
TQ
~ May be peace upon you ~

Tuesday, January 10, 2012

ISU PEMANSUHAN AUKU dan DEMONSTRASI JALANAN....

Actually, saya malas mengupas isu ini, sebab isu ini adalah isu yang sangat sensitif. Tapi, terlalu banyak perdebatan yang diketengahkan berdasarkan isu ini.

ISU PERTAMA
Seorang pelajar IPTA menurunkan bendera PM di PWTC semasa proses menghantar memorandum pemansuhan AUKU

ISU KEDUA
Pelajar terbabit digantung dan berlaku perhimpunan haram di hadapan sebuah IPTA

ISU KETIGA
Semasa perhimpunan haram, seorang pelajar cedera akibat kelakuan kasar anggota polis

ISU KEEMPAT
Ramai yang setuju dengan tindakan pelajar terbabit dan ramai yang mengutuk pelajar terbabit

Jadi, timbul beberapa persoalan dalam otak dan minda fikiran saya.
  1. Apa rasionalnya menurunkan bendera PM kita selama 5 minit dan menaikkannya semula? Tidak cukupkah dengan hanya menghantar memorandum tersebut?
  2. Apa rasional mahasiswa mahasiswi berdemonstrasi pada jam 2 pagi di hadapan IPTA tersebut? Tidak bolehkah menghantar sekumpulan wakil, 2-3 orang untuk berbincang dengan pihak atasan?
  3. Perjuangan kebebasan akademik atau kebebasan berpolitik yang sebenarnya dimahukan oleh para pelajar tersebut?
  4. Isu pemansuhan auku, kenapa ramai pelajar memandang dan menganggap AUKU sebagai satu halangan? Mengapa tidak mengkaji rasional penubuhan AUKU?
  5. Pelajar menganggap pihak polis berkasar, tapi kenapa tidak bersurai apabila diminta sebelum pihak polis bertindak?
  6. Kenapa tiba- tiba pelajar bertindak sedemikian? Adakah ada pihak lain yang menjadi dalang kepada kejadian ini? Adakah institusi lain yang menyokong mereka dan mendorong mereka?
  7. Adakah tindakan mereka ini membuktikan intelektual mahasiswa siswi?

Jawapan untuk soalan 1, bagi saya, menurunkan bendera PM kita selama 5 minit dan menaikkannya semula adalah untuk mencabar kerajaan. PM kita adalah pentadbir negara, kita seharusnya menghormati PM. Bayangkan anda adalah PM, pentadbir negara, dan bendera yang mempunyai wajah anda sewenang- wenangnya diturunkan oleh seorang pelajar, apakah perasaan anda? Sudah pasti ia mencabar kewibawaan anda, bukan? Seolah- olah, wajah kita diludah- ludah oleh individu tersebut. Adakah itu sahaja harga diri anda?

Soalan 2, kenapa mahasiswa siswi berkumpul seawal 2 pagi untuk demonstrasi sebagai protes hukuman yang dijatuhkan ke atas seorang pelajar? Sedangkan ada cara yang lebih baik boleh diikhtiarkan selain demonstrasi. Bukankah kita golongan cerdik pandai? Berbincanglah mengenai penyelesaian terbaik yang boleh diambil selain demonstrasi.

Berkenaan soalan 3, bagi saya tuntutan yang dikehendaki adalah kebebasan berpolitik. Saya telah pun menbaca tuntutan- tuntutan itu dan turut membandingkan dengan kebebasan akademik yang didakwa mereka perjuangkan. Ianya berbeza. 

Antara tuntutan tersebut adalah:-

1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174

BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia.

b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa.

2) Bebaskan ilmuan berakademik

BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :
a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.

3) Bebaskan mahasiswa bersuara

BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:

a. Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus

BEBAS menuntut supaya :

a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.

b. Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.

5) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti

BEBAS menuntut supaya :

a. Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.

b. Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.

c. Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.

6) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :

a. Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

b. Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

c. Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

d. Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

Sumber: 
http://upsikini.blogspot.com

Hampir kesemua tuntutan adalah berkisar berkenaan politik. Ya, mahasiswa patut berpolitik, tapi janganlah terlalu melampau. Rasanya kita boleh berdebat berkenaan politik di universiti, tapi dengan tidak keterlaluan. Berpolitik dan belajar perlu seimbang. Bagaimana kita mahu memimpin negara jika hanya berasaskan politik semata? 
Bayangkan AUKU dimansuhkan, Parti A dan B sibuk mengeluarkan ideologi masing- masing, dan pastinya akan berlaku kekecohan sebagaimana kekecohan politik hari ini? Adakah mahasiswa akan bersatu? Kawan boleh jadi lawan.. Adakah akan wujud masyarakat yang aman damai? Tengok sahaja negara yang punya masalah politik seperti Thailand, bagaimana ekonomi negara mereka teruk terjejas. Adakah itu yang dimahukan oleh mahasiswa siswi kita sekarang?

