Sunday, January 8, 2012

Good News, Kes Pembebasan Seorang Ahli Politik dan Video IniAnwarHadi

Well, Assalamualaikum..
Hurm.. good news.. UKM sudah kembali normal, air pun sudah ada..

HHOOOORRAAYYYYYY!!!

Sebenarnya bekalan air dah ada 2, 3 hari dah. Aku pun boleh hidup secara normal semula, boleh mandi dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ujian yang diberi ini, membuat aku menjadi semakin mengenali erti kehidupan dan bergerak sebagai sebagai individu yang lebih matang.

By the way, mu exam still have 3 papers left. 

Business communication
International marketing
Management account

I was study until 5.30 last night, and luckily the i m not taking the exam today. Actually, i was not really studied, i just talking and study. We have to study smart, if we study all the times, our mind become tired already. So, just enjoy it. Study is not the a burden, so why must we feel so?

So, latest news untuk hari ni, 9.1.12 adalah pembebasan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Well, i am not really interested in politics. Tapi, still kena ambil tahu pasal politik, sebab, politik boleh menyebabkan perubahan dalam ekonomi negara. So, perlu ambik tahu juga. I'm not gonna talk about it. Just read this link:


Ini pula link video kat perkarangan mahkamah, take a look:


Ini pula link berkenaan Saiful, leh la nak tgk..

Walau apa pun keputusannya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenarannya. Kita hanya mampu melihat dan menerima. Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku. Semuanya telah ditentukan.

dann.....
jeng.. jeng.. jeng... 
l
l
l
l
v


IniAnwarHadi baru sahaja upload new videos....
Aku xtengok pun lagi video tu, tapi aku sudah already download. So, apa kata kita tgk sama sama.

IniAnwarHadi, saya mohon upload video anda di sini ye.. tlg jgn saman saya.. ;)

Sebenarnya, IniAnwarHadi balik Malaysia hari tu... sebab dia ada event 17 & 18. 12. 2011. Aku sedih xleh nak join, so, xcite la dalam blog. Pada minggu berkenaan, aku busy sangat dengan nak submit assignment and presentation. So, mana yang lebih penting?

Aku terpaksa korbankan salah satu. Orang ekonomi cakap, kos melepas. Kira Event perasmian TV1Malaysia tu kos melepas aku. Kos melepas ni adalah kos yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. So, aku terpaksa memilih kerja- kerja assignment aku sebab ianya demi masa depan aku. 

Jadi, xleh jupa IniAnwarHadi life action pun xpe la, leh tgk dalam video pun ok. Aku dah bersyukur, sekurang- kurangnya aku dapat kenal jugak dengan insan yang bernama Anwar Hadi. Xde la kenal sgt, tapi kira kenal la jugak kan??

Hehehe... 

Sekian sahaja untuk hari ni.
Saya mahu study dulu..

~ May Peace Upon You ~


Friday, January 6, 2012

KEJADIAN BURUK DI AWAL TAHUN BARU..

Tahun baru patutnya disambut dengan gembira, tetapi satu kejadian buruk yang xdisangka telah berlaku dan menimpa diri saya sendiri dan hampir 95% warga UKM, a.k.a students..

Kejadian tersebut adalah...

KETIADAAN AIR DI UKM

Bermula pada 5.1.2012. Adush!! yang lagi stress, kami semua dalam musim...

'EXAM FEVER'

Disamping mengulangkaji pelajaran, kami terpaksa memunggah air, dan mencari air, untuk mandi dan sebagainya. Dan yang pasti, kami semua terjejas teruk, ada yang tak mandi untuk menduduki peperiksaan. 

Bila jadi macam ni, barulah kita tahu betapa bernilainya air. Air adalah segalanya. Untuk mandi, masak, berus gigi, minum dan sebaginya. Bila jadi macam ni, masing- masing cuba sedaya upaya untuk tidak membazir air, tapi, dalam keadaan biasa, air dibazirkan begitu sahaja. Bila berus gigi, kita bukan tutup pun pili air tu kan? Ramai yang buat gitu. Tapi, bila tak da air, nak berus gigi pun susah. Nok solat apatah lagi, bimbang air itu tercemar. 

