Mama n abah |
Kakak n adik2 |
Jadi, inilah keluargaku. Tapi, aku tak nak cerita sangat pasal family aku ni. Nama pun Kisah Seorang Aku kan..
Aku merupakan pelajar tahun 1 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Aku suka belajar kat sini, sebab mama aku pun pernah belajar kat sini juga. Ini antara sebab aku pilih UKM. Tapi sebab sebenarnya adalah, aku ingin belajar dalam BAHASA MELAYU., bahasa ibundaku.
Kadang- kadang, aku rasa kenapa Malaysia ni lebih mengagungkan bahasa asing berbanding bahasa sendiri. Banyak syarikat swasta di Malaysia ni menggunakan bahsa asing, kenapa?? Jika dibandingkan, negara Indonesia pun, antara negara membangun juga, tetapi mereka menggunakan bahasa mereka. Alasan untuk menarik pelabur rasanya tak boloeh terima pakai kot, sebab kat indon pum ada juga yang pergi melabur. Jadi, timbul persoalan pada diriku, nape Malaysia nak guna bahasa inggeris di negara sendiri???
Namaku, NURUL AQEELA BT MOHD SEKARE, dilahirkan pada 21 NOVEMBER 1990 di HOSP KUALA KRAI. Masa kecik dulu, aku sendiri xsangka aku akan masuk UKM, sebab aku ni antara anak yang lembab. Aku lambat untuk bercakap, lambat berjalan, lambat belajar dan lambat dalam segala- galanya. Tapi aku berusaha untuk berubah, erti usaha ni dah lama aku kenal, sejak dari umur 7 tahun lagi. Masa aku umur 7 tahun, aku ni bodoh, xkenal huruf, xreti membaca, mengeja apatah lagi, oleh sebab tu, ada kawan bahalul aku ni perli aku, cakap aku bodoh, sapa yang xterasa, ye x?? So, aku berusaha untuk hafal huruf, hafal bunyi vokal, aku try membaca slow- slow dulu, dan akhirnya, lancar. Dari situ, aku sudah mula pandai membaca, tu pum lancar masa umur aku 9 tahun. hehehe, tapi tu xpenting sebab aku dah pandai membaca, seingat aku, bengap aku ni punya pasal, mama aku merayu kat cikgu aku suruh akau dimasukkan dalam kelas pemulihan. Cuba bayangkan, dalam 4 beradik, aku sorang je yang dimasukkan dalam kelas pemulihan. Memang lawak la, tapi yang baiknya, aku la anak yang pertama menjejakkan kaki ke universiti, UKM. So, aku xmalu bile aku ingat balik sal kelas pemulihan tu. Aku memang bangga...
Masa UPSR, aku cuma dapat 1A, 2B, 2C je. Maybe sebab masa tu aku xstudy sangat. Kawan- kawan lak suka ajak aku lepak, so pengaruh rakan aku agak kuat. Tapi aku langsung xfrust, sebab aku tahu aku xberi effort secukupnya untuk menghadapi UPSR. Then, mama aku bawa aku gi belajar kat sekolah die, since die kan cikgu. Mule- mule g skolah menengah, aku rasa macam nak nangis je, aku xde kawan, rasa sunyi sangat, tp bile lama- lama, aku mula menyesuaikan diri. Aku ada ramai kawan termasukalah best friend aku, WANI n ANA. Sampai sekarang still contact. So, masa PMR, aku bg effort lam 60% kot, tu yag dapat 5A, 3B tu... so, aku happy sgt, aku ingat dapat 2A je. Aku siap nangis lagi masa tu. Mama aku pun nangis, dia pun xsangka aku dapat result gitu, ye la, da ok la kot, even xdapat 8A pun. Berbekalkan result tu, aku g SM Teknik Bachok, sekolah kesayanganku. Aku tinggal kat asrama. Mule-mule masuk f4, aku stress gile ngan senior yang kuat jeles, aku pun xtahu nape dorang xsuke ngan budak- budak dorm ak, F203. Asyik perli je kerja dorang. Memang stress la. Aku sampai nangis- nangis. Tp, life must go on., Aku teruskan gak. So masa aku f5, aku jd senior, tapi aku antara yang baik ngan junior. Aku berusaha la gak masa f5, aku target 6A SPM, tapi frust gak, aku xdapat 6A tu..cume dapat 4A, 2B, 2C dan......................... 3D, hahahha.. tp aku puas ati sgt, MATH MODEN aku dapat A1... penat- penat aku berusaha. dapat juga.. Then, aku apply uitm n politeknik, but aku lebih mengharapkan politek la.. malangnya, aku xdapat kedua- duanya, then aku naik f6, ambik ekonomi n pengurusan perniagaan, dan dari situ aku bertekad untuk masuk universiti dengan pointer yang tinggi. Akhirnya, berkat cikgu, doa mama aku, kesungguhan aku, dan dengan izin Allah SWT, akiu berjaya mendapat 3.67 dan dapat masuk ke UKM ni. Then kawan- kawan aku yang da masuk politeknik pun start da rendah diri sebab dorang kata aku da nak wat ijazah, dorang baru poli, wat diploma pun ada, sijil pun ada. Tapi bagi aku, belajar kat man- mana pun same je, asal kita berusaha, pasti beroleh kejayaan, Allah itu Maha Adil.
Seingat aku juga, mama aku memang xberharap sangat kat aku dulu coz dia tahu anak dia yang kedua ni bengap, lembab gile, payah nak paham dan sebagainya. Tapi, dengan izin Allah SWT dan berkat usaha aku dari kecik aku berada di landasan sekarang, mungkin aku xdpt sambung pelajaran aku ke oversea, tapi, aku berjaya buktikan aku pun dapat masuk u, dan bukan calang u, tp, UKM.
Oleh itu, aku sedar, tanpa usaha, tiada kejayaan. Hal ini terbukti benar kerana aku sendiri mengalaminya. Aku sedar, kalau aku xusaha, aku xakan berjaya macam sekarang, tapi aku juga sedar, banyak lagi halangan yang akan aku hadapi pada masa- masa mendatang, aku akan berusaha untuk menghadapinya.
So, insyallah, aku juga akan berusaha pada hari- hari yang mendatang. Banyak lagi liku- liku kehidupan yang akan aku lalui. Sebenarnya apa yang aku sudah dan yang sedang aku lalui ni sebenarnaya baru 30% daripada liku hidup aku, untuk mencapai 100%, banyak lagi halangan, jadi aku mesti terus sabar untuk menghadapinya.
Sekian sahaja... :)
No comments:
Post a Comment