Soalan 4, rasional AUKU. Berdasarkan jawapan saya di atas, cuba kita fikir, apakah rasionalnya AUKU ditubuhkan? Bagi saya AUKU ditubuhkan supaya dapat menjamin keamanan dan perpaduan antara mahasiswa siswi. Justeru itu, AUKU tidak perlu dimansuhkan, tetapi perlu dipinda mengikut kesesuaian semasa dan zaman ini. 

Soalan 5, berkenaan tindakan polis yang kasar hingga menyebabkan tulang rusuk seorang pelajar patah. Bagi saya, pihak polis sewajarnya tidak boleh bertindak sedemikian. Namun begitu, pelajar terbabit juga bersalah. Mengapa mahu melawan pihak berkuasa? Jika tidak melawan, adakah pihak polis akan bertindak sedemikian? Tidak, bukan? Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan akan diiringi akibatnya. Kenapa tidak berfikir sebelum bertindak? Apabila berlaku perkara tidak diingini, kita menyalahkan pihak lain. Kenapa tidak salahkan diri kita sendiri? Jika kita berani berkelakuan begitu, kita perlu berani menanggung risiko, contohnya Adam Adli. Jadilah sepertinya, berani buat, berani tanggung.

Soalan 6, adakan pelajar terbabit diberi galakan untuk berbuat demikian? Well, saya sendiri tidak mengetahuinya. Jika ada, kenapa? Jika tiada, Alhamdulillah, sekurang- kurangnya ini menunjukkan keberanian mahasiswa siswi kita masa kini.

Soalan 7, adakah ini melambangkan intelektual mahasiswa siswi kita? Bagi saya, apabila kita mahu mohon memansuhkan sesuatu, kita perlu fikir akan baik buruknya terlebih dahulu. Menimbangkan kekuatan AUKU, kelemahan AUKU, kekuatan memorandum kita, kelemahan memorandum kita. Tidak hanya melihat AUKU salah, dan memorandum kita betul. Sebab AUKU salah, sebab memorandum kita betul. Semua itu perlu ditimbangkan berkali- kali. Tapi, kita perlu menimbangnya dengan rasional, guna akal dan fikiran kita, bukan emosi semata. Ingatlah, sama ada AUKU atau memorandum tersebut adalah ciptaan manusia, punya kelebihan dan kelemahan. Ianya pasti tidak sempurna, jadi, kita perlu menitikberatkan kedua- dua kelebihan dan kelemahan tersebut.

Saya perhatikan ramai masyarakat hanya memandang dari segi luaran sahaja tentang sesuatu. Kita hanya nampak keburukan orang lain, tetapi tidak nampak keburukan kita. Sebelum membuat memorandum itu, saya rasa pihak terbabit perlu mengkaji AUKU sedalam mungkin. Kelemahan AUKU boleh diperbetulkan tanpa perlunya pemansuhan. Kenapa perlu mansuh sesuatu yang telah wujud, dan cuba mewujudkan sesuatu yang baru? Ia adalah suatu proses yang lebih sukar, seperti membina rumah baru dan menambahbaikan rumah tersebut. Kos dapat dijimatkan. 


Kita juga perlu ingat bahawa mahasiswa siswi bakal pemimpin negara. Kalau dilihat tuntutan memorandum terbabit, mahasiswa siwi menuntut supaya mengurus pilihanraya kampus dan mengurus tadbir persatuan tanpa campurtangan mana- mana pihak. Ini seperti menunjukkan bahawa mereka tidak mahu dibimbing oleh mana- mana pihak, mereka mahu kebebasan membuat keputusan tanpa ada campurtangan pihak- pihak lain. Adakah ianya rasional? Adakah mahasiswa siswi sudah begitu matang untuk melakukan semua itu tanpa bimbingan mana- mana pihak? Kita berjiwa muda, masih muda, kurang penglaman, dan memang wajar kita perlukan bimbingan daripada mereka yang terlebih dahulu memimpin kita. Berdasarkan kepimpinan dan pengajaran itulah, kita boleh corakkan bentuk pentadbiran kita pada masa hadapan. 


