Sunday, March 13, 2011

HANYA UNTUK PERKONGSIAN..

Rasuluallah SAW pernah bersabda tentang 10 tanda besar kiamat,
" sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh ayat (tanda) sebelumnya, iaitu 1) Ad- Dukhan (asap/ kabus), 2) Dajal (Pendusta), 3) Dabbah (binatang yang keluar dari perut bumi), 4) matahari terbit dari barat, 5) turunnya Isa Inbu Maryam a.s, 6) Yakjuj dan Makjuj, 7-9) tiga gempa bumi, iaitu di Timur, Barat dan semenanjung Tanah Arab dan yang terakhir 10) keluarnya api dari Yaman yang membawa manusia ke tempat mereka berkumpul, "

Aku tiba- tiba sahaja tergerak hati mahu menulis 10 tanda besar kiamat, mahu berkongsi ilmu dengan rakan- rakan sekalian. Aku bukannya ustazah, bukan para ulama, bukan pelajar Fakulti Pengajian Islam ataupun warak, tapi aku manusia normal, yang gila2 seperti pelajar lain juga, tidak terlalu baik, tidak lembut seperti ustazah aku zaman sekolah dulu, jika kawan- kawan yang mengenaliku, mereka memang tahu siapakah aku.. tapi aku tetap ingin berkongsi ilmuku ini kepada sesiapa pun, Insyallah..

Sebab aku menulis perkara ini disebabkan oleh ketakutan aku dengan hari kiamat. aku selalu bertanyakan diriku, bilakah hari kiamat akan tiba, bagaimanakah kiamat akan muncul, adakah amalan aku ni cukup untuk menghadapi hari kiamat, so, serba sedikit, timbul keinsafan di hati.. hehehehe..

Justeru itu, aku menyedari bahawa bertuahnya aku dilahirkan sebagai umat Islam :) so, bersyukurlah kawan- kawan yang dilahirkan sebagai Islam..

jadi ini serba sedikit keterangan tentang 10 Tanda Kiamat,

  1.  Dajal- Pendusta. Dajal ni sebenarnya antara manusia. dia sebenarnya normal, ada hidung, dua mata, telinga, pendek kata exactly cam manusia la, sbb die ni manusia macam kite. Die muncul pada era teknologi yang plaing canggih, tapi tidak tahu secanggih manakh teknologi tersebut. Tapi die berpura- pura warak, berakhlak baik, menggunakan al- quran sebagai alat untuk menyesatkan manusia. Sampai kemuncaknya, dia mengaku bahawa diri dia adalah Allah SWT. Lalu Allah menurunkan bencana Ad- Dhukkan bagi menghukum dajal sehingga menyebabkan mata dia membengkak dan timbul perkataan KAFIR  di dahinya. Itulah Dajal.
  2. Ad- Dhukkan- asap tebal yang menyeliputi bumi. Apabila Dajal sudah mula menakluki umat manusia, Allah telah menurunkan bala, iaitu meteor ke bumi pada bulan Ramadhan (xtaw bile), menyebabkan bumi diselaputi asap gelap selama 1 tahun lbh, ia akan menghalang cahaya matahari menyebabkan bakteria membiak dgn cpat. Oleh itu, orang kafir akn terseksa, mereka akan terkena jangkitan seperti mata, kulit dan sebagainya kerana tidak berpuasa di  mana sistem imunnya lemah. Manakala kaum muslimin hanya terkena selesema biasa kerana berkat bulan puasa, sistem imun umat islam kuat berbanding org kafir.
  3. Nabi Isa a.s turun- pada masa ni, umat Islam hampir kalah dengan Dajal, lalu, Nabi Isa diturunkan dan membunuh Dajal. Nabi Isa akan meneruskan hidup berpandukan Kitab Al- Quran dan akan meninggal dunia seperti manusia biasa. Pada masa ini, golongan yang hidup menyembah Nabi Isa akan dihidupkan semula untuk memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat, namun ada yang beriman dan ada yang menolak. Pada masa ini, kiamat semakin hampir
Kiamat akan berlaku apabila tiada lagi manusia yang beriman kepada Allah swt, iaitu selepas Nabi Isa a.s meninggal dunia di mana dunia akan kembali menjadi seperti zaman jahiliyyah dahulu. Penyembahan berhala, seks bebas berleluasa dan masjid- masjid menjadi tempat rekreasi bagi orang kafir.

Kawan- kawan mesti terfikir, di manakah umat Islam yang lain, kan? Semua umat Islam yang beriman akan dimatikan oleh Allah swt, dan yang ada hanyalah manusia kafir. Mereka akan hidup dalam kesesatan. Pada masa ini, matahari telah terbit dari barat dan semua Malaikat dan makhluk Allah yang lain diberhentikan tugas mereka, dan hanya anggota badan manusia akan menjadi saksi kesesatan manusia. Pintu taubat telah tertutup.

Oleh itu wahai sahabat, kiamat tidak akan berlaku selagi ada manusia yang beriman, selagi ada manusia yang menyebut kalimah Allah swt. Ketahuilah wahai sahabtku, kita, sebagai umat Islamlah yang menyelamatkan dunia ini daripada kiamat, ucaplah kalimah- kalimah Allah swt sekerap mungkin kerana dengan itu kita masih berpeluang untuk menjadi hambaNya yang soleh.

Bukan niat saya untuk mengelak Hari Kiamat, kerana ia adalah hari yang pasti berlaku. tetapi, jika ia berlaku esok, atau lusa, adakah cukup amalan kita selama ini? jadi, selagi kita punya ruang untuk beramal soleh, rebutlah peluang itu, jgn biarkan ianya pergi begitu sahaja. Pasti kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang tidak beriman.

Sebenarnya banyak lagi yang saya mahu kongsikan dengan rakan- rakan kerana proses untuk berlakunya kiamat amat panjang untuk diterangkan satu persatu, yang pasti kita masih sempat untuk berubah menjadi manusia yang soleh dan solehah, tetapi cukuplah untuk kali ini, diharap dapat menjadi pengajaran dan peringatan untuk kita semua.
Terima Kasih,

(Sumber: Armagedon 2012)
RENUNG- RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!

No comments:

Post a Comment