Tuesday, September 27, 2011

KENANGAN ZAMAN KECIK..

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: - * kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. * kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... * main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... * Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih XD copy22222
ini aku copy dari FB... hehehe..
memang sebujik masa aku zaman kecik2 dulu...
rindu lak kenangan dulu2... budak2 skang dah xsempat pun nak rasa benda lagu ni...
:D

Saturday, September 24, 2011

KENAPA DENGAN AKU NI???

Aku tido petang tadi, so malam2 gini mulalah xleh tido. Ermm.. aku ada baca status kawan- kawan aku kan yang sedang bercinta, yang sedang dilamun cinta, yang memendam cinta, yang bertepuk sebelah tangan dan macam- macam tentang cinta aku baca kat status facebook. Aku reti like jek.. hehehe.. So, asenye topik hari ini sal cinta la kot. Sebut sal cinta ni, nape aku rasa susah sangat nak jattuh cinta kan? Well, recently, ada sorang mamat ni cakap dia nak kat aku. Aku patut hepi kan? Ada la gak yang sudi nak kat aku even aku ni muka cam selipar penyek.. keh keh keh.. Tapi, entahh nape hati aku ni xterbuka untuk dia. Aku xrasa pape pum kat dia. Aku memang anggap dia macam kawan biasa la. So, aku bagitaw dia lelok bahawa aku xnak kat dia, aku minta maaf la sangat2. Aku suh dia cari yang len. Maybe aku xde jodoh kot ngan dia.

Bila aku imbas balik la kan, aku xpernah jatuh cinta sacara serius dengan mana- mana lelaki. Aku pun xtaw nak wat macam mana. Aku bukan nak main- main, aku memang nak hubungan aku serius, law leh, memang aku nak hubungan aku tu kekal sampai ke jinjang pelamin la orang kata, tapi entah la nape, sume hubungan aku xjadi. Bukan yang laki wat pangai, dorang betol2 ikhlas ngan aku, cuma aku je yang begom, xreti menghargai orang yang ada depan mata. Aku xtaw nak eksplain macam mana kat sini. Well, aku rasa tiap kali aku nak couple, aku rasa macam ada tembok pemisah antara kitorang. Aku xleh nak lalu tembok tuh. So, aku putuskan hubungan kitorang. Padahal, dorang xde wat salah ape pum ngan aku. Siyes aku cakap. Oleh itu, tiap kali kau baca status kwn2 aku kat fb pasal pakwe, makwe dorang, aku mestio tanya diri aku, macam mana dorang leh couple, macam mana dorang leh berkenan dengan pasangan dorang. Aku jadi pelik sebab aku xpernah pum ase gitu. Ermm.. orang kata, kita jatuh cinta tanpa sebab. Contohnya, aku xtaw nape aku leh jatuh cinta ngan Fizo Omar.. (Ceitt... fizo omar tuu....). So far, aku memang xpernah rasa gitu. Aku nak la gak rasa gitu kan. Tapi, aku xpernah, nak wat cam mane. Haih.. susah la jadi aku ni kan.. Aku rasa law 100000000 rakyat malaysia, aku je yang ase camni sebab, dalam kehidupan moden skang ni, tipu la law xde pakwe, makwe ni, satu dalam seribu la. hehehe... tapi, yang peliknya, bila aku gtaw member aku yang aku ni still single lagi, dorang macam xpercaya. Awat la dorang ni macam ni... Adoi...

Kadang kadang aku rasa cinta itu membebankan, maybe sebab tu la kot ada tembok yang aku cakap tu. Errmmm.. ada gak kan, kadang kadang kita ni minat kat seseorang, kita perhatikan dia dalam senyap, kita usha usha dia.. Mesti ada kan antara kita yang pernah wT GITu. Tapi, not me... Aku nak minat kat orang ni susah sangat. Ala, takat minat bodo bodo je ada la, tapi nak kata minat sampai nak kol dia, minat sampai salu nak mesej ngan dia tu, memang xpernah la. Aku xpernah lagi ase minat kat orang sampai gitu sekali. Aku pun xfaham dengan pangai aku ni. Pelik kan??

Kadan kadang bila aku fikir, law la kau xbertemu jodoh aku aku kat UKM ni, nanti xkawen la aku. Sapa la yang nak pandang aku ni. Well, ada kot, tapi, aku lak xnak. So, bila nak bertemu yang suka sama suka ye??
10 taun lagi kot. What will happen to me? Jadi andartu la kot. Tapi, law sebut andalusia best sikit kot. kihkihkih. Aku bimbang la nanti xde yang nak kat aku. Aku ni muka da la xwape lawa, body lak, macam tong sampah, xde cutting body pompuan, cakap lak macam budak, adoi la. Mana ada orang yang nak kat aku ni. Susah kan jadi aku ni..?? Tengok la betapa xlakunya aku ni. Adakah aku ni terlalu memilih? I mean choosy. Aku ni jenis choosy kot. Tu yang sampai skang xde yang aku berkenan tu kan.. Aku pum xpaham orang yang macam mana yang aku nak. yang sure, aku nak orang yang leh tanggung aku, bukan aku tanggung dia. Nak cari yang macam tu, tunggu la 15 tahun lagi baru jupe. Umo aku masa tu dah 55 kot, orang dah panggil makcik, nenek da. Lagi xlaku. hahaha... Ngek la aku ni. Orang keje besar besar ni mana pandang aku. Aku ni bukan taste dorang la. Muka kampung, xnampak elegance, macam mana nak suh orang nak kan? muka aku xsesuai jadi orang kaya. Tapi, siyes aku cakap, aku bukan nak yang CEO syarikat ke, bukan nak engineer, tapi, law da dapat cikgu ke, pensyarah ke, dah kira ok la. Da lepas da duit rumah, mkan sume tu. Yang penting, dia leh gak tanggung aku even aku pum bekerja. Aku just nak yang sederhana je, bukan nak yang besar besar pum.