Saya fikir, seluruh warga UKM kini sedang menghadapi ujian daripada Allah SWT, terutamanya para pelajar. Dalam minggu peperiksaan ni, banyak pula dugaan yang datang. Ada yang xboleh nak study sebab xboleh mandi. Sakit kepala dan pening kepala, tenaga pula digunakan untuk angkut air, bawa motor, kereta sana sini untuk cari air. Maka, apa yang perlu kita lakukan?

IKHTIAR CARI AIR
REDHA DENGAN UJIAN ALLAH SWT
YAKIN DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT
dan
YAKIN DAN PASTI ALLAH AKAN KURNIAKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA..

Ketiadaan air ini juga memberi kesan pada premis- premis perniagaan dalam UKM. Semua makanan perlu dibungkus dan kalau nak makan kat kedai, kedai terpaksa sediakan pinggan polistrin, sebab, tak ada air nak basuh pinggan mangkuk, gelas semua itu. Nak buat air pun rasanya mereka terpaksa guna air tong. 

Student pulak terpaksa beli air mineral banyak- banyak sebagai back- up plan. Kesannya, kos pun meningkat. Selain perlu beli air mineral, kos petrol kenderaan juga perlu ditanggung. Rasanya, dalam tempoh tak ada air ni, kos belanja pelajar meningkat berganda- ganda. Air Mineral dekat kedai pun habis, yang untungnya peruncit tu la. Sebab, masa tak ada air ni, masa berlaku krisis tak ada air mcam ni, permintaan air memang meningkat. So, sapa rugi, sapa untung??

Saya sendiri xtaw sampai bila krisis air ni berlaku. Rasa seksa yang teramat. Nak buang air kecil & besar pun susah, sebab nak jimat bekalan air yang ada. Nak cuci tangan lps makan nasi pun berkira, sebab nak jimat air. Bila berlaku macam ni, barulah semua orang akan belajar berjimat dan menghargai air yang ada. 

So, HARGAILAH AIR SELAGI ADA, JANGAN BAZIR..

"HARGAI AIR"
Air itu SUMBER KEHIDUPAN

Sunday, January 1, 2012

Penantian Satu Penyeksaan

Well, sekarang ni sebenarnya minggu peperiksaan final hampir semua pelajar universiti. Misalnya saya sendiri akan menduduki peperiksaan pada 03.01.2012. Dan tamat exam pada 19. 01. 2012. Minggu paling menyeksakan. Sebab???


PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN

Bagi aku, nak tunggu exam tamat merupakan satu penyeksaan. Sebabnya aku terpaksa menghadapi buku2 untuk suatu tempoh tertentu. Siapa suka kalau terpaksa hadap buku aja kan?? 

TAK SUKA
TAK SUKA 
TAK SUKA

Tapi, realiti kehidupan sebagai seorang pelajar. Kita terpaksa hadapinya jua. Ramai pelajar mempersoalkan tentang teori yang dipelajari sama ada kita akan gunakannya atau tidak. 
YES.. kita memang tak akan guna dalam alam pekerjaan. Tapi, kita belajar teori tersebut untuk membimbing kita dalam alam pekerjaan. Mana tahu suatu hari nanti, tiba- tiba kita boleh apply. Siapa yang tahu kan???

Satu lagi, fenomena yang berlaku pada minggu peperiksaan..

STRESSSSS
memang kita xboleh lari... tapi, berdoalah kepada yang Esa agar dipermudahkan segalanya buat kita.

Well, aku pun tengah sterss sebenarnya... Aku xboleh nak study, jadi kerja aku tulis blog je...


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA JALAN UNTUKKU HADAPI CABARAN MENDATANG, TERANGILAH HATIKU, LAPANGKANLAH DADAKU, JAUHILAH SEGALA MASALAH. KEPADAMU TEMPATKU MEMOMOHON PERTOLONGAN. 

AMINN...

Saturday, December 31, 2011

01. 01. 2012

HAPPY NEW YEAR!!!
HAPPY 1st JANUARY 2012!!!
SELAMAT TAHUN BARU KELENDAR MASIHI!!!!

Hari ni 1 January 2012!! Selamat tahun Baru.. Jadi, berakhir sudah tahun 2011 semalam.. Apakah kenangan anda yang tidak akan lupakan pada tahun 2011??