Bayangkan anda seorang pemimpin negara, dan ada 2 kumpulan pelajar membuat sibuk berpolitik yang mengatakan ideologi mereka lebih baik (ini hasil daripada pemasuhan AUKU dan memorandum diluluskan). Maka cuba bayangkan apa yang bakal berlaku. Dari perang mulut, timbul rasa tidak puas hati, timbul fitnah, berlaku perpecahan masyarakat, masyarakat hidup berpuak- puak dan pemimpin dan pihak luar tidak boleh campur tangan, justeru, apakah penyelesainya? Apakah pandangan negara asing terhadap Malaysia ketika itu? Ketidakamanan politik boleh menjejaskan ekonomi negara. Ekonomi terjejas boleh menyebabkan pendapatan negara terjejas. Jadi, apa akan terjadi pada negara ketika itu?


Fikirlah masa depan negara kita, bukan masa sekarang. Negara ini kita bakal serahkan kepada generasi akan datang. Apa akan terjadi kepada mereka ketika itu? Kita kata kepimpinan negara sekarang teruk, ada yang cakap kerajaan samseng, tapi siapa lebih kejam jika membiarkan generasi akan datang hidup dalam perpecahan dan penderitaan?

Sejarah telah membuktikan segalanya. Bagaiman Melaka berkembang maju, kenapa Melaka boleh jatuh, bagaimana hidup rakyat pada era penjajahan, bagaimana susahnya rakyat dalam menuntut kemerdekaan,  dan bagaimana Malaysia boleh menjadi seperti Malaysia hari ini.. Adakah kita lupa pada sejarah? Melaka jatuh akibat perebutan kuasa. Jadi, apa akan terjadi jika wujudnya pergolakan politik di Malaysia? POLITIK yang menentukan PUCUK PIMPINAN PENTADBIRAN NEGARA. Jadi, apa bezanya perebutan kuasa pada zaman Melaka seterusnya menyebabkan kejtuhan empayar Melaka dengan pergolakan politik di Malaysia? Akar umbinya, semuanya berkisar tentang KUASA PEMERINTAHAN. Adakah kita mahu sejarah berulang lagi hanya disebabkan kesilapan kecil kita kini?



LET US THINK OUT OF THE BOX..

Siapa sebenarnya narrow minded, siapa open minded? Tepuk dada, tanya minda!

Saya tidak menyebelahi mana- mana pihak, tetapi saya hanya mengeluarkan pendapat saya hasil daripada pemerhatian dan pembacaan saya mengenai isu ini.

Mohon maaf andai ada yang terasa.

Sekian.
~May be peace upon you~

TQ

Monday, January 9, 2012

Jika Anda Sedih.....


Kenapa manusia bersedih? Pelabagai alasan yang menyebabkan manusia bersedih, contohnya:

Kawan- kawan lupa birthday kita
Pemergian orang yang tersayang
Terpaksa pindah sekolah, tempat kerja dan pindah rumah
Terpaksa tinggalkan kawan
Ditinggal kekasih
Dapat result UPSR, PMR, SPM dan STPM rendah
Result exam final xsampai target, 3.50 and above
Xdapat masuk universiti
Xdapat tonton favourite movie kita
Xada duit
Stress dengan kerja and homework yang bertimbun
Bila baju di jemuran basah dek hujan
Bila kita menginsafi diri kita
Ada ahli keluarga atau kawan- kawan yang ditimpa musibah
Ada kawan yang terasa hati dengan kita, tapi kita xtaw kesalahan kita
Duit xcukup
kena marah dengan mama dan abah
dan
sebagainya..

Itu adalah antara alasan mengapa manusia bersedih. Justeru itu, bila kita sedih, APA KITA AKAN BUAT?
Ada antara kita sudah pun berputus asa, menyalahkan takdir yang Maha Esa. Ada juga yang cari penyelesaian paling mudah, BUNUH DIRI

Namun begitu, itu bukan tindakan yang tepat. Bunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar kerana kita telah melawan takdir Allah SWT. Masyallah... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Saya sendiri pernah sedih. Hati saya menangis, tapi mutiara jernih tidak pernah keluar. Sebabnya? Saya telah ditinggalkan oleh orang yang saya sayang. Pada masa tu, saya menyalahkan takdir, kenapa saya perlu mengenalinya jika begini berakhirnya hubungan kami.? 