Aku admit la memang aku jeles dengar orang kawen ngan engineer, doktor, lawyer sume tu. Tapi tu la, da tuhan nak bagi dia yang tu, rezeki dia. Rezeki manusia ni sume lain lain. Aku xtaw lagi macam mana dengan aku. Aku ni banyak sangat kekurangan. Aku xtaw sapa yang bakal melengkapi aku, yang bakal menutup kelemhan aku. Aku xtaw dan aku xkenal. Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, salunya jodoh kita sebenarnya ada di sekitar kita, cuma kita xsedar yang dia sebenarnya untuk kita. Lihatlah betapa besarnya kejadiaan Allah SWT. Dalam kes aku lak sape? Betol ke dia ada di sekitar aku? I wonder lah. Teori tu leh pakai ke? Aku pum xpasti. Tu semua rahsia Allah SWT. Dia yang rancang sume ni.

So, mane mane lelaki yang rasa xjumpa lagi tulang rusuk kiri dia tu, cepat cepat datang cari aku ye.. Mana la taw, betol kan.. hehehehe... Aku sebenarnya dah letih mencari, dah letih mencuba, dah letih ngan sume ni. Aku sampai rasa malas la nak couple couple ni. Buang masa jek. Law lwh, aku nak kawen terus. Aku taw, putus asa tu sebenarnya salah. Aku xpernah putus asa, tapi dalam cintan cintun ni, aku rasa dah kalah la. Semua hubungan aku gagal. So, aku dah jadi malas dengan sume ni. Sakit hati, gembira, rasa dihargai itu hanyalah satu sia sia sebab aku da xnak da rasa macam tu lagi. Aku dah letih.

So, pada sesapa yang sedang bercinta, yang mahu bercinta, go on la. Aku support koraang. Tapi jangan sekali kali suh aku yang couple, aku malas doe. Aku dah letih ngan sume ni. Perasaan aku ni dah letih ya amat. Aku xtaw la macam mana nak suh korang semua paham pasaan aku. memang payah la, until u feel it urself, baru korang sume paham.

So, sampai sini la dulu, aku pum da ngantuk, mau tido mmaa... K la, good night, salam.. :D

Friday, September 23, 2011

PENATTNYYYAAAA...

So, hari ni aku ke kelas perakaunan pengurusan.. Then, aku kuar ke The Mines ngan Ayu, Pok Kih (gewe ayu), serta zaza zali.. Sampai The Mines, kitorang masing- masing tengok wayang, well, aku dengan Zaza tengok cite Bini- biniku gengster, while pasangan yang sedang hangat bercinta tu lak tengok cite Johnny English.. (xsure ejaan tu betol ke x). Namun begitu, masin- masing puas hati. Aku agak gembira la hari ini. Kitorang pusing- pusing the mines tu, then makan mc d, pasangan couple tu makan pizza hut.. Tapi, kejadian x diingini berlaku. Masa on the way balik, kitorang naik ktm yang last stationnya adalah Kajang. Kitorang terpaksa tunggu ktm yang lagi satu yang ke Seremban. Malangnya, orang terlalu ramai. Macam kete jam je jalan. Memang padat habis la. KTM pertama aku xnaik. Orang dah macam sardin kat dalam tu. Memang xleh masuk la. Then tunggu la lagi.. Dalam jam 6.30 petang gitu, KTM ke2 sampai. Aku dan dorang sume, agak berebut la nak naik KTM, ye la, satu station je lagi nak sampai sana. Tapi, kitorng terlepas lagi KTM tu sebab orang terlalu ramai. Memang packed gila la dalam KTM tadi. Macam solid.. Ingat x masa belajar kimia dulu. Solid, liquid, gas. Dalam KTM tadi tu, macam solid la. Hahahaha.. Then, da xleh naik kan, kitorang tunggu KTM yang ketiga. Dlam jam 7.45 petang gitu, sampai la KTM yang seterusnya. Kali ni, kitorang sempat naik. YEAY!!!! Memang happy gila la leh nailk. Tiba- tiba yang letih rasa xletih. Lebih kurang jam 8.00 malam, sampai la stesyen UKM. Alhamdulillah.. Syukur ya amat.  Naik bas.. Perghhh.. Ramai orang kot.. Nasib baik ada sit gak masa aku naik, leh la aku duduk... tu pun tempat sit driver ganti... Lebih kurang gitu la.. Pok Kih, Ayu n Zaza just berdiri je.. So, bas gerak2.. Sampai la Kolej Rahim Kajai. Masuk bilik, mandi.. Pas mandi sume, aku kol member aku, Salbiah, nak pi pesta konvo sama- sama. Then, kitorang pi la. Jalan- jalan, tgk2 baju yang aku berkenan.. Warna oren dan merah.. cantik la gak.. :D

