Wednesday, January 2, 2013

HAI 2013

Sudah teramat- amat lama aku xupdate blog ni. Sebabnya, aku terlalu fokus pada blog yang lagi 1. Punyala lama xupdate, tgk2, da masuk 2013 da. Waahh... cepatnya masa berlalu.. hehe



So, hepi 2013 dari aku ye, Qeela.. hehe.. Semoga tahun baru ni memberi 1001 makna kepada semua. Oh ya, sempena tahun baru ni, agak2 kan, apa kisah terhangat pada masa kini?

Pada pendapat aku, kisah terhangat adalah kisah seorang wanita di India dirogol oleh 6 orang lelaki, tetapi, xdapat pembelaan pun.


Inilah wajah wanita india yg dirogol & dibunuh sehingga membangkitkan kemarahan seluruh warga india...
She was a student
She was 23
Her fault some people say because she boarded the wrong bus
And oh yeah
SHE WAS A GIRL
Six men raped her one by one and then used an iron rod to tear her vagina-
Small intestine and large intestine came out
They left her to die on the road
Naked!
Wounded!
Exposed!
Devastated
What’s more is that no one even turned to look at her
No one even bothered to throw a shawl on the ill-clad
ill-fated girl
She can never live a normal married life again
She Went into coma five times since 16th December
She was unconscious
Critical and hasn't been able to stop crying
But don’t worry
She wasn't your sister
She wasn't your daughter
But she could be. The brutality has to stop right here guys
These people deserve capital punishment for their cruel,
Perverted act
She died yesterday saturday 29th
December 2012
Rest in Peace♥ and I pray that her killers get the WORST punishment possible
This doesn't only happen in India..
But in every country around the world..
Is this how we treat our women?
It Makes me ashamed to even live on this planet today

SUMBER: FACEBOOK..


So, apakah ini harga seorang wanita? Tergamaknya mereka memperlakukan wanita ini sebegitu. Langsung tidak punya perikemanusiaan. Apakah hukuman perogolnya? Adakah kematian wanita ini akan mendapat pembelaan? Adakah adil bagi wanita ini dan keluarganya? Perogol sepatutnya diberikan hukuman mati, tanpa belas kasihan atau rayuan. Kenapa perlu dikasihani sedangkan dia tidak mengasihani wanita yang dideranya? Sakit hati sungguh!!

Sedang kita berseronok di tahun baru, marilah kita renungkan, dan fikirkan nasib wanita- wanita di negara- negara yang meletakkan wanita ditepi. Apakah nasib mereka? Adakah tidak punya pembelaan terhadap mereka? Di Bangladesh, wanita dilarang memegang duit. Tapi, mereka yang mencari wang menyara keluarga. Duit yang diperolehi, dipegang oleh suami. Jadi, adilkah bagi mereka?

Syukur kita di bumi Malaysia. Alhamdulillah..

 Wanita perlu dilindungi, bukan didera dan disakiti. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhi perkara sebegini.

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Sunday, July 29, 2012

KAHWIN MUDA



Tahniah diucapkan kepada adik Syafiq dan Yana atas perkahwinan mereka. Semoga perkahwinan mereka memberi satu peluang baru untuk mereka sama- sama menjadi suami isteri serta bakal ibu dan bapa yang soleh serta solehah suatu hari nanti dan menjadi insan yang berjaya. Semoga perkahwinan itu diredhai oleh Allah SWT dan berkekalan selamanya, dunia dan akhirat.

Bagi yang kurang tahu siapa pasangan muda ini, bolehlah klik link di bawah..


Sebagai gadis yang berusia 22 tahun, saya memuji ketabahan dan keberanian pasangan Syafiq dan Yana untuk berkahwin pada usia yang boleh dikatakan amat muda. Mungkin jika kita berada dalam zaman nenek moyang kita, perkahwinan pada usia 16 & 14 tahun adalah perkara yang tidak asing lagi, tetapi, pada abad ini, berkahwin pada usia tersebut dianggap berkahwin pada usia yang muda. Walau apa pun, kita patut bersyukur atas perkahwinan tersebut, kerana 1 pasangan lagi dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat. 

Saya tidak tahu kenapa mereka berkahwin? Mungkinkah kerana cinta atau sebab lain seperti aturan keluarga? Walau apa pun sebabnya, kelihatan seperti pasangan tersebut direstui oleh keluarga masing- masing. Itulah sebaiknya kerana, restu ibu dan bapa adalah keredhaan Allah SWT. Insyallah, perkahwinan mereka kekal selamanya.

Bercakap tentang kahwin muda, pelbagai perdebatan telah pun timbul. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Ada yang mengatakan, usia muda, kita perlu enjoy dahulu, menimba ilmu pengetahuan, mengejar cita- cita dahulu, balas jasa ibu dan bapa dan sebagainya. Ada juga yang kata kahwin muda perlu untuk mengelakkan maksiat, untuk mendapatkan sumber motivasi, perkara baik seperti kahwin tidak perlu untuk diperlambatkan dan sebagainya.