Tapi, Alhamdulillah. Saya cepat tersedar. Itu semua ujian dariNya. Ujian yang diberi untuk saya memberi peluang kepada diri saya untuk mendekatiNya. Sesungguhnya saya lalai. 

Kesimpulannya, jika kita @ anda bersedih, mengapa anda perlu meratap kesedihan dan kepdihan itu seorang diri? 

LUAHKAN

Luahkan kepada sesiapa pun, kawan- kawan, ahli keluarga dan yang paling penting, mengadulah kepada tuhan kita, yang mencipta sekalian makhluk. Hanya Dia yang benar- benar mengenali kita. Nescaya, berat beban yang ditanggung itu akan berkurangan, dan hati kita akan tenang

INGATLAH SETIAP APA YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA

Setiap perkara yang buruk yang menimpa diri kita hanyalah satu ujian. Jika kita dapat menghadapinya, pasti Allah SWT juga akan turut memberi ganjaran yang lebih baik buat kita. Jadi, mengapa kita perlu berputus asa, sedangkan nikmat Allah SWT ada di mana- mana? Terimalah musibah yang menimpa dengan hati yang terbuka, penuhinya dengan sabar dan sentiasa berdoa semoga dimudahkan segalanya untuk kita. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengasihani.

YAKIN DENGAN TAKDIR DAN KETENTUAN ILLAHI

Hati kita perlulah sentiasa meyakini ketentuan Illahi. Kita manusia hanya merancang, yang menentukannya adalah Allah SWT. Sudah ditentukan kita akan menghadapi musibah tersebut, mengapa kita perlu menyalahi takdir? Setiap yang berlaku punya sebab musabab masing- masing. Mengapa Allah SWT menurunkan musibah terhadap kaum yang terdahulu? Kerana mereka lalai, mereka melakukan larangan Allah SWT, mereka mengerjakan sesuatu yang terkutuk, mereka menduakan Allah SWT. Itu semua adalah satu pengajaran buat kita, bukan? Itu semua telah pun ditentukan, maka kejadian tu telah dianggap satu pengajaran dan peringatan buat kita. Lihatlah, betapa ALLAH SWT MENYANYANGI KITA.

SEDAR BAHAWA MASIH ADA LAGI INDIVIDU YANG LEBIH MENDERITA

Sedarkah kita, masih ada pihak lain yang lebih menderita daripada kita? Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi sekurang- kurangnya kita dapat makan, dapat lagi menimba ilmu, dapat hidup dalam suasana aman. Tapi, bagaimana dengan pula dengan saudara kita di Palestin? Tidak pernah terlintaskah di fikiran kita bagaiman kehidupan mereka? Makankah mereka? Minumkah mereka? Belajarkah mereka? Tidurkah mereka? Mereka tidak bernasib baik seperti kita. Sukarnya untuk mereka untuk melakukan semua itu. Kita, Alhamdulillah dilahirkan dan tinggal di Malaysia. Bersyukurlah dengan apa yang ada. 

BERSYUKUR DENGAN UJIAN YANG DIBERI

Apabila ditimpa musibah, cepat- cepat kita bersyukur kerana kita antara manusia yang menjadi pemerhatian Allah SWT. Allah SWT mahu melihat bagaimana kita menghadapi ujiannya. Apabila ujian datang bertimpa- timpa, itu menandakan bahawa Allah sememangnya sayangkan kita. Allah juga mahu memberi kita ganjaran yang kita sendiri tidak akan sangka. Jadi, mengapa perlu berputus asa?

DEKATKAN DIRI KEPADA YANG MAHA ESA

Apabila kita sedih, segeralah kita dekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan berzikir, membaca Al- Quran, dan solat hajat, istikarah dan sebagainya. Insyallah kita akan memperoleh satu ketenangan yang berbeza daripada dahulu. Kita akan berasa dekat dengan Allah SWT. Kita juga akan sedar, kita tidak keseorangan kerana Allah tidak akan meninggalkan kita, kita yang sering meninggalkanNya dengan kelalaina dan kesombongan kita. Kita lupa bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Allah akan menolong kita apabila kita dalam kesusahan. Insyallah...

Jadi, mengapa perlu meratap kesedihan kita, sedangkan kita boleh menghilangkannya? Apabila berlaku musibah, segeralah kita berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Hanya dengan cara itu kita akan peroleh ketenangan. Insyallah... 