Kemudian, dengar kumpulan hijjaz nyanyi sume. Jumpa Pok Kih dan Ayu, Irwan, Azam dan ada la lagi kat sana. Tapi, badan dah mula rasa letih ya amat. Sekarang pun, aku tahan je. Aku nak gak tulis benda ni malam ni. Tapi, serius, badan rasa xlarat gila, mata pum da ngantuk.. Arghhh.... Ngantuknya. Seharian berjalan, macam2 pengalaman yang aku dapat. Jauh perjalanan, banyak pengalaman.. (peribahasa sendiri..) Aku rasa takat ni la dulu yek.. Aku dah letih sangat ni.. K la, Good Night, salam... :D

Thursday, September 22, 2011

Aku gembira...

Aku gembira sangat hari ni sebab aku dah beli sebuah buku, iaitu buku Global Marketing Management. Aku juga disuruh ke JPPel untuk claim byran pengangkutan semasa aku pergi kem PEMBINA masa cuti hari tu.. Tarikh tutup untuk claim tu adalah pada 30.9.2011.. So, hurrry up Qeela, money dont wait for u.. Esok aku nak pergi la claim kat JPPel tu... Chewah... Hepinye.. Xsia2 aku pergi sana. Tido best kat sana, makan sedap, 6 kali sehari.. Fuhh.. makin gemuk aku.. hehehehe... malangnya, masa kat sanalah hari- hari yang memboringkan.. Tapi, dah nak dapat duit ni.. Alhamdulillah.. Berbaloi la gak... Ala.. dapat sikit pun jadilah, untuk cover aku punye belanja makan minum kat sini..

Well, hari ni jugak adalah brithday orang yang tersayang... My Mama.. 22.9.2011... HAPPY BIRTHDAY MAMA.. SAYANG MAMA SANGAT- SANGAT..!! Tapi, sori lah ye ma, ore xde duit lagi la nak beli hadiah. Nanti ore kerja la ye.. hehehehe.. Apa kata, sebelum mama pergi Mekah, ore beli kek kat ma, nakk???
hehehhe.. Insyallah, law ada duit nanti, ore beli ye..



Ni gambar masa aku n mama pergi Langkawi...
hehehe

Amacam, nak sama x muka aku dengan mama aku??? xkisah la sama ke x, yang penting aku anak mama.. Aku bangga dapat mama sebagai ibu aku, walaupun garang macam singa, tapi, mama tetap yang terbaik, sume mama pandai buat, masak, jahit, mengajar, dan sebagainya. Pendek kata, aku sebagai anak dia memang xleh nak lawan la.. So, semoga mama panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, dan dipermudahkan segala jalan baginya. MAMA IS THE BEST... :D

.

Tuesday, September 20, 2011

Selamat petang dan salam sejahtera. Aku sekarang teramat free pada jam dan masa ini. Aku xtaw nak wat apa. Well, dalam erti kata lain, aku boring sangat- sangat. Tadi aku ada kelas international marketing dengan Dr. Syed Shah Alam, dalam jam 11 gitu, dan abes lam jam 1.30 petang. Aku balik bilik dan xtaw nak wat ape dah. Aku nak baca buku pun xleh gak sebab aku xde buku, xbeli ag kot.. hehehe..  well, aku nak tunggu JPA masuk lu, baru nak beli, but im afraid xsempat, sebab i feel so boring la, xde buku. Aim aku sem ni, nak dpt 3 pointer ke atas. So, macam kata Dr Syed tadi, aku kene bercinta dengan buku, kiss it, marry with it, bak kata aku kene wat buku tu macam kekasih hati aku. Well, aku kene couple dengan buku- buku aku tu. Yang pasti, aku nak skor mid term untuk semester ni. Law aku skor mid term, means aku ada peluang tuk skor final. Insyallah..

Aku da bertekad nak skor mid term n final, dapat 3 pointer above, so that aku leh baiki aku punye result exam aku yang tahun 1. Kira cover balik sume result yang xwape nak elok yang aku dapat masa tahun 1. Jadi, Qeela, u should strive for it, k.. Insyallah.. Nothing is impossible la... :D

Apa lagi ye aku nak tulis kat sini. Aku ase macam nothing interesting la. Apa kata aku masukkan jadual kelas aku dalam ni.. hehehehe...

Isnin- Bisnes comm  2.00 ptg DK3
Selasa- Pemasaran antarabangsa 11.00 pg BS3 (7.207 & 208)
Rabu- Etika dan tanggunjawab sosial 8.00 pg DK1
Khamis- Pengurusan Kewangan 8.00 pg BS 10 (7.215)
-Perniagaan antarabangsa 11.00 pg DK2
Jumaat- Perakaunan untuk pengurusan 8..00 pg DK1

