Aku tido petang tadi, so malam2 gini mulalah xleh tido. Ermm.. aku ada baca status kawan- kawan aku kan yang sedang bercinta, yang sedang dilamun cinta, yang memendam cinta, yang bertepuk sebelah tangan dan macam- macam tentang cinta aku baca kat status facebook. Aku reti like jek.. hehehe.. So, asenye topik hari ini sal cinta la kot. Sebut sal cinta ni, nape aku rasa susah sangat nak jattuh cinta kan? Well, recently, ada sorang mamat ni cakap dia nak kat aku. Aku patut hepi kan? Ada la gak yang sudi nak kat aku even aku ni muka cam selipar penyek.. keh keh keh.. Tapi, entahh nape hati aku ni xterbuka untuk dia. Aku xrasa pape pum kat dia. Aku memang anggap dia macam kawan biasa la. So, aku bagitaw dia lelok bahawa aku xnak kat dia, aku minta maaf la sangat2. Aku suh dia cari yang len. Maybe aku xde jodoh kot ngan dia.
Bila aku imbas balik la kan, aku xpernah jatuh cinta sacara serius dengan mana- mana lelaki. Aku pun xtaw nak wat macam mana. Aku bukan nak main- main, aku memang nak hubungan aku serius, law leh, memang aku nak hubungan aku tu kekal sampai ke jinjang pelamin la orang kata, tapi entah la nape, sume hubungan aku xjadi. Bukan yang laki wat pangai, dorang betol2 ikhlas ngan aku, cuma aku je yang begom, xreti menghargai orang yang ada depan mata. Aku xtaw nak eksplain macam mana kat sini. Well, aku rasa tiap kali aku nak couple, aku rasa macam ada tembok pemisah antara kitorang. Aku xleh nak lalu tembok tuh. So, aku putuskan hubungan kitorang. Padahal, dorang xde wat salah ape pum ngan aku. Siyes aku cakap. Oleh itu, tiap kali kau baca status kwn2 aku kat fb pasal pakwe, makwe dorang, aku mestio tanya diri aku, macam mana dorang leh couple, macam mana dorang leh berkenan dengan pasangan dorang. Aku jadi pelik sebab aku xpernah pum ase gitu. Ermm.. orang kata, kita jatuh cinta tanpa sebab. Contohnya, aku xtaw nape aku leh jatuh cinta ngan Fizo Omar.. (Ceitt... fizo omar tuu....). So far, aku memang xpernah rasa gitu. Aku nak la gak rasa gitu kan. Tapi, aku xpernah, nak wat cam mane. Haih.. susah la jadi aku ni kan.. Aku rasa law 100000000 rakyat malaysia, aku je yang ase camni sebab, dalam kehidupan moden skang ni, tipu la law xde pakwe, makwe ni, satu dalam seribu la. hehehe... tapi, yang peliknya, bila aku gtaw member aku yang aku ni still single lagi, dorang macam xpercaya. Awat la dorang ni macam ni... Adoi...
Kadang kadang aku rasa cinta itu membebankan, maybe sebab tu la kot ada tembok yang aku cakap tu. Errmmm.. ada gak kan, kadang kadang kita ni minat kat seseorang, kita perhatikan dia dalam senyap, kita usha usha dia.. Mesti ada kan antara kita yang pernah wT GITu. Tapi, not me... Aku nak minat kat orang ni susah sangat. Ala, takat minat bodo bodo je ada la, tapi nak kata minat sampai nak kol dia, minat sampai salu nak mesej ngan dia tu, memang xpernah la. Aku xpernah lagi ase minat kat orang sampai gitu sekali. Aku pun xfaham dengan pangai aku ni. Pelik kan??
Kadan kadang bila aku fikir, law la kau xbertemu jodoh aku aku kat UKM ni, nanti xkawen la aku. Sapa la yang nak pandang aku ni. Well, ada kot, tapi, aku lak xnak. So, bila nak bertemu yang suka sama suka ye??
10 taun lagi kot. What will happen to me? Jadi andartu la kot. Tapi, law sebut andalusia best sikit kot. kihkihkih. Aku bimbang la nanti xde yang nak kat aku. Aku ni muka da la xwape lawa, body lak, macam tong sampah, xde cutting body pompuan, cakap lak macam budak, adoi la. Mana ada orang yang nak kat aku ni. Susah kan jadi aku ni..?? Tengok la betapa xlakunya aku ni. Adakah aku ni terlalu memilih? I mean choosy. Aku ni jenis choosy kot. Tu yang sampai skang xde yang aku berkenan tu kan.. Aku pum xpaham orang yang macam mana yang aku nak. yang sure, aku nak orang yang leh tanggung aku, bukan aku tanggung dia. Nak cari yang macam tu, tunggu la 15 tahun lagi baru jupe. Umo aku masa tu dah 55 kot, orang dah panggil makcik, nenek da. Lagi xlaku. hahaha... Ngek la aku ni. Orang keje besar besar ni mana pandang aku. Aku ni bukan taste dorang la. Muka kampung, xnampak elegance, macam mana nak suh orang nak kan? muka aku xsesuai jadi orang kaya. Tapi, siyes aku cakap, aku bukan nak yang CEO syarikat ke, bukan nak engineer, tapi, law da dapat cikgu ke, pensyarah ke, dah kira ok la. Da lepas da duit rumah, mkan sume tu. Yang penting, dia leh gak tanggung aku even aku pum bekerja. Aku just nak yang sederhana je, bukan nak yang besar besar pum.
Aku admit la memang aku jeles dengar orang kawen ngan engineer, doktor, lawyer sume tu. Tapi tu la, da tuhan nak bagi dia yang tu, rezeki dia. Rezeki manusia ni sume lain lain. Aku xtaw lagi macam mana dengan aku. Aku ni banyak sangat kekurangan. Aku xtaw sapa yang bakal melengkapi aku, yang bakal menutup kelemhan aku. Aku xtaw dan aku xkenal. Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, salunya jodoh kita sebenarnya ada di sekitar kita, cuma kita xsedar yang dia sebenarnya untuk kita. Lihatlah betapa besarnya kejadiaan Allah SWT. Dalam kes aku lak sape? Betol ke dia ada di sekitar aku? I wonder lah. Teori tu leh pakai ke? Aku pum xpasti. Tu semua rahsia Allah SWT. Dia yang rancang sume ni.
So, mane mane lelaki yang rasa xjumpa lagi tulang rusuk kiri dia tu, cepat cepat datang cari aku ye.. Mana la taw, betol kan.. hehehehe... Aku sebenarnya dah letih mencari, dah letih mencuba, dah letih ngan sume ni. Aku sampai rasa malas la nak couple couple ni. Buang masa jek. Law lwh, aku nak kawen terus. Aku taw, putus asa tu sebenarnya salah. Aku xpernah putus asa, tapi dalam cintan cintun ni, aku rasa dah kalah la. Semua hubungan aku gagal. So, aku dah jadi malas dengan sume ni. Sakit hati, gembira, rasa dihargai itu hanyalah satu sia sia sebab aku da xnak da rasa macam tu lagi. Aku dah letih.
So, pada sesapa yang sedang bercinta, yang mahu bercinta, go on la. Aku support koraang. Tapi jangan sekali kali suh aku yang couple, aku malas doe. Aku dah letih ngan sume ni. Perasaan aku ni dah letih ya amat. Aku xtaw la macam mana nak suh korang semua paham pasaan aku. memang payah la, until u feel it urself, baru korang sume paham.
So, sampai sini la dulu, aku pum da ngantuk, mau tido mmaa... K la, good night, salam.. :D
No comments:
Post a Comment