Sekian sahaja.
Thank You
May be peace upon you.. :)

Kerana Aku Seorang Wanita..

Aku bertuah sangat dilahirkan sebagai wanita @ perempuan @ gadis. Sebab:

WANITA ADALAH PERHIASAN DUNIA

Aku ni ibarat intan permata yang berkilauan. Menjadi perhiasan yang cantik. Bukan aku sorang la, tapi semua perempuan.. Aceh ceh,.. bangga x??

Lelaki? dia tolong jaga perhiasan tu. Nak jaga perhiasan itu kenala dengan cermat dan penuh kasih sayang. Lagipun, itukan amanah dia.. Dia perlu jaga dengan penuh lemah lembut. Kalau x, calar la, rosak la perhiasan tu. 

Perhiasan ni mahal. Sebab tu la, kita sendiri pun kena jaga diri kita sendiri. Jgn bagi jadi tontonan pada lelaki bukan mahram. Tutup aurat, jaga kelakuan kita. Baru kita jadi yang terbaik antara yang terbaik. 

So, aku bersyukur sangat lahir sebagai wanita. Sebenarnya banyak kelebihan jadi wanita. Dalam Al- Quran, Hadis pun ada sebut kan pasal perempuan. (xleh nak tulis sebab lupa, pasal kurang ilmu agama.) 

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

Siapa ibu? Bukankah wanita? Bukankah kita perlu berbakti kepada ibu 3x melebihi berbakti kepada bapa kita? Tengoklah, betapa dimuliakannya seorang insan wanita yang bernama ibu. Banggalah kita wahai wanita ynag kelak akan bergelar ibu. 

Wanita yang mati bersalin, mati syahid. Betapa wanita dimuliakan dari kaum lelaki sehingga mati ketika bersalin pun dikira syahid. Maha Suci Allah. Begitu sekali taraf seorang wanita yang mati bersalin di sisi Allah.

Wanita juga dapat mengandung. Lelaki, dapat x? Hanya wanita yang dapat merasai nikmat dan kesakitan ketika mengandung, sedangkan lelaki hanya mampu menumpang kegembiraan.

'MA' 
Ingat lagi perkataan itu? Panggilan pertama yang keluar dari bibir kita. Kita menyebut 'MA', memanggil ibu kita. Kenapa tidak abah, ayah, papa, daddy? Pelik kan? Bertuahnya kita jadi perempuan.
Siapa yang dapat lembutkan hati lelaki? WANITA bukan?

HEBATNYA KITA WANITA @ GADIS @ PEREMPUAN

Sekian sahaja..
May be peace upon you..
TQ..

Sunday, January 8, 2012

Good News, Kes Pembebasan Seorang Ahli Politik dan Video IniAnwarHadi

Well, Assalamualaikum..
Hurm.. good news.. UKM sudah kembali normal, air pun sudah ada..

HHOOOORRAAYYYYYY!!!

Sebenarnya bekalan air dah ada 2, 3 hari dah. Aku pun boleh hidup secara normal semula, boleh mandi dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ujian yang diberi ini, membuat aku menjadi semakin mengenali erti kehidupan dan bergerak sebagai sebagai individu yang lebih matang.

By the way, mu exam still have 3 papers left. 

Business communication
International marketing
Management account

I was study until 5.30 last night, and luckily the i m not taking the exam today. Actually, i was not really studied, i just talking and study. We have to study smart, if we study all the times, our mind become tired already. So, just enjoy it. Study is not the a burden, so why must we feel so?

So, latest news untuk hari ni, 9.1.12 adalah pembebasan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Well, i am not really interested in politics. Tapi, still kena ambil tahu pasal politik, sebab, politik boleh menyebabkan perubahan dalam ekonomi negara. So, perlu ambik tahu juga. I'm not gonna talk about it. Just read this link:


Ini pula link video kat perkarangan mahkamah, take a look:


Ini pula link berkenaan Saiful, leh la nak tgk..

Walau apa pun keputusannya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Kita hanya mampu melihat dan menerima. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku. Semuanya telah ditentukan.

dann.....
jeng.. jeng.. jeng... 
l
l
l
l
v


IniAnwarHadi baru sahaja upload new videos....
Aku xtengok pun lagi video tu, tapi aku sudah already download. So, apa kata kita tgk sama sama.