jadi, inilah jadual kelas aku sepanjang semester ini.Aku memang 'suka' sangat jadual aku sem ni. hahaha. Kelas aku jam 8.00 pagi straight kan dari hari rabu sampai Jumaat. adoi xtahan betol, kene bangun awal2, mandi awal2, sjuk la weh.. Stressnya aku ase... :0 Aku ni jenis susah nak pi kelas jam 8. Pernah masa tahun 1, sem 1 dulu, aku bangun jam 7.30 pagi.. Pergghh.. lewat gila, lecturer aku masa tu pulak jenis xleh student masuk lewat. Law kelas mula jam 8, makesure kita da ada dalam kelas sebelum dia masuk. Dia pulak jenis punctual.. Adoi.. Aku pun apa lagi, pi toilet, berus gigi, cuci mata je. Masuk bilik, pakai baju yang mana aku nampak depan mata je. Seingat aku, aku pakai baju kajai n suar track, selipar jepun. Memang kecoh la masa tu. Aku berlari kejar bas. Memang kelam kabut aku sebab bangun lambat. Yang lagi lawak, aku sampai terlebih dahulu daripada kawan- kawan yang lain. Doramh semua terkejut tengok aku tersengih lam kelas hari tu. Tapi, for sure la, ada 2, 3 orang yang taw aku xmandi. Hahahaha.... So, sem ni, aku akan makesure perkara macam ni xakan berlaku lagi. Melekit gila badan aku masa tu. nasib baik xbau. Law x, memang malu gila la kau.. Tapi, itu memang xdapat dilupakanlah... Sentiasa bermain dalam otak aku. Mesti aku akan senyum sorang tingat peristiwa ni. Hahahaha... :D


Apa lagi yang aku nak tulis kat sini ye.. Well, im not really sure la. Let me talk about myself la. Aku ni xla lawa sangat kot, tp, so far, aku still ada peminat lagi, walaupun xramai. Ada jugak antara dorang tu berani mati luah pasaan kat aku, tapi.. aku ni suka kawan jek, aku malas la nak couple2 ni.. NO COUPLE..Apa yang aku nak cakap erk.. Aku ni susah nak berkenan kat orang. Law aku dah berkenan, memang aku setia habis la. Tapi tu lah, xde jodoh ngan Dean ri tu. Lepas break ngan die la, aku macam ase malas nak couple, ntah la nape. Dia?? Well, im sure hes happy now, sebab dia ngah belajar kat UMS. And, of course, aku dah xsimpan dah pasaan kat dia. Cuma aku ase, ada baiknya aku couple ngan dia dulu sebab aku ni akan mula menghargai orang lain dah. Aku ase lawak sangat.. Macam mana la aku leh berkenan ngan dia. Ngek ngguh aku ni. Dia tu dah la anak mama, adik kakak, manja, xsuke durian.. hahaha.. Tapi, alhamdulillah.. aku dan dia da xde pape lagi. But, im really sure la, mesti susah aku nak berkenan kat prang lain pasni. Dulu, masa aku berkenan ngan Syed Aszroy tu, aku pun jadi susah nak berkenan kat orang lain dah. Aku couple 2 bulan, putus. Cepat kan.. ?? Then, aku berkenan ngan Dean ni.. tapi putus gak. So, i bet la, memang susah la aku nak kat orang pasni. Kene tunggu 4,5 tahun lagi, baru jupe kot. Hahahaha.. Law jupe la lepas, 4, 5 tahun pasni, aku nak dia terus masuk pinang aku.. Perrggghhhh..... Xsabar nampak Qeela... Degree xabes ag... gatal pk pasal umah tangga... Study dulu yekkk!!!

Ermm.. Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam.. Mama aku dijadikan dari tulang rusuk kiri abah la kan.. Jadi aku ni tulang rusuk kiri sapa lak??? WEI, TUAN TULANG RUSUK KIRI, CEPAT CARI AKU. AMBIK BALIK TULANG KO YANG HILANG TU... :P
Aku pikir kan, nape orang yang bertemu jodoh ni, muka dorang hampir sama. Macam muka kawan aku dengan pakwe die. Sebijik sama, tang idung, tang mulut, tang mata.. Mesti nak sama... maybe sebab kawan aku tu tulang rusuk kiri pakwe dia kot., tu yang nak sama tu. Hahahaha.. Lagi satu, aku tengok, pangai dorang ni macam langit dengan bumi. Yang sorang banyak cakap, pot pey pot 24 jam, xleh diam, law diam pum masa tido jek. Yang lagi sorang lak.. xbanyak cakap. Orang tanye sepatah, jawab sepatah. Agak agak kan, tuan tulang rusuk kiri aku tu, senyap ke, banyak cakap?? Aku ni nak kata jenis diam, xla gak, nak kata banyak cakap pun x.. entah la.. aku pun xtaw. Law orang yang kenal aku, cakap aku ni banyak cakap, tapi law yang xwape kenal aku, cakap aku ni pendiam, mana satu ni.. Konpiusnye.... Lagi satu, law orang yang kenal aku, cakap aku ni cam devil la, jahatnya.. seorang yang evil dan kejam.. xleh dipercayai... hahahah, tapi law yang xkenal aku cakap, aku ni muka suci.. budak bagus la kononya.. hahaha... lawaknye... Aku lagi setuju pendapat yang pertama tu.. Kahkahkahkah..

