Thursday, March 15, 2012

DUIT IS ON..

Well,
baru- baru ni pada hari Selasa,
Duit biasiswa aku dah masuk..
Alhamdulillah!!
Syukur aku..
Akhirnya, tamat juga kesengsaraan aku hidup tanpa duit..


YUUUHHUUUU!!!
Gembira dalam hati..
Duitku kini sudah masuk..
Hidup pun dah kembali teratur..
Xperlu nak berhutang sana sini..

So,
ni kena plan duit baik- baik..
xnak da joli- joli..
habis duit aku..

So, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Tuesday, March 13, 2012

LUMRAH SEORANG WANITA..

Hello,
Hai...,
Selama beberapa hari ini, aku xupdate blog ini.. bukan malas ke apa, tapi, kekeringan idea untuk berkata- