Saturday, December 17, 2011

RASA MAHU BERUBAH...

Semester ni aku kenal dan agak rapat dengan seorang lecturer, Dr. Syed Shah Alam. Dia baik dan suka bagi nasihat. Kalau pergi bilik dia, dia akan cakap banyak sangat, tapi bukan cakap kosong, cakap dia banyak mesej. Bila dengar nasihat- nasihat dia, tiba-tiba aku terasa mahu berubah. Aku ni agak nakal juga, suka sangat nak pakai baju, seluar fit. And, bila dia banyak nasihat aku itu dan ini, aku rasa aku perlu berubah. Aku nak mula cari baju yang agak besar, i mean tidak fit la sampai nampak body shape aku. Insyallah, aku akan berubah slow slow.

Secondly, aku rasa mahu berubah sebab aku nak jodoh aku orang yang baik, beriman, soleh dan yang pasti boleh memimpin aku ke jalan Allah SWT. Aku bukan orang yang baik sangat, tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk mama dan abah aku. Sebelum aku bertemu dengan jodoh aku, aku nak berubah, supaya setanding dengan dia. Semoga dia juga orang baik, beriman, soleh dan boleh  jadi pemimpin dalam keluarga. Ramai kawan-kawan cakap aku memilih dan cerewet, tapi mereka xpernah tahu kenapa aku buat macam tu? bagi aku, macam mana aku nak bercinta sedangkan aku tak pernah mencintai diri aku sendiri? macam mana aku nak bercinta sedangkan aku selalu tinggalkan cinta Allah? Layakkah aku untuk mengejar cinta, sedangkan aku xpernah cuba untuk mengejar cinta Allah? Sebelum aku kejar, sebelum aku menerima dan diterima oleh cinta manusia, aku mahu mencintai Allah swt dahulu. Aku mahu cinta aku itu datnag dariNya, bukan dari hawa nafsu semata. Insyallah, aku akan berubah slow slow, Allah tidak akan mengubah nasib orang itu jika kita tidak berusaha untuk mengubahnya. Aku tahu hal itu, tapi orang kata, nak buat perkara baik ni susah, banyak halangan.. tapi if kita nekad, Insyallah, it will goes smoothly.. Allah kan ada untuk kita?? 

Ermm... pernah x kita fikir, kenapa kita menangis semasa teman lelaki/ wanita kita tinggalkan kita? tapi, kita xpernah menangis semasa Allah SWT tiba- tiba bari kita hidayah? macam mana kalau Allah tutup pintu hati kita? kita akan menangis x? 
Pernah x kita fikir, kita selalu terkejarkan cinta manusia, tapi kita jarang sekali terkejarkan cinta Illahi?
Kita selalu frust bila awek/ pakwe tinggalkan kita, kita akan tanya kenapa? tapi, kita xpernah tanya kenapa kita selalu tinggalkan Allah swt?

Sebenarnya, aku ini bukan orang baik, bukan muslimah sejati, aku cuma sama seperti gadis lain, xsuka pakai tusung besar, xsuka pakai baju besar, mengaji pun jarang, solat pun xsempurna, tapi, aku mula terfikirkan benda ni semua. Aku selalu fikir kenapa aku perlu cinta manusia sedangkan aku jarang sekali terfikir tentang cinta Allah swt.. ? 

Aku rasa aku perlu berubah perlahan-lahan. Aku mahukan cinta Illahi kerana itulah satu-satunya cinta yang susah kita nak dapat. Cinta manusia pula ada pelbagai, cinta nafsu, cinta monyet, cinta palsu, cinta kasanova dan sebagainya. tapi, cinta yang sukar dicari adalah cinta Illahi, bukan? Aku rasa aku mahu cinta itu. Allah itu maha adil, maha menyanyagi. Kalau kita sayang dia, dia 1000000000x ganda sayang kita. Dan Dia akan balas kasih sayangNya setimpalnya. Kenapa kita perlu kejar cinta manusia? sedangakan cinta yang terbaik untuk kita memang akan  menjadi milik kita, cuma kita xpernah cuba mencarinya, kan??


Bila kita keseorangan, kita akan kata kita boring kan? Well, siapa cakap kita keseorangan? Kita xpernah keseorangan dalam dunia ni, even cuma tinggal kita seorang je dalam dunia ni. Kenapa ye? Sebab, kita ada malaikat yang sedang jaga kita ni. Pandang kanan, pandang kiri, pandang sekeliling, ada malaikat kan kat tepi kita? Dia selalu ada sekeliling kita, cuma kita je yang xperasan, kan? and kadang kadang kita terlupa bahawa kita punya malaikat yang jaga kita. Kita juga punya Allah swt yang selalu perhatikan kita.. tapi kita lupakan?? Tengoklah, betapa bertuahnya kita... Kita punya guardian.. Hebatnya kita kan?? Malaikat akan turun masa subuh.. dan jaga kita dan tukar shift masa asar.. Malaikat masa subuh akan naik ke langit, jumpa Allah, report ttg amalan kita, kita mahu ke malaikat report benda yang xelok tentang kita kepada Allah swt?
begitu juga dengan malaikat yang turun masa asar, dia pun akan report.. mahukah kita? Tidakkah kita kan rasa malu? malu untuk berdepan dengan Allah swt.. malu dengan malaikat.. malu dengan para nabi dan rasul? 



Sebab tu aku mula rasa mahu berubah. Aku xnak malaikat report benda yang xelok.. dan buku amalan aku penuh dengan dosa aku. Kalau boleh aku nak buku amalan kiri aku ni kosong... buku kanan penuh.. tapi, xmungkin, sebab kita manusia biasa, akan selalu wat salah kan? tapi kita boleh cuba jadi yang terbaik di sisi Allah swt, betul x?? so, apa salahnya kalau kita berubah perlahan- lahan??

Allah pasti akan tolong kita kan? Itu adalah perkara  pasti sebab Allah xakan pernah tinggalkan kita, cuma kita yang selalu tinggalkan Dia, lupa untuk berterima kasih. Jadi, selalulah bersyukur dengan pemberianNya. 

<sekian sahaja... Thanks.. :)>

No comments:

Post a Comment