Mama aku lak, selalu je gurau ngan aku, suh aku cari pakwe.. Dia taw x anak dia ni da malas nak cari pasangan hidup.. Just let it flows.. Bukan aku malas sangat, aku ase letih sangat nak pikir sal ni.. Mama, senang- senang, mama je yang cari kat orang yekk.. !!! Mama kan nak pergi Mekah, nanti, doa kan orang jumpa jodoh kat UKM ni, xpum, jumpa jodoh ngan budak overseas, ok ape.. kahkahkah.. berangan xabes2 aku ni. Ngek sungguh.. Hahahaha.. Lawaknye aku ase.  Yang pasti, semuanya rahsia Allah swt.
Kita merancang, Allah yang tentukan. Aku xkisah la ngan sape pum, janji, mama yang cari untuk aku. Tapi, ade ke yang nak kat aku ni. Pemalas, xpandai masak. Tapi, kemas umah aku pro. Aku pandai bab tu. NO 1 dalam dunia. hehehehe.. Kalah la sume orang. <pasan abes la aku ni...>

Well, aku ase sampai takat ni dulu lah aku mencarut ye. Aku ciow dulu la..
Salam... :D


Sunday, September 18, 2011

TERIMA KASIH.. :D

Aku pernah kenal dengan seorang budak lelaki yang bernama Muhammad Nurdean. Aku agak suka die ni, die pandai ambul hati aku. Law aku sedih, dia akan call aku, law aku merajuk, dia pujuk aku. Tapi, aku xpernah percayakan dia, aku rasa dia ni ada makwe nama Nur Akma Diana. Bila aku tanya, die kata Diana tu hanyalah sekadar kawan baik masa kecik sampai skang, dia kata Diana dah ada pakwe kat UM. Aku macam nak percaya xnak percaya. Tapi, hubungan kitorang still lagi on. Sampai la satu hari ni, aku xbalas msj dia, aku langsung xbgtaw dia khabar berita aku. Aku cuma nak tengok sejauh mana dia ambil berat pada kau. Law beto dia amik berat sal aku, mesti dia tanya kabar berita aku. Tapi, dia langsung xtanya, jadi aku bertambah yakin yang dia ni memang sedang memainkan perasaan aku. May be apa yang kawan aku pernah cakap tu betol, permainan orang lelaki amat kejam, xterlintas di fikiran kita. Then, lepas seminggu, aku msj dia, dia xreply pun, aku tanya la, ada masalah ke? Dia xnak gtaw apa masalahnye. Aku desak, aku msj die, tapi die xbalas satu pun msj aku. Aku jadi amatlah geram, law betol ada masalah, gtaw aku. Then, aku tgk dia on9, aku try ckp lelok ngan dia, tapi layan xlayan, last2, die offline. Aku jadi buntu, so aku send msj lam FB die, brulah die gtaw sbb die layan aku gitu. Dia kata, aku akan lupa die bila aku kuar dengan kawan2, dia kata, aku lebih pentingkan kawan2 aku, dia tuduh aku mainkan perasaan dia, dia tuduh aku tipu dia. Sakit ati aku ni tuhan je yang tahu. Then dari situ, aku mula rasa yang hubungan kitorang akan berakhir. Lastly, aku dapat kata putus dari dia, Good bye, Qilala.. Itu ayat terakhir dia untuk aku. Lepas tu, aku ni cam try la nak baiki balik hubungan kitorang, tapi langsung xdapat respond dari dia. So, berakhirlah hubungan kitorang. Aku da delete no fon dia dan block FB die. Sakit ati ni, tuhan je yang taw... :(

Dari peristiwa ni, aku tertanya2, nape tuhan pertemukan aku dengan die if begini berakhir hubungan kitorang?
Aku nangis, xlalu makan, tidur aku pun xlena. Aku xtaw nak wat pe dalam idup aku. Aku clueless, aku ase idup aku ni da xgune. Then, aku chating dengan sorang mamat ni, dia macam nasihatkan aku. So aku solat, aku doa, aku muhasabah diri aku, aku lupe yang segala yang terjadi sudah menjadi ketentuan Illahi. Dia maha mengetahui segala- galanya. Aku lupe yang semua yang terjadi pasti ada baik buruknya. Aku kenal dengan budak tu, dan aku kene tinggal, dan aku frust termat sangat sampai aku lupe, Allah masih ada lagi, Dia tahu apa yang terbaik untuk aku, aku hanya perlu yakin bahawa Allah tu Maha Besar, Dia tahu segala- galanya. Dan tiba- tiba, kepala aku jadi tenang sangat, hati aku pun tenang. Alhamdulillah... Aku rasa bersemangat semula, aku sedar, masih ada lagi orang yang menyayangi aku, dan aku taw, theres some1 for me yang Allah dah tulis bahawa dia la untukku, cuma, aku masih belum berjumpa dengannya. Can't wait to see u la.. Miss u already.. hahahhaa... So, buat apa aku nak patah semangat, nak sedih- sedih sedangkan aku punya keluarga, aku punya kawan- kawan yang ada disampingku. Yang penting, Allah akan selalu ada disisiku bila aku perlukan Dia. Allah xpernah tinggalkan aku, aku yang selalu tinggalakan Dia, lupakan Dia, bile aku sedih, aku merayu, aku menangis, aku mohon pertolonganNya, dan Dia pasti akan tolong aku.. TERIMA KASIH YA ALLAH..