Di sini ada cadangan saya, 

  • Bertemu teman hidup yakni, Boipren atau girlpren... di mana taman- taman bunga cinta anda sedang mekar dalam hati.. WOW!! ayat aku xleh blah langsung.. hehehe

BEGINIKAH AGAKNYA TAMAN HATI ANDA???
  • Dan, andai si dia bukan jodoh anda, anda dan si dia pasti tidak akan bersama. Oleh itu, kejadian si dia telah meninggalkan anda juga salah satu kenangan yang tidak boleh dilupakan pada tahun 2011?? or, in simple word, anda dan si dia telah  pun, BREAK UP!!  tapi, dont worry, yakinlah dengan ketentuan ILLAHI...

WALAUPUN CINTA ANDA DIBUANG SEPERTI SAMPAH, YAKINLAH DENGAN KETENTUAN ILLAHI
  • Ibu dan bapa anda telah selamat menunaikan haji di Mekah.. Mereka telah mendoakan yang terbaik buat anda....

BETAPA BERTUAHNYA KITA PUNYA IBU BAPA YANG MENDOAKAN KITA.
HARGAILAH MEREKA..

  • Surprise birthday oleh member- member yang terdekat. Hargailah mereka sebelum mereka meninggalkan kita. Sukar untuk kita bertemu teman- teman yang sanggup merancang untuk wat SURPRISE BIRTHDAY untuk kita... So, di kesempatan ini, mahu ucapkan THANKS TO MY BELOVED ROOMATE, AYU, AND SURAYA, NITA, PIJAH, TATIEY SEBAB SUDI WAT SUPRISE BIRTHDAY....  DAN YANG ADA KERJA PADA HARI ITU, MIHAH.. :)

SUPRISE!!!!!

KHAS UNTUK KAMU, KAWAN- KAWAN..., THANK YOU
  • Dapat result exam yang baik...  xkira la UPSR or PMR. TAHNIAH!!! yang dapat xberapa baik, teruskan usaha anda, anda pasti boleh...
  • Dapat masuk universiti dan sambung belajar. TAHNIAH JUGAK... dah dapat, belajar elok- elok. Nanti dapat kerja yang baik.
  • Dapat pekerjaan tetap, dan gaji yang pertama. Pastu sakan bawa parents pergi shopping. Kongsi kegembiraan dengan family la katakan. TAHNIAH JUGA..

  • Dapa kahwin dengan pilihan hati. xkire la kawin kali pertama ke, ke dua ke, ketiga ke. Dah kawen, jgn curang plak. Ingatlah, wanita itu amanah seorang suami. Jagalah isteri anda macam permaisuri... :) TAHNIAH!!

  • Dapat anak yang pertama. WOW!! Dapat baby.. and u will be mama and papa.. TAHNIAH!!!


Well, itu sajalah cadangan saya. Kalau ada yang xada, harap maaf. Tapi, xkira la ada atau x di sini, yang penting kita tahu kenangan itu amat bermakna buat kita. Semoga kenangan itu kekal dalam ingatan kita. 

Bercakap pada 01.01.2012 ni, budak- budak mula sekolah hari ni ke? Well, i'm not really sure sebab dah lama saya xpergi sekolah. Saya telah meninggalkan alam persekolahan hampir 2 tahun. Dan sesi pengajian di universiti dan di sekolah amat berbeza. Pada 20.01.2012, saya akan mula cuti dan masuk pula bulan 2. Saya cuti sebulan, dan pada bulan 1 ni, bukan ke budak- budak sekolah?? Saya pula cuti, memang xsama kan??

So, kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar STPM.. mulakan hari sekolahmu dengan azam dan tekad baru. 

SERONOK BILA INGAT ZAMAN SEKOLAH.. I MISS IT!!
<sekadar gambar hiasan>
kepada calon- calon UPSR, PMR, SPM dan STPM.. GOOD LUCK saya ucapkan. Belajar baik2, fokus, doa, tawakal, insyallah akan berjaya.  


So, kesimpulannya, MARI SAMA- SAMA KITA BUAT YANG TERBAIK PADA TAHUN INI. SEMOGA TAHUN 2012 INI MEMBERI KITA SATU KENANGAN YANG TERBAIK DARI TAHUN- TAHUN YANG LEPAS. 

