Sunday, September 18, 2011

TERIMA KASIH.. :D

Aku pernah kenal dengan seorang budak lelaki yang bernama Muhammad Nurdean. Aku agak suka die ni, die pandai ambul hati aku. Law aku sedih, dia akan call aku, law aku merajuk, dia pujuk aku. Tapi, aku xpernah percayakan dia, aku rasa dia ni ada makwe nama Nur Akma Diana. Bila aku tanya, die kata Diana tu hanyalah sekadar kawan baik masa kecik sampai skang, dia kata Diana dah ada pakwe kat UM. Aku macam nak percaya xnak percaya. Tapi, hubungan kitorang still lagi on. Sampai la satu hari ni, aku xbalas msj dia, aku langsung xbgtaw dia khabar berita aku. Aku cuma nak tengok sejauh mana dia ambil berat pada kau. Law beto dia amik berat sal aku, mesti dia tanya kabar berita aku. Tapi, dia langsung xtanya, jadi aku bertambah yakin yang dia ni memang sedang memainkan perasaan aku. May be apa yang kawan aku pernah cakap tu betol, permainan orang lelaki amat kejam, xterlintas di fikiran kita. Then, lepas seminggu, aku msj dia, dia xreply pun, aku tanya la, ada masalah ke? Dia xnak gtaw apa masalahnye. Aku desak, aku msj die, tapi die xbalas satu pun msj aku. Aku jadi amatlah geram, law betol ada masalah, gtaw aku. Then, aku tgk dia on9, aku try ckp lelok ngan dia, tapi layan xlayan, last2, die offline. Aku jadi buntu, so aku send msj lam FB die, brulah die gtaw sbb die layan aku gitu. Dia kata, aku akan lupa die bila aku kuar dengan kawan2, dia kata, aku lebih pentingkan kawan2 aku, dia tuduh aku mainkan perasaan dia, dia tuduh aku tipu dia. Sakit ati aku ni tuhan je yang tahu. Then dari situ, aku mula rasa yang hubungan kitorang akan berakhir. Lastly, aku dapat kata putus dari dia, Good bye, Qilala.. Itu ayat terakhir dia untuk aku. Lepas tu, aku ni cam try la nak baiki balik hubungan kitorang, tapi langsung xdapat respond dari dia. So, berakhirlah hubungan kitorang. Aku da delete no fon dia dan block FB die. Sakit ati ni, tuhan je yang taw... :(

Dari peristiwa ni, aku tertanya2, nape tuhan pertemukan aku dengan die if begini berakhir hubungan kitorang?
Aku nangis, xlalu makan, tidur aku pun xlena. Aku xtaw nak wat pe dalam idup aku. Aku clueless, aku ase idup aku ni da xgune. Then, aku chating dengan sorang mamat ni, dia macam nasihatkan aku. So aku solat, aku doa, aku muhasabah diri aku, aku lupe yang segala yang terjadi sudah menjadi ketentuan Illahi. Dia maha mengetahui segala- galanya. Aku lupe yang semua yang terjadi pasti ada baik buruknya. Aku kenal dengan budak tu, dan aku kene tinggal, dan aku frust termat sangat sampai aku lupe, Allah masih ada lagi, Dia tahu apa yang terbaik untuk aku, aku hanya perlu yakin bahawa Allah tu Maha Besar, Dia tahu segala- galanya. Dan tiba- tiba, kepala aku jadi tenang sangat, hati aku pun tenang. Alhamdulillah... Aku rasa bersemangat semula, aku sedar, masih ada lagi orang yang menyayangi aku, dan aku taw, theres some1 for me yang Allah dah tulis bahawa dia la untukku, cuma, aku masih belum berjumpa dengannya. Can't wait to see u la.. Miss u already.. hahahhaa... So, buat apa aku nak patah semangat, nak sedih- sedih sedangkan aku punya keluarga, aku punya kawan- kawan yang ada disampingku. Yang penting, Allah akan selalu ada disisiku bila aku perlukan Dia. Allah xpernah tinggalkan aku, aku yang selalu tinggalakan Dia, lupakan Dia, bile aku sedih, aku merayu, aku menangis, aku mohon pertolonganNya, dan Dia pasti akan tolong aku.. TERIMA KASIH YA ALLAH..

Walaupun aku kene dumped kat budak tu, aku rasa amat bersyukur sebab dia dah mengajar aku tentang sakit ati, kepedihan, kesedihan dalam perhubungan. Sebelum ni, aku xpernah rasa begitu. Aku selalu tanya kawan aku, nape orang nangis bila kene tinggal? Law da kene tinggal, cari je yang len, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.. Itu lqa ayat yang aku akan cakap, tapi bila aku dah kene, aku mula paham nape orang nangis. Sakit hati yang aku rasa tu bukan sakit ati macam aku marah kat org, rasa sedih tu bukan sedih macam biasa yang aku rasa, tapi ia lebih dari itu. Rasa itu xdapat aku gambarkan. Ia terbit jauh dalam deep from my heart. Aku rasa macam nak bunuh je mamat tu, rasa macam xnak dia wujud kat dunia ni. Kesedihan dan kepedihan yang terlampau. Ia macam mencucuk- cucuk dalam hati aku, rasa hati aku, jantung aku ni macam kene potong ngan pisau tumpul, terlalu sakit dan menyeksakan. Sukar naki digambarkan dengan kata- kata. Sedetik, aku terfikir, mesti begitu bekas- bekas boyfriends aku rasa bile aku tinggalkan dorang. Sian dorang. Tetibe, aku rasa aku ni jahat sangat sebab wat dorang begitu. MAAF SANGAT2...

So, TERIMA KASIH aku ucapkan pada Nurdean sebab dah tinggalkan aku, aku dapat melalui keadaan yang begitu menyeksakan. Dari pengalaman ni, aku akan belajar untuk menghargai org yang aku sayang, aku nak jadi seoarng perempuan yang xnak mengecewakan lelaki yang aku sayang, insyallah...  Aku xnak lelaki yang aku sayang nanti rasa macam aku rasa, aku nak sayang dia sepenuh hati aku. Untill the days come, baru aku boleh buktikan kata- kata aku. Harap, aku cepat- cepat bertemu dengannya, dan aku akan buktikan kata- kata aku.

so, TERIMA KASIH MUHAMMAD NURDEAN..
saya akan ingat perasaan menyeksakan tu sampai akhir hayat saya.

No comments:

Post a Comment