Sedar tak sedar, hari ni sudah 30.12.2011. Aku memang tak sedar yang dunia ni akan masuk tahun 2012 pula. Tengoklah betapa cepatnya masa berlalu.. Esok, 31.12.2011, lusa dah masuk 01.01.2012. Wahhh... mcm xpercaya pula.. Azam aku untukk tahun baru ni adalah nak dapatkan result yang baik untuk exam. Dan, Insyallah, aku nak sambung master pada tahun 2014 atau 2015. Dan, of course, aku nak sambung di Australia. Memang bunyi macam aku ni berangan je, tapi, nothing is impossible. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku xboleh buat? So, misi aku belajar untuk kali adalah untuk samabung master.
Aku terfikir, kenapa aku macam malas nak belajar sekarang ni? Satu hari aku sedar, aku xde matlamat aku. Dulu, masa form 3, aku belajar bersungguh sebab nak masuk SM Teknik Bachok. Masa SPM, aku belajar bersungguh (tapi kurang bersungguh..) sebab aku... well, xde matlamat kot. Aku rasa macam blurr je. Then, aku naik form 6, dan matlamat aku nak masuk UKM. Alhamdulillah, aku dapat. Dan yang terkini, aku nak buat master, pointer perlu 3.50 and above. Aku percaya, kalau aku tekad, mesti aku boleh. Kalau aku boleh buat dulu, sekarang pun aku boleh buat. Aku tahu kemampuan aku lebih dari orang lain. So, why waste it?
Nak tahu tak benda paling susah kita nak buat kat dunia ni?
Jawapan: BERUBAH
Susahnya kita nak berhijrah kepada yang lebih baik. Tak perlu tunggu bulan Maal Hijrah baru nak berubah. Aku sedang cuba berubah pun rasa dah semacam sekarang. Rasa macam aku xboleh nak berubah. Tapi, aku tetap kena cuba even aku rasa aku xboleh buat. Nak buat benda yang tak elok, senang sangat, aku boleh buat bila bila masa je. Tapi, aku xnak, aku nak berubah. Tapi, itulah benda yang paling susah. Adakah ini boleh dijadikan sebagai azam tahun baru?? so??
Tadi, aku baca blog2 yang menegur wanita supaya menutup aurat, blog yang anti-legging, blog yang menegur couple,
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
http://leggingseksi.blogspot.com/
http://couplemelayu.blogspot.com/
Blog-blog ni best. Aku suka baca sebab kadang- kadang tu, aku pun terasa jugak. Sebab, aku pun ada jugak wat gitu. Tapi, yang bab couple dan legging tu, aku xbuat. Couple tu ada la jugak masa sekolah, tapi serius, aku xbodoh untuk tayang harta aku kat teman lelaki. Sekarang aku single, dan umur dah masuk 21, baru aku sedar bahawa couple tu langsung xbawa faedah pun pada aku. So, aku suka ngan hidup aku sekarang. Yang lengging lak, aku memang xpakai sebab aku xsuka. Legging tu melekat kat body, dan memang nampak semua bentuk kat tubuh kita, thats why aku xsuka. Memang betul la yang blog tu cakap. Pakai legging nampak macam xpakai apa- apa. Orang kata fesyen, tapi bagi aku, itu fesyen salah. Kenapa kita perlu pakai leggings kalau nak berfesyen pun? Well, aku betul2 xmenyokong fesyen itu. Kalau nak pakai, just pakai dalam bilik je la, buat tidur. It will be much better.
Dan, kenapa ramai wanita yang xsuka ditegur kalau berkenaan aurat? Apa salahnya kalau kita ambil nasihat tu sebagai pedoman hidup? Kita tahu buka aurat itu dosa, tapi kita still nak tegakkan prinsip kita yang kubur kita lain- lain, kita xdapat hidayah lagi and so on. Sebab, kita xnak nampak yang kita buat benda salah, kan?
Kalau pun kita still nak buka aurat, nak dedah body, at least, ambil lah nasihat tu dan renung- renungkan diri kita. Muhasabah diri kita. Memang betul, orang yang menegur kita tu pun belum tentu masuk syurga, dan belum tentu sempurna. Kenapa? Sebab, kita ni manusia, memang xsempurna, memang akan ada kelakuan and tutur kata kita yang akan menggores perasaan kita sesama manusia. Itulah kelemahan manusia. Tapi, kita boleh berusaha untuk jadi sempurna di sisi Allah SWT.