Tapi, bagi saya, perdebatan itu semua tidak salah, cuma pandangan setiap individu itu yang berbeza. Kahwin muda atau kahwin pada usia yang sesuai bergantung kepada individu itu sendiri. Jika sudah bersedia untuk menggalas satu tanggungjawab yang besar iaitu menjadi suami atau isteri, mampu dari bentuk kewangan, kahwinlah walaupun muda. Tetapi, jika tidak bersedia, janganlah berkahwin kerana, kita mungkin akan merosakkan rumah tangga yang dibina, diri dan pasangan kita. Namun begitu, berkahwinlah kerana Allah SWT, bukan kerana nafsu semata. Kerana nafsu, manusia rosak. Insyallah, perkahwinan kita akan sentiasa dipelihara.

Dalam memilih pasangan, berhati- hatilah. Percayalah kepada firman Allah SWT dalam surah An- Nur:

" Wanita yang baik untuk laki- laki yang baik, laki- laki yang baik untuk wanita yang baik..."


Justeru itu, untuk mendapat pasangan yang baik, nilailah diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Tidak perlu menilai orang lain kerana jika kita mengatakan dia tidak sempurna, adakah diri kita sempurna? Apa yang perlu dilakukan, niatkan segala perbuatan kita kerana Allah SWT, dan Allah pasti akan memberikan kita ganjaran selayaknya. 

Dalam perkahwinan, persediaan mental, fizikal dan rohani diri amat penting. Salah kata dan perbuatan isteri walaupun kecil, mampu membuatkan suami terguris hati seterusnya berdosa. Oleh itu, sentiasalah berdoa supaya hati kita sentiasa kuat menghadapi cabaran berumah tangga, terutamanya semasa usia yang sangat muda di mana, remaja dalam proses untuk membentuk jati diri dan era pemberontakan. Adakah kita mampu mematuhi segala arahan suami tanpa sedikit pun pemberontakan di dalam hati? Adakah kita mampu menghadapi keluarga mertua yang sememangnya asing bagi kita? Adakah kita sudah bersedia menganggap keluarga suami adalah keluarga kita sendiri? Adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan ibu dan bapa kita? 

ADAKAH KITA BETUL- BETUL SUDAH BERSEDIA??


So, until next time,
TQ,
~ May be peace be upon you ~

Wednesday, June 27, 2012

DEAR MIMI,

Ok, ni khas buat ko..
Well, aku da taw ko ada 2-2 blog aku.. cuma, blog ini lebih kepada rahsia hati aku..
Sebab, aku akan tulis blog ni bila, aku rasa amat perlu perasaan ini diluah sahaja.. :)

Dan.. memang aku agak rapat dengan pak cik tu sekarang..
aku pasti, ko akan pikir entri aku sebelum ni adalah berkenaan pak cik tu kan??
Actually, bukan la..
Aku memang xleh anggap pak cik tu lebih dari kawan je..
Entri sebelum ni adalah someone else yang xboleh aku ceritakan..
so, Biarlah rahsia...

So, harap jangan ada salah faham yerkk.. :D

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Wednesday, June 20, 2012

CINTA TERBAIK

Cinta terbaik adalah terdiri daripada:

CINTA ILLAHI
CINTA KEPADA RASULUALLAH SAW
CINTA KEPADA AGAMA
CINTA KEPADA IBU BAPA

&

CINTA DALAM DIAM

Semalam, chantting dengan seorang rakan, dok gurau2x.. then, dia terkeluar mengatakan:

MENCINTAI SESEORANG DALAM DIAM ITU SATU DOA

Aku hanya tersenyum membaca ayatnya.
Secebis ayat, penuh makna tersirat.
Aku hanya mampu berdoa, semoga ditemukan cinta sebegitu.

Sungguh, aku amat bersetuju dengan kata- katanya kerana itulah antara cinta terbaik. Tidak perlu diluah, tidak perlu berpegangan tangan, tidak perlu keluar ke hulu, ke hilir, xperlu bertukar- tukar mesej, xperlu bertelefon siang dan malam. Cukuplah sekadar berkawan, dan berdoa agar dialah jodoh terbaik buat kita. Jika dia bukan jodoh kita, pasti Allah akan anugerahkan orang yang lebih baik buat kita. 

Cintailah si dia kerana Allah SWT. Insyallah, akan dipermudahkan segala urusan. Cinta yang hadir daripada Allah SWT pasti akan mendapat berkat dan dipelihara rumah tangga yang dibina dunia dan akhirat.

Semoga kita semua memperolehi cinta sebegitu..
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, June 19, 2012

RESTU IBU

Salam.. Sudah lama aku tidak meng'update' blog ini. Maaf ku pinta kerana aku sibuk dengan blog yang satu lagi.

Entri kali ni adalah berkenaan RESTU IBU.

Disebabkan sekarang merupakan minggu peperiksaan, aku study dan study. Tiba- tiba aku rasa letih dan bosan. Lantas aku teringat mesej sahabatku semalam yang berbunyi,

" Allah tidak melihat kpd luaran dan tubuh kamu,
Allah melihat kpd hati dan amalan kamu"

Aku pun hairan kenapa kawan aku menghantar mesej sebegitu. Memang tidak salah, malah ianya amat baik jika selalu berpesan begitu, cuma aku hairan. Tapi, xmengapa, aku gembira dengan pesanan yang dikirimkan buatku.

Selepas letih belajar, aku sibuk memikirkan, pesanan apa yang patut kukirim buatnya. Satu pesanan ringkas yang pasti memberi 1000 makna buatnya. Lantas aku teringat bahawa, dia amat rapat dengan keluarga dan ibunya, dan aku selalu berpesan kepadanya, ' nak buat apa- apa, kena bgtaw mak dulu taw!'
So, aku kirimkan teks ini,

"Whatever we do.. Do not forget to ask restu from our mother..
Keredhaan ibu adalah keredhaan Allah juga"

Semoga dia juga menghargai pesanan aku sebagaimana aku menghargai pesanannya. 

Restu ibu sangat penting dan amat bernilai buatku. Apa yang aku buat, aku akan pastikan mama aku tidak akan terluka, dan akan merestui apa jua tindakan aku. Kerana, restu ibu adalah kunci kepada kebahagiaan dunia. Ibu redha, Allah pun redha, hidup di dunia, Insyallah selamat dan bahagia. 

So, janganlah anda memandang ibu sebelah mata atau membuang ibu anda ke tepi kerana, kesedihan ibu, terlukanya ibu adalah kemurkaan Allah SWT. Pandanglah ibu dengan penuh kasih, senyumlah kepada mereka, baik buruk ibu, itulah ibu kita. Doalah kepada Allah agar ibu kita sentiasa dilindungi dan diredhai sebagaimana ibu telah melindungi dan meredhai setiap perjalanan hidup kita. 

EVERYDAY IS ALWAYS MOTHERS DAY!!

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Thursday, March 15, 2012

DUIT IS ON..

Well,
baru- baru ni pada hari Selasa,
Duit biasiswa aku dah masuk..
Alhamdulillah!!
Syukur aku..
Akhirnya, tamat juga kesengsaraan aku hidup tanpa duit..


YUUUHHUUUU!!!
Gembira dalam hati..
Duitku kini sudah masuk..
Hidup pun dah kembali teratur..
Xperlu nak berhutang sana sini..

So,
ni kena plan duit baik- baik..
xnak da joli- joli..
habis duit aku..

So, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Tuesday, March 13, 2012

LUMRAH SEORANG WANITA..

Hello,
Hai...,
Selama beberapa hari ini, aku xupdate blog ini.. bukan malas ke apa, tapi, kekeringan idea untuk berkata- kata.

So, pada malam ini, timbullah idea ni.. 

" WANITA MEMANG SUKAKAN PERHATIAN"



Aku pun xfaham kenapa perempuan sukakan perhatian, tapi, itulah kenyataannya. Sebab aku ak kata macam tu? it is simple.. because i am also a girl, a lady, a teenager and also a woman. 

Disebabkan suka perhatian tu, ramai perempuan cuba menarik perhatian lelaki- lelaki melalui pelbagai cara.

Ada yang dedah lurah dada, ada yang dedah paha, ada yang sengaja pakai baju nipis- nipis, ada yang tutup aurat, tapi menggedik dengan lelaki..

Itu semua hanyalah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki- lelaki. Ini kerana, memang lumrah hidup wanita yang sentiasa inginkan perhatian. Apabila mendapat perhatian, kita berasa lebih dihargai dan diterima oleh umum..

Sebab tu, bila ber'couple', ada wanita ni mati- matian nak je selalu mesej pakwe dia, nak cakap itu la, ini la. Sebenarnya, dorang bukan nak ganggu teman lelaki dorang, dorang cuma minta perhatian je. Jadi, kalau ada pakwe, tapi pakwe macam xambil kisah pun pasal dia, mesti dia dah mula fikir macam- macam, dan dia akan buat something yang akan membuatkan pakwe dia tu beri perhatian kepadanya. Itulah lumrah wanita.. (law salah, harap maaf.. )

Sebenarnya, depends la kepada kita, wanita.. Macam mana cara yang kita boleh buat untuk mendapatkan perhatian daripada kaum lelaki, asalkan jangan menyalahi hukum agama.

Aku, memang mengaku naluri aku ni pun mahukan perhatian daripada lelaki. Tapi, sedaya upaya aku mahu mengelak daripada menjadi perhatian lelaki. Aku xmahu terlalu menonjol sebab takut nanti aku lupa diri... Masyallah.. Minta dijauhkan daripada sifat- sifat dimurkai Allah SWT..

Hati kata mahu, tapi akal kata xmahu.. - Itulah aku..

Dan, aku sendiri xtaw adakah aku ni menjadi perhatian lelaki?? May be yes, may be no.. 

Apa pun, aku xkisah.. sebab aku mahu menjadi perhatian kedua ibu dan bapa aku, kawan- kawan, lelaki, perempuan, dan orang ramai kerana ilmuku.. bukan kerana bentuk fizikal, atau rupa.. 

Insyallah.. AKU AKAN DIKENALI KERANA ILMUKU.. AMINN...

So, 
until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~