Sekian sahaja.. 
May be peace upon you.. :)

Friday, December 30, 2011

Hye 2012, Bye bye 2011

Hari ni 31.12.2011 dan sekarang adalah pada jam 13.51. Tik tok tik tok..  Masa akan terus berlalu pergi, dan kita menghitung hari untuk menerjah ke tahun baru 2012. Dan, of course, kita akan jadi semakin tua. Semoga usia yang semakin berusia itu menjadikan kita seorang manusia yang lebih matang dan tabah untuk menghadapi hari- hari yang mendatang.

So, menjelang 12.00 malam atau pun pada jam 00.00, kita akan menyambut tahun baru, its time to say,

WELCOME 2012


Welcome 2012. Mulakan tahun baru kita dengan sesuatu yang baik. Seperti biasa, sambutan tahun baru amat meriah di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Konsert tahun baru semestinya satu kemestian dan maksiat berleluasa. Apa kata, kita jauhi semua itu, tapi mulakan dengan amalan yang baik supaya pada tahun 2012 ini hidup kita dirahmati Allah SWT dan diredhaiNya. Kita mulakan tahun baru dengan meninggalkan maksiat. Saya pasti, pada 1.1 2012, kondom akan bersepah di merata tempat, xkira hotel murah, semak, padang merdeka and so on. Tinggalkanlah semua itu, semoga tahun 2012 akan memberi satu permulaan yang baik untuk kita semua. 

By the way, its time to say good bye to 2011...


BYE BYE 2011


Semoga kejadian atau aktiviti kita, pahit atau manis sepanjang 2011 memberi satu kenangan yang terindah. Bagi kenangan atau kejadian yang tidak elok, jadikan ia sebagai satu pengajaran, pedoman dan juga peringatan buat kita untuk terus maju di masa hadapan. Bagi kejadian yang baik, kenangan yang manis, jadikan ia sebagai satu kenangan yang terindah dan marilah kita memperbaiki kelemahan kita supaya menjadi manusia yang lebih baik. 

2011, KAU TETAP DALAM KENANGAN.. 

Kepada sesiapa yang lahir pada 01. 01 pada tahun- tahun terdahulu, saya ucapkan: 

HAPPY BIRTHDAY


Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki,
Semoga Anda Menjadi Insan yang Lebih Baik pada tahun baru ini.. :)

Kepada yang akan lahir pada 01.01.2012, saya juga ucapkan:

Happy 1st Birthday


This is you, still a baby


When you grow up, hope you will be a good person, and success in your life...

Becoming an engineer.. :)

Becoming a beautiful doctor

Becoming a handsome pilot.. WOW!!
So, wish you good luck, Babies... :)





TAKE IT, OR LEAVE IT

Sedar tak sedar, hari ni sudah 30.12.2011. Aku memang tak sedar yang dunia ni akan masuk tahun 2012 pula. Tengoklah betapa cepatnya masa berlalu.. Esok, 31.12.2011, lusa dah masuk 01.01.2012. Wahhh... mcm xpercaya pula.. Azam aku untukk tahun baru ni adalah nak dapatkan result yang baik untuk exam. Dan, Insyallah, aku nak sambung master pada tahun 2014 atau 2015. Dan, of course, aku nak sambung di Australia. Memang bunyi macam aku ni berangan je, tapi, nothing is impossible. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku xboleh buat? So, misi aku belajar untuk kali adalah untuk samabung master.

Aku terfikir, kenapa aku macam malas nak belajar sekarang ni? Satu hari aku sedar, aku xde matlamat aku. Dulu, masa form 3, aku belajar bersungguh sebab nak masuk SM Teknik Bachok. Masa SPM, aku belajar bersungguh (tapi kurang bersungguh..) sebab aku... well, xde matlamat kot. Aku rasa macam blurr je.  Then, aku naik form 6, dan matlamat aku nak masuk UKM. Alhamdulillah, aku dapat. Dan yang terkini, aku nak buat master, pointer perlu 3.50 and above. Aku percaya, kalau aku tekad, mesti aku boleh. Kalau aku boleh buat dulu, sekarang pun aku boleh buat. Aku tahu kemampuan aku lebih dari orang lain. So, why waste it?

Nak tahu tak benda paling susah kita nak buat kat dunia ni?
Jawapan: BERUBAH


Susahnya kita nak berhijrah kepada yang lebih baik. Tak perlu tunggu bulan Maal Hijrah baru nak berubah. Aku sedang cuba berubah pun rasa dah semacam sekarang. Rasa macam aku xboleh nak berubah. Tapi, aku tetap kena cuba even aku rasa aku xboleh buat. Nak buat benda yang tak elok, senang sangat, aku boleh buat bila bila masa je. Tapi, aku xnak, aku nak berubah. Tapi, itulah benda yang paling susah. Adakah ini boleh dijadikan sebagai azam tahun baru?? so??

Tadi, aku baca blog2 yang menegur wanita supaya menutup aurat, blog yang anti-legging, blog yang menegur couple,

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
http://leggingseksi.blogspot.com/
http://couplemelayu.blogspot.com/


Blog-blog ni best. Aku suka baca sebab kadang- kadang tu, aku pun terasa jugak. Sebab, aku pun ada jugak wat gitu. Tapi, yang bab couple dan legging tu, aku xbuat. Couple tu ada la jugak masa sekolah, tapi serius, aku xbodoh untuk tayang harta aku kat teman lelaki. Sekarang aku single, dan umur dah masuk 21, baru aku sedar bahawa couple tu langsung xbawa faedah pun pada aku. So, aku suka ngan hidup aku sekarang. Yang lengging lak, aku memang xpakai sebab aku xsuka. Legging tu melekat kat body, dan memang nampak semua bentuk kat tubuh kita, thats why aku xsuka. Memang betul la yang blog tu cakap. Pakai legging nampak macam xpakai apa- apa. Orang kata fesyen, tapi bagi aku, itu fesyen salah. Kenapa kita perlu pakai leggings kalau nak berfesyen pun? Well, aku betul2 xmenyokong fesyen itu. Kalau nak pakai, just pakai dalam bilik je la, buat tidur. It will be much better.

Dan, kenapa ramai wanita yang xsuka ditegur kalau berkenaan aurat? Apa salahnya kalau kita ambil nasihat tu sebagai pedoman hidup? Kita tahu buka aurat itu dosa, tapi kita still nak tegakkan prinsip kita yang kubur kita lain- lain, kita xdapat hidayah lagi and so on. Sebab, kita xnak nampak yang kita buat benda salah, kan?
Kalau pun kita still nak buka aurat, nak dedah body, at least, ambil lah nasihat tu dan renung- renungkan diri kita. Muhasabah diri kita. Memang betul, orang yang menegur kita tu pun belum tentu masuk syurga, dan belum tentu sempurna. Kenapa? Sebab, kita ni manusia, memang xsempurna, memang akan ada kelakuan and tutur kata kita yang akan menggores perasaan kita sesama manusia. Itulah kelemahan manusia. Tapi, kita boleh berusaha untuk jadi sempurna di sisi Allah SWT.

Aku mengaku, aku pun bukan perfect sangat, bukan bagus sangat, bukan alim sangat. Pangai aku agak kegilaan sikit. Aku pun pakai jeans yang agak fit, aku jugak pakai t-shirt yang agak kecik, pakai tudung dedah dada aku.. YES, THATS ME.. dan aku tahu itu juga salah di sisi agama. Tapi, aku selalu muhasabah diri aku supaya menjadi orang yang lebih baik dan tanya diri aku, bila aku nak berhenti buat semua tu? Dan, aku akan hentikan semua tu. Aku dalam proses untuk tinggalkan semua tu. Insyallah, aku boleh. Cuma, it will take several times sebab, benda paling susah nak buat adalah BERUBAH.

Aku xpernah mempertikaikan tentang tutup dan buka aurat ni, sebab aku tahu mana betul dan mana salah. 
Aku xpernah pertikaikan tentang kubur lain- lain. 
Aku xpernah pertikaikan tentang tiada paksaan dalam Islam, so, dengan itu, aku boleh dedah body aku
Aku xpernah pertikaikan tentang baik buruk orang yang bertudung besar and orang yang buka aurat.

Aku xakan pertikaikan tentang itu semua sebab aku tahu semua teguran itu untuk kebaikan diri aku. So, kenapa ramai wanita memberi pelbagai alasan bila dikaitkan dengan aurat? Kenapa kita xboleh terima kesalahan kita dan kita sering mempertikaikan perbuatan kita itu betul dan ia adalah hak individu dan orang lain xberhak menegur kita? Kenapa kita sering berfikiran begitu? Teguran yang ke arah kebaikan tidak salah, dan ia digalakkan, tapi kita tidak boleh menerimanya, kenapa? Tapi teguran ke arah kehinaan, kita boleh terima pula, kenapa begitu? Salahkan kita ditegur untuk membimbing kita ke arah kebaikan?

Ya, aku tahu, aku xlayak untuk menegur individu- individu berkenaan, tapi, apa salahnya kita berubah perlahan- lahan. Kita tegurlah diri kita sendiri. Dan, ambillah nasihat sebagai pedoman dan pengajaran untuk diri kita. Xperlu kita pertikaikan tentang benda yang salah dan tenyata salah: BUKA AURAT. Kalau ada yang kata, tuhan xbagi hidayah lagi untuk tutup aurat tu, marilah kita sama- sama berdoa supaya tuhan berikan kita hidayah. Dan, Hidayah tuhan ada di mana- mana, dan tuhan akan bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. so, kita perlu doa supaya kita salah sorang daripadanya.

Mungkin, akan ada yang kata,

 "MINAH NI BERLAGAK BAIK LA PULAK.."
"DIRI SENDIRI BUKAN BAGUS SANGAT, ADA HATI AJAK ORANG BUAT BAIK.."
"MINAH NI SAMA JE MACAM PEREMPUAN LAIN, CUMA BERLAGAK BAIK SEBAB NAK ORANG NAMPAK DIA BAIK.."
"HEK ELEH, PERASAN BAGUS PULAK POMPUAN NI.."
"BAJET ALIM LA TUH.."
"NAK JADI USTAZAH LA TUH, NANTI BARU DIA DAPAT LAKI USTAZ YANG DAPAT BIMBING DIA.. KAN DIA NAK LAKI BERIMAN.."

and so on yang sekutu dengannya..

Katalah apa pun yang anda mahu kata, sebab saya tahu siapa diri saya. Dan, saya juga tahu, saya xpunya kuasa untuk menutup mulut manusia. Tapi, niat saya baik untuk menegur diri anda di luar sana dan juga untuk menegur diri saya sendiri. Just take it, or leave it. Saya xpaksa anda semua untuk menerima buah fikiran saya. Saya cuma menyuarakan pendapat sambil muhasabah diri sendiri dan sedikit sebanyak menegur kelakuan kita sebagai wanita.

KENAPA??

Sebab, kita sesama manusia, sesama wanita dan yang penting kita saudara seagama. Kalau bukan kita yang menegur sesama kita, siapa lagi??

RENUNG- RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.. :)

<SEKIAN SAHAJA, THANKS..>

Saturday, December 17, 2011

RASA MAHU BERUBAH...

Semester ni aku kenal dan agak rapat dengan seorang lecturer, Dr. Syed Shah Alam. Dia baik dan suka bagi nasihat. Kalau pergi bilik dia, dia akan cakap banyak sangat, tapi bukan cakap kosong, cakap dia banyak mesej. Bila dengar nasihat- nasihat dia, tiba-tiba aku terasa mahu berubah. Aku ni agak nakal juga, suka sangat nak pakai baju, seluar fit. And, bila dia banyak nasihat aku itu dan ini, aku rasa aku perlu berubah. Aku nak mula cari baju yang agak besar, i mean tidak fit la sampai nampak body shape aku. Insyallah, aku akan berubah slow slow.

Secondly, aku rasa mahu berubah sebab aku nak jodoh aku orang yang baik, beriman, soleh dan yang pasti boleh memimpin aku ke jalan Allah SWT. Aku bukan orang yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk mama dan abah aku. Sebelum aku bertemu dengan jodoh aku, aku nak berubah, supaya setanding dengan dia. Semoga dia juga orang baik, beriman, soleh dan boleh  jadi pemimpin dalam keluarga. Ramai kawan-kawan cakap aku memilih dan cerewet, tapi mereka xpernah tahu kenapa aku buat macam tu? bagi aku, macam mana aku nak bercinta sedangkan aku tak pernah mencintai diri aku sendiri? macam mana aku nak bercinta sedangkan aku selalu tinggalkan cinta Allah? Layakkah aku untuk mengejar cinta, sedangkan aku xpernah cuba untuk mengejar cinta Allah? Sebelum aku kejar, sebelum aku menerima dan diterima oleh cinta manusia, aku mahu mencintai Allah swt dahulu. Aku mahu cinta aku itu datnag dariNya, bukan dari hawa nafsu semata. Insyallah, aku akan berubah slow slow, Allah tidak akan mengubah nasib orang itu jika kita tidak berusaha untuk mengubahnya. Aku tahu hal itu, tapi orang kata, nak buat perkara baik ni susah, banyak halangan.. tapi if kita nekad, Insyallah, it will goes smoothly.. Allah kan ada untuk kita?? 

Ermm... pernah x kita fikir, kenapa kita menangis semasa teman lelaki/ wanita kita tinggalkan kita? tapi, kita xpernah menangis semasa Allah SWT tiba- tiba bari kita hidayah? macam mana kalau Allah tutup pintu hati kita? kita akan menangis x? 
Pernah x kita fikir, kita selalu terkejarkan cinta manusia, tapi kita jarang sekali terkejarkan cinta Illahi?
Kita selalu frust bila awek/ pakwe tinggalkan kita, kita akan tanya kenapa? tapi, kita xpernah tanya kenapa kita selalu tinggalkan Allah swt?

Sebenarnya, aku ini bukan orang baik, bukan muslimah sejati, aku cuma sama seperti gadis lain, xsuka pakai tusung besar, xsuka pakai baju besar, mengaji pun jarang, solat pun xsempurna, tapi, aku mula terfikirkan benda ni semua. Aku selalu fikir kenapa aku perlu cinta manusia sedangkan aku jarang sekali terfikir tentang cinta Allah swt.. ? 

Aku rasa aku perlu berubah perlahan-lahan. Aku mahukan cinta Illahi kerana itulah satu-satunya cinta yang susah kita nak dapat. Cinta manusia pula ada pelbagai, cinta nafsu, cinta monyet, cinta palsu, cinta kasanova dan sebagainya. tapi, cinta yang sukar dicari adalah cinta Illahi, bukan? Aku rasa aku mahu cinta itu. Allah itu maha adil, maha menyanyagi. Kalau kita sayang dia, dia 1000000000x ganda sayang kita. Dan Dia akan balas kasih sayangNya setimpalnya. Kenapa kita perlu kejar cinta manusia? sedangakan cinta yang terbaik untuk kita memang akan  menjadi milik kita, cuma kita xpernah cuba mencarinya, kan??


Bila kita keseorangan, kita akan kata kita boring kan? Well, siapa cakap kita keseorangan? Kita xpernah keseorangan dalam dunia ni, even cuma tinggal kita seorang je dalam dunia ni. Kenapa ye? Sebab, kita ada malaikat yang sedang jaga kita ni. Pandang kanan, pandang kiri, pandang sekeliling, ada malaikat kan kat tepi kita? Dia selalu ada sekeliling kita, cuma kita je yang xperasan, kan? and kadang kadang kita terlupa bahawa kita punya malaikat yang jaga kita. Kita juga punya Allah swt yang selalu perhatikan kita.. tapi kita lupakan?? Tengoklah, betapa bertuahnya kita... Kita punya guardian.. Hebatnya kita kan?? Malaikat akan turun masa subuh.. dan jaga kita dan tukar shift masa asar.. Malaikat masa subuh akan naik ke langit, jumpa Allah, report ttg amalan kita, kita mahu ke malaikat report benda yang xelok tentang kita kepada Allah swt?
begitu juga dengan malaikat yang turun masa asar, dia pun akan report.. mahukah kita? Tidakkah kita kan rasa malu? malu untuk berdepan dengan Allah swt.. malu dengan malaikat.. malu dengan para nabi dan rasul? 



Sebab tu aku mula rasa mahu berubah. Aku xnak malaikat report benda yang xelok.. dan buku amalan aku penuh dengan dosa aku. Kalau boleh aku nak buku amalan kiri aku ni kosong... buku kanan penuh.. tapi, xmungkin, sebab kita manusia biasa, akan selalu wat salah kan? tapi kita boleh cuba jadi yang terbaik di sisi Allah swt, betul x?? so, apa salahnya kalau kita berubah perlahan- lahan??

Allah pasti akan tolong kita kan? Itu adalah perkara  pasti sebab Allah xakan pernah tinggalkan kita, cuma kita yang selalu tinggalkan Dia, lupa untuk berterima kasih. Jadi, selalulah bersyukur dengan pemberianNya. 

<sekian sahaja... Thanks.. :)>