Entri kali ni adalah berkenaan RESTU IBU.
Disebabkan sekarang merupakan minggu peperiksaan, aku study dan study. Tiba- tiba aku rasa letih dan bosan. Lantas aku teringat mesej sahabatku semalam yang berbunyi,
" Allah tidak melihat kpd luaran dan tubuh kamu,
Allah melihat kpd hati dan amalan kamu"
Aku pun hairan kenapa kawan aku menghantar mesej sebegitu. Memang tidak salah, malah ianya amat baik jika selalu berpesan begitu, cuma aku hairan. Tapi, xmengapa, aku gembira dengan pesanan yang dikirimkan buatku.
Selepas letih belajar, aku sibuk memikirkan, pesanan apa yang patut kukirim buatnya. Satu pesanan ringkas yang pasti memberi 1000 makna buatnya. Lantas aku teringat bahawa, dia amat rapat dengan keluarga dan ibunya, dan aku selalu berpesan kepadanya, ' nak buat apa- apa, kena bgtaw mak dulu taw!'
So, aku kirimkan teks ini,
"Whatever we do.. Do not forget to ask restu from our mother..
Keredhaan ibu adalah keredhaan Allah juga"
Semoga dia juga menghargai pesanan aku sebagaimana aku menghargai pesanannya.
Restu ibu sangat penting dan amat bernilai buatku. Apa yang aku buat, aku akan pastikan mama aku tidak akan terluka, dan akan merestui apa jua tindakan aku. Kerana, restu ibu adalah kunci kepada kebahagiaan dunia. Ibu redha, Allah pun redha, hidup di dunia, Insyallah selamat dan bahagia.
So, janganlah anda memandang ibu sebelah mata atau membuang ibu anda ke tepi kerana, kesedihan ibu, terlukanya ibu adalah kemurkaan Allah SWT. Pandanglah ibu dengan penuh kasih, senyumlah kepada mereka, baik buruk ibu, itulah ibu kita. Doalah kepada Allah agar ibu kita sentiasa dilindungi dan diredhai sebagaimana ibu telah melindungi dan meredhai setiap perjalanan hidup kita.
EVERYDAY IS ALWAYS MOTHERS DAY!!
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment