Sunday, March 13, 2011

PERKAHWINAN DI USIA MUDA: RELEVAN ATAU TIDAK??

Hari ini, aku nak masuk bab kahwin la pulak.. Sebab baru- baru ni ada kawan yang seusia aku yang baru kahwin, so tergerak la hati aku ni untuk cakap bab perkahwinan ni.

Perkahwinan atau dalam kata lain adalah pernikahan merupakan satu akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan (Kamus Dewan Edisi ke4).  Menggunakan ayat sendiri, aku menyimpulkan bahawa  pernikahan ni adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan di mana lelaki telah menerima tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri dan sebaliknya di mana ianya menghalalkan hubungan kelamin antara mereka. 

Jadi, berdasarkan definisi tersebut, aku terfikir, adakah kawan- kawan aku yang kahwin awal ni atau sesiapa la yang kahwin awal ni betul- betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri atau berkahwin semata- mata kerana nafsu?? Ya, aku mengaku, kahwin memang perkara yang mudah, cari duit, pastu lelaki akad nikah, then, kita sah jadi suami isteri, tapi, mereka sedar tak bahawa apabila ijab dan kabul dilafazkan, tanggungjawab yang amat berat sedang menanti mereka???

Lelaki atau suami. Suami merupakan ketua keluarga, dan tanggungjawabnya amatlah besar kerana secara tidak langsung suami adalah pemimpin keluarga atau Perdana Menteri dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Tanggunjawab suami bukan hanya terletak dari segi batin sahaja terhadap isteri, malah turut juga dari segi zahir, termasuk menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai, menyediakan barang- barang keperluan harian, mencari sumber pendapatan, menyediakan pakaian yang secukupnya kepada isteri dan anak- anak, memberi anak dan isteri wang belanja dan sebagainya. Kesemua yang disebut tadi hanyalah 1% dari tanggungjawab seorang suami terhadap keluarganya. Ada juga lelaki yang berkahwin tanpa memikirkan mahu mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu, mereka rela bekerja sebagai pembantu stor, cashier, pemandu lori dan sebagainya yang mana kerjaya tersebut tidak dapat menjamin kedudukan kewangan , mereka. Mungkin yang mendengar tidak merasa, tapi, cubalah bayangkan diri kita yang membuat semua perkara tersebut, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, adakah kita boleh menerimanya?? Disebabkan keadaan inilah, ada suami yang menjadi panas baran, pendera dan ada yang sanggup menjual isteri sendiri untuk meneruskan kehidupan akibat sterss yang melampau. Jadi, adakah mereka yang kahwin muda sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut?? Sedangkan mereka yang berkahwin pada usia yang matang juga ada berlaku perceraian, inikan pula yang berkahwin muda.. Namun, tidak saya doakan supaya mereka bercerai, jikalau jodoh panjang, Insyallah, mereka pasti bersama. Saya cuma berpendapat bahawa pada usia 17- 24 merupakan usia di mana remaja sedang belajar untuk menjadi orang dewasa, berfikiran matang, oleh itu, pada saya, perkahwinan pada usia sebegini kurang relevan terutama 17, 18, 19, 20, 21, 22, tapi mungkin usia 23, 24, sudah pun sesuai untuk berkahwin.

Wanita @ perempuan @ isteri. Isteri merupakan bidadari suaminya. Di mana suami, di situlah dia. Seperti yang kita ketahui, HAWA dijadikan  dari rusuk ADAM, untuk dilindungi dan disayangi, begitulah agungnya seorang isteri. Dan ingatlah, SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI SUAMIMU. Jika seorang isteri derhaka kepada suaminya, maka, isteri itu tidak layak mendapat syurga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, untuk menjadi isteri yang baik, perlu menghadapi pelbagai cabaran. Seorang isteri perlu melayan suaminya dengan baik, contohnya menemani suaminya makan, memicit bahu suami, dan tidak boleh menolak apa- apa kemahuan suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Tidur, isteri tidak boleh membelakangkan suami, isteri tidak boleh 'Queen Control', apabila hati suami terusik, walaupun sebesar zarah, isteri dianggap menderhaka. Walau siapa pun kita, walau siapa pun suami kita, jangan sesekali menderhaka kepadanya, hatta isteri tersebut mempunyai kelebihan dari sudut harta dan kewangan berbanding suami. Suami perlu didahulukan terlebih dahulu daripada perkara- perkara penting yang lain. Oleh itu, saya tertanya- tanya, adakah kawan- kawan yang berkahwin awal boleh memikul tanggungjawab tersebut?? Adakah cukup iman di dada bagi menghadapi dunia rumah tangga?? Adakah sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu, sedangkan diri sendiri belum sempurna?? Adakah sudah bersedia untuk memberi didikan kepada anak- anak yang akan dilahirkan nanti sedangkan diri sendiri kurang berpengetahuan?? Itu antara soalan yang sering bermain di fikiran saya apabila memikirkan dunia perkahwinan.

Menyebut perkataan kahwin amat mudah, as easy, as ABC, namun untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, isteri, ayah dan ibu, adakah kita betul- betul sudah bersedia?? Sebelum berkahwin, persiapkan diri kita dengan iman yang teguh, pengetahuan yang luas dan bersedia dengan apa jua keadaan, tidak cepat melatah dengan khabar angin, yang penting perlu pupuk nilai murni dalam diri masing- masing.

Itu sahaja coretan hati saya buat masa ini.
Sekian  Terima Kasih.. :)

No comments:

Post a Comment