IniAnwarHadi, saya mohon upload video anda di sini ye.. tlg jgn saman saya.. ;)

Sebenarnya, IniAnwarHadi balik Malaysia hari tu... sebab dia ada event 17 & 18. 12. 2011. Aku sedih xleh nak join, so, xcite la dalam blog. Pada minggu berkenaan, aku busy sangat dengan nak submit assignment and presentation. So, mana yang lebih penting?

Aku terpaksa korbankan salah satu. Orang ekonomi cakap, kos melepas. Kira Event perasmian TV1Malaysia tu kos melepas aku. Kos melepas ni adalah kos yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. So, aku terpaksa memilih kerja- kerja assignment aku sebab ianya demi masa depan aku. 

Jadi, xleh jupa IniAnwarHadi life action pun xpe la, leh tgk dalam video pun ok. Aku dah bersyukur, sekurang- kurangnya aku dapat kenal jugak dengan insan yang bernama Anwar Hadi. Xde la kenal sgt, tapi kira kenal la jugak kan??

Hehehe... 

Sekian sahaja untuk hari ni.
Saya mahu study dulu..

~ May Peace Upon You ~


Friday, January 6, 2012

KEJADIAN BURUK DI AWAL TAHUN BARU..

Tahun baru patutnya disambut dengan gembira, tetapi satu kejadian buruk yang xdisangka telah berlaku dan menimpa diri saya sendiri dan hampir 95% warga UKM, a.k.a students..

Kejadian tersebut adalah...

KETIADAAN AIR DI UKM

Bermula pada 5.1.2012. Adush!! yang lagi stress, kami semua dalam musim...

'EXAM FEVER'

Disamping mengulangkaji pelajaran, kami terpaksa memunggah air, dan mencari air, untuk mandi dan sebagainya. Dan yang pasti, kami semua terjejas teruk, ada yang tak mandi untuk menduduki peperiksaan. 

Bila jadi macam ni, barulah kita tahu betapa bernilainya air. Air adalah segalanya. Untuk mandi, masak, berus gigi, minum dan sebaginya. Bila jadi macam ni, masing- masing cuba sedaya upaya untuk tidak membazir air, tapi, dalam keadaan biasa, air dibazirkan begitu sahaja. Bila berus gigi, kita bukan tutup pun pili air tu kan? Ramai yang buat gitu. Tapi, bila tak da air, nak berus gigi pun susah. Nok solat apatah lagi, bimbang air itu tercemar. 

Saya fikir, seluruh warga UKM kini sedang menghadapi ujian daripada Allah SWT, terutamanya para pelajar. Dalam minggu peperiksaan ni, banyak pula dugaan yang datang. Ada yang xboleh nak study sebab xboleh mandi. Sakit kepala dan pening kepala, tenaga pula digunakan untuk angkut air, bawa motor, kereta sana sini untuk cari air. Maka, apa yang perlu kita lakukan?

IKHTIAR CARI AIR
REDHA DENGAN UJIAN ALLAH SWT
YAKIN DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT
dan
YAKIN DAN PASTI ALLAH AKAN KURNIAKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA..

Ketiadaan air ini juga memberi kesan pada premis- premis perniagaan dalam UKM. Semua makanan perlu dibungkus dan kalau nak makan kat kedai, kedai terpaksa sediakan pinggan polistrin, sebab, tak ada air nak basuh pinggan mangkuk, gelas semua itu. Nak buat air pun rasanya mereka terpaksa guna air tong. 

Student pulak terpaksa beli air mineral banyak- banyak sebagai back- up plan. Kesannya, kos pun meningkat. Selain perlu beli air mineral, kos petrol kenderaan juga perlu ditanggung. Rasanya, dalam tempoh tak ada air ni, kos belanja pelajar meningkat berganda- ganda. Air Mineral dekat kedai pun habis, yang untungnya peruncit tu la. Sebab, masa tak ada air ni, masa berlaku krisis tak ada air mcam ni, permintaan air memang meningkat. So, sapa rugi, sapa untung??

Saya sendiri xtaw sampai bila krisis air ni berlaku. Rasa seksa yang teramat. Nak buang air kecil & besar pun susah, sebab nak jimat bekalan air yang ada. Nak cuci tangan lps makan nasi pun berkira, sebab nak jimat air. Bila berlaku macam ni, barulah semua orang akan belajar berjimat dan menghargai air yang ada. 

So, HARGAILAH AIR SELAGI ADA, JANGAN BAZIR..

"HARGAI AIR"
Air itu SUMBER KEHIDUPAN