Walaupun aku kene dumped kat budak tu, aku rasa amat bersyukur sebab dia dah mengajar aku tentang sakit ati, kepedihan, kesedihan dalam perhubungan. Sebelum ni, aku xpernah rasa begitu. Aku selalu tanya kawan aku, nape orang nangis bila kene tinggal? Law da kene tinggal, cari je yang len, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.. Itu lqa ayat yang aku akan cakap, tapi bila aku dah kene, aku mula paham nape orang nangis. Sakit hati yang aku rasa tu bukan sakit ati macam aku marah kat org, rasa sedih tu bukan sedih macam biasa yang aku rasa, tapi ia lebih dari itu. Rasa itu xdapat aku gambarkan. Ia terbit jauh dalam deep from my heart. Aku rasa macam nak bunuh je mamat tu, rasa macam xnak dia wujud kat dunia ni. Kesedihan dan kepedihan yang terlampau. Ia macam mencucuk- cucuk dalam hati aku, rasa hati aku, jantung aku ni macam kene potong ngan pisau tumpul, terlalu sakit dan menyeksakan. Sukar naki digambarkan dengan kata- kata. Sedetik, aku terfikir, mesti begitu bekas- bekas boyfriends aku rasa bile aku tinggalkan dorang. Sian dorang. Tetibe, aku rasa aku ni jahat sangat sebab wat dorang begitu. MAAF SANGAT2...

So, TERIMA KASIH aku ucapkan pada Nurdean sebab dah tinggalkan aku, aku dapat melalui keadaan yang begitu menyeksakan. Dari pengalaman ni, aku akan belajar untuk menghargai org yang aku sayang, aku nak jadi seoarng perempuan yang xnak mengecewakan lelaki yang aku sayang, insyallah...  Aku xnak lelaki yang aku sayang nanti rasa macam aku rasa, aku nak sayang dia sepenuh hati aku. Untill the days come, baru aku boleh buktikan kata- kata aku. Harap, aku cepat- cepat bertemu dengannya, dan aku akan buktikan kata- kata aku.

so, TERIMA KASIH MUHAMMAD NURDEAN..
saya akan ingat perasaan menyeksakan tu sampai akhir hayat saya.

Kuar MId Valley

 Well, semalam (18.9.2011) aku kuar mid Valley dengan Zaza serta 2 org kawan masa f6 yang kini belajar di UM, iaitu Che Ana dan Sarah. Aku bertolak dari UKM dalam jam 9.45, sampai kat KTM, jam 10, dan sampai kat MId dalam jam 11 pagi gitu. Aku plan nak tgk wayang, cite raya xjadi, tp, ntah la, org kata xbest, jadi ak xp tgk la. Better aku download kot. Sekurang2nya law xbest, xbazir duit aku, ye x?? Hehehehe..
Che Ana dan Sarah sampai jam 11.30 pagi, masa tu ak dok kat mc d, nak makan mc d la katakan... Hehehe.. so, aku gtaw sarah yang aku ada kat mc d bawah tu, kitorang jupe kat sane. Pas makan sume, kitorang pi jalan2, and its snap time... Jom bergambar!!

So, sini adalah sikit2 gambar yang kitorang ambik...





Hehehehe... ni la muka- muka yang pi mid valley dengan aku semalam.. lame tol xjupe che ana dan sarah.. so, ari tu, aku jupe dorang... t pasni kita kuar sesama yekk!!!! >_<

Saturday, September 17, 2011

Aktivitiku...

Hari Jumaat, dalam jam 10.30 aku bgn tido. Kononnya nak bersiap pi beli barang- barang dapur, tup tup Kak Azie kol, harap sangat ak pi umah die.. So, aku pun apa lagi, discuss la dengan Yuyu Sweet and Suraya Sweet nak pi umah Kak Azie. So, kitorang akhirnya decide nak pi umah Kak Azie kat Bangsar. Kitorang naik KTM, sampai Kl Sentral, tukar naik LRT ke Bangsar. Dan, sampai je Bangsar, jalan jew pi umah Kak Azie, ala, dekat sangat ngan KTM tu. Umah Kak Azie, ade mee kari, lontong dan kuah kacang.. Perghhh.... sume aku suka, tapi aku makan mee kari jek. Pastu makan agar- agar dan keropok goreng serta nugget. Best.. tapi, yang lagi best, aku dapat duit raya... hehehehe.. RM 5 kot.. terkejut aku, ngatkan 2,3 inggit jek.. Thanks Kak Azie!!! OTW balik, kitorang singgah kat mid valley, cari barang- barang dapur, aku beli Nesvita, Apple, gula dan roti butterscotch... pastu milo sume tu aku koingsi ngan ayu, t aku bayar balik ye ayu... Lepas beli sume tu, kitorang terus balik UKM. Letih doe.. Seharian kitorang jalan, leh tercabut kaki aku ni..