Aku mengaku, aku pun bukan perfect sangat, bukan bagus sangat, bukan alim sangat. Pangai aku agak kegilaan sikit. Aku pun pakai jeans yang agak fit, aku jugak pakai t-shirt yang agak kecik, pakai tudung dedah dada aku.. YES, THATS ME.. dan aku tahu itu juga salah di sisi agama. Tapi, aku selalu muhasabah diri aku supaya menjadi orang yang lebih baik dan tanya diri aku, bila aku nak berhenti buat semua tu? Dan, aku akan hentikan semua tu. Aku dalam proses untuk tinggalkan semua tu. Insyallah, aku boleh. Cuma, it will take several times sebab, benda paling susah nak buat adalah
BERUBAH.
Aku xpernah mempertikaikan tentang tutup dan buka aurat ni, sebab aku tahu mana betul dan mana salah.
Aku xpernah pertikaikan tentang kubur lain- lain.
Aku xpernah pertikaikan tentang tiada paksaan dalam Islam, so, dengan itu, aku boleh dedah body aku
Aku xpernah pertikaikan tentang baik buruk orang yang bertudung besar and orang yang buka aurat.
Aku xakan pertikaikan tentang itu semua sebab aku tahu semua teguran itu untuk kebaikan diri aku. So, kenapa ramai wanita memberi pelbagai alasan bila dikaitkan dengan aurat? Kenapa kita xboleh terima kesalahan kita dan kita sering mempertikaikan perbuatan kita itu betul dan ia adalah hak individu dan orang lain xberhak menegur kita? Kenapa kita sering berfikiran begitu? Teguran yang ke arah kebaikan tidak salah, dan ia digalakkan, tapi kita tidak boleh menerimanya, kenapa? Tapi teguran ke arah kehinaan, kita boleh terima pula, kenapa begitu? Salahkan kita ditegur untuk membimbing kita ke arah kebaikan?
Ya, aku tahu, aku xlayak untuk menegur individu- individu berkenaan, tapi, apa salahnya kita berubah perlahan- lahan. Kita tegurlah diri kita sendiri. Dan, ambillah nasihat sebagai pedoman dan pengajaran untuk diri kita. Xperlu kita pertikaikan tentang benda yang salah dan tenyata salah:
BUKA AURAT. Kalau ada yang kata, tuhan xbagi hidayah lagi untuk tutup aurat tu, marilah kita sama- sama berdoa supaya tuhan berikan kita hidayah. Dan, Hidayah tuhan ada di mana- mana, dan tuhan akan bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. so, kita perlu doa supaya kita salah sorang daripadanya.
Mungkin, akan ada yang kata,
"MINAH NI BERLAGAK BAIK LA PULAK.."
"DIRI SENDIRI BUKAN BAGUS SANGAT, ADA HATI AJAK ORANG BUAT BAIK.."
"MINAH NI SAMA JE MACAM PEREMPUAN LAIN, CUMA BERLAGAK BAIK SEBAB NAK ORANG NAMPAK DIA BAIK.."
"HEK ELEH, PERASAN BAGUS PULAK POMPUAN NI.."
"BAJET ALIM LA TUH.."
"NAK JADI USTAZAH LA TUH, NANTI BARU DIA DAPAT LAKI USTAZ YANG DAPAT BIMBING DIA.. KAN DIA NAK LAKI BERIMAN.."
and so on yang sekutu dengannya..
Katalah apa pun yang anda mahu kata, sebab saya tahu siapa diri saya. Dan, saya juga tahu, saya xpunya kuasa untuk menutup mulut manusia. Tapi, niat saya baik untuk menegur diri anda di luar sana dan juga untuk menegur diri saya sendiri. Just take it, or leave it. Saya xpaksa anda semua untuk menerima buah fikiran saya. Saya cuma menyuarakan pendapat sambil muhasabah diri sendiri dan sedikit sebanyak menegur kelakuan kita sebagai wanita.
KENAPA??
Sebab, kita sesama manusia, sesama wanita dan yang penting kita saudara seagama. Kalau bukan kita yang menegur sesama kita, siapa lagi??
RENUNG- RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.. :)
<SEKIAN SAHAJA, THANKS..>