Hari Sabtu, ada aktiviti kat kolej, Rewang di Kajai. Ade majlis rewang la. Sebenarnya, aku patot pi tolong2 malam tu(JUmaat), tapi letih sangat pi jalan, xlarat la nak tolong tolong ni. So, aku decide nak pi makan je keesokkan harinya... So, pada hari kejadian, hari sabtu, aku pi breakfast kat situ, depan foyer, bawah khemah. Zaza Zali da pi awal- awal lagi, so, aku suh die mai ambik aku kat blok c. Aku malu kot nak kuar, ramai orang.. hehehe <pemalu upenye aku ni...>Then, aku terus tunggu kat situ sampai lunch la. Dalam masa menunggu tu, aku dan geng pi ambik gambar kat belakang blok pompuan, tepi padang tu.. banyak la gak... hehehe.. ngek ngguh.. So, dalam 11.40, kitorang naik balik kat depan foyer tu, nak makan.. tapi kene tunggu TNC balik lu, baru kitorang leh makan. Last- last dalam jam 12 lebih gak kitorang makan, ade gulai daging, ayam goreng, tembikai and so on. Ini pertama kali Kajai wat majlis rewang gini. Dulu xde pun. May be sebab pengetua baru, jaksa pun baru kot. Bagi aku, program ni agak berjaya la... Aku happy gak sebagai penduduk Kolej Rahim Kajai. hehehe...

Then, pastu, aku balik bilik dan tido.  Ngantuk sangat2, mato aku dah xleh nak buka da masa tu.. so, aku tido la... :D

Thursday, September 15, 2011

HARI INI DALAM KELAS....

Seawal 6.30 pagi tadi, aku bangun tido, terus ke bilik air. Gosok- gosok gigi, mandi sume la. Lepas tu pakai baju dan terus solat subuh. Hari ni kelas pengurusan kewangan, jam 8.00 pagi. Dalam jam 7.30 pagi gitu aku dann geng aku pun berjalan ke bus stop Kajai, pi kelas naik bas kan... Nasib baik la, tiba je kat bus stop tu, bas da ada, terus naik bas.

Dalam 7.45 pagi, aku sampai kat kelas. Kelas pum bermula la pada jam 8.00 pagi. Pensyarah aku bagi subjek ni merupakan chinese. Dia muda ya amat, fresh graduate kot.. Dia mengajar pun ok, siap bagi lecture note ag kat kitorang. I like.. xyah la pi print note kat pusanika tu. Save bajet da kat situ. Tapi yang xbestnye, aku kene beli financial calculator yang berharga RM 135 yang dijual kat aras 3 atau 4 fakulti aku.Kat luar lagi mahal kot. Adoi la, pakai duit lagi. Aku ingat nak pinjam senior je, tp, al maklum la senior kajai ni "baik sangat", senyum pun xnak law jupe ngan junior, langsung xtonjolkan diri, xnak tolong junior2 ni. Ape hal la dengan dorang ni.. Jadi, nak xnak, kene la aku beli calculator tu. Xpe la, demi kejayaan pada masa hadapan... hehehehe.. Berbalik pada cerita tadi, masa awal kelas, ak ok lagi, semangat lagi nak belajar, dpt lecturer cun, muda, best, sape yang xbersemangat.. tapi lepas je jam 9 pagi... Ya Allah, mata aku ni da nak tertutup da. Rasa macam da xleh nak buka. Memang mengantuk sangat sangat masa dalam kelas tu. Aku asyik dok tengok jam. Awat la jam ni lambat ngat gerak, 1 minit macam 1 tahun aku dalam kelas tu. Aku langsung xleh concentrate tadi, tapi aku tetap cuba gak. Apa yang penting kita cuba kan... Aku nak jugak survive dalam kelas tadi, tapi mata aku tu da xleh nak cakap la macam mane, asyik nak tertutup je. Aku punye posisi duduk atas kerusi tu, da macam macam gaya da, pusing kiri, pusing kanan. Adoi la... Pastu lam jam 10.30 pagi, Miss Kew tamatkan gak kelas dia. Aku pun tarik la nafas lega. Bersyukur sangat akhirnya kelas da abes. :D

The next kelas lak mula pada jam 11.00 pagi. Kelas perniagaan antarabangsa. Pensyarah aku yang ni lelaki melayu, so biase la. Kelas mula dengan die gtaw sume rangka kursus  subjek tu, kitorang punye assessment,,., mid sem, final exam n so on dekat ngan sejam la gak. Pastu, dia start kelas, mengajar.. Pergghh.. lecturer ni punye la slow and steady. Die punye flow of teaching tu slow gile doe... itu yang aku xtahan tu. Mata pun sekali lagi wat pangai, nak tertutup. Mata aku ni sempat la rehat tuk 1 saat kot sebab member aku yang sebelah tu sikukan aku xbagi aku tido. Ala... aaku ni ngantuk tahap cipan taw. Mata aku ni mengatakan segalanya taw. Memang aku konpem la yang aku ni nampak sangat ngantuk tadi dalam kelas. Aku berani potong jari la law xnampak gitu. Mata xpernah menipu kan kan kan.. So, nak xnak, aku sabar je la dalam kelas tadi. Dalam otak aku masa tu da nampak bilik aku, katil aku da. Aku memang balik nak tido. Mengantuk sangat. Padan muka aku, tido lewat sangat semalam. Dalam 1.30 petang, kelas aku pun habis, lecturer nak sambung minggu depan. Adoi, macam mane la aku nak hadapi semuanya.. Insyallah, leh kot..

So balik bilik, aku tukar baju, panaskan air, minum air suam sikit, makan keropok segera sikit, dan terus tido.. aku bangun dalam jam 4 petang nak solat zohor dan xtido lagi sampai skang. Malam ni kot aku tido. Konpem.. hehehe..
OK, sampai takat ni dulu la, law ada pape, aku tulis lagi... :)

Wednesday, September 14, 2011

Salam.... minggu ni da start sem baru, kira aku ni dah jadi taun 2 da... alahai!! Da tua da... umo pun da nak cukup 21, lagi 2 bulan... tanggal 21 November ni, cukup la umo aku 21.. hehehe.. da tua upenye ak.. tapi law dalam kalangan org muda, kire aku ni muda lagi la..

Semmester baru mula pada 12.9.2011, aku dftar 11.9.2011, dan aku bertolak dari Kota Bharu ke Bangi, pada 10.9.2011 pada jam 2.30 petang, dan sampai di Reko Inn, kajang pada jam 12.30 pagi. Aku mai sini, mama dan abah aku yang hantar, barang aku terlalu la banyak sangat2. Beg aku ade la lam 2 buah, kotak 2 buah dan ade la lagi beberapa barang lagi, terlalu banyak untuk dikatakan di sini. Lepas check in lam reko inn tu, aku mandi dan terus tido.... ZZZZzzzzzZZZZzzzzzZZZZzzzz......

Keesokan paginya aku pi makan dulu sebelom p UKM tuk dftar kolej. Aku makan nasi goreng je, air tea o'. Best la gak.. Kenyang aku pagi tu. Dalam jam 10.30 pagi, aku sampai ke kolej kesayangan aku ni, Kolej Rahim Kajai. Aku pun pi la dftar, isi borang ape yang patot, then, ambik kunci. Aku pun apa ag, masuk la bilik aku.. sem ni, bilik aku ada beranda kat belakang. Roomate pun stil the same la.. Yuyu Sweet tu.. Ngek ngguh Yuyu Sweet ni... Then, aku pi angkut sume barang2 dalam keta aku, bw ke bilik aku.. Dalam dekat jam 11 lebih mama dan abah pun da nak balik.. ye la, dorang keje, plus, xde duit nak pi sogo kat KL tu.. so balik la dalam keadaan rush..

Then, aku pi la jupe kawan2, borak2.. Lepas puas borak, aku masuk bilik dan mengemas bilik aku. Barang- barang aku sume masuk dalam tempat yang sepatotnya.. :D
Sebelah malam pulak, aku pergi lagi borak nagn kawan2, buka facebook, main game and so on. Aku berkenalan dengan budak junior, sorang nama Wan, sorang nama Dayah. Then, baru aku tersedar, aku ni rupanya dah jadi senior, rasanya baru semalam aku jadi junior, mengumpat kat senior- senior, umpay jaksa2.. kahkahakah.. Minta2 la junior xumpat aku.. aminnn...

Aku kemudiannya tido la.. pe lagi, esok kan nak pi kelas. Kelas aku yang pertama adalah komunikasi perniagaan. Aku xsangka langsung subjek tu kene belajar dalam BI. Adoi!!! terkena aku.. Dah la setiap org lam kelas aku tu kene speaking, tapi ikot time la.Tengok la sapa die panggil, orang tu la yang kene speaking. Tapi, ok la.. at least, aku cuba la gak kan..Insyallah..!!! The next day, aku ade kelas majoring aku, international marketing, lecturer aku yang ni orang bangladesh.. die speaking abes la.. aku lak paham xpaham, tapi mule2 je kot, sbb xbiasa kan.. dan yang lawak lagi, kelas aku tu punya 9 orang student sahaja. 5 orang tahun 2, yang len tahun 3 dan 4 termasukalah seorang budak Thailand. Semester ni, aku kene pi singapura sebagai projek atau field work aku tuk subjek ni. Aku ase xsabar sgt, ni kali pertama aku nak pi sana. Semoga semuanya selamat hendaknya.  Hari ni, 14.9.2011, aku pi kelas etika dan tanggungjawab sosial. Disebabkan kelas aku ni jam 8, aku terpaksa bangun jam 6.30 pagi untuk bersiap. Pastu, aku pi la kelas tu berseorangan sebab semua geng aku masuk set lain, aku je yang tercampak kat situ. Apa la nasib aku ni. Tapi nasib baik la aku dapat gak kumpulan, law x, terpaksa wat kerja sorang2 la, banyak la bebanan aku ni. Walau papepun, aku sudah bersyukur sgt2 sbb Allah permudahkan jalan untuk aku. Alhamdulillah..

Esok lak aku ada kelas pengurusan kewangan dan perniagaan antarabangsa. Lusa lak aku ade kelas perakaunan untuk pengurusan.Stress la aku dengan akaun- akaun ni. Hopefully aku dpt wat yang terbaik. Insyallah. YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA JALAN BAGIKU.. AMINN..

Hari Jumaat, aku plan nak pi umah kak Azie, kat Bangsar. Die ada wat makan sikit, die jemput budak- budak ni include aku. Hari Sabtu lak ada program rewang kat kolej, kitorang yang duduk blok D, bertugas sebagai AJK jamuan, so kene la kitorang jaga makanan nanti. Hehehe..
Hari ahad lak, aku da plan nak pi Mid Valley, nak tgk wayang and nak beli barang- barang sikit.

Harapnya, semuanya akan elok dan berjalan lancar. Insyallah..!!!
Ok la, sampai takat ni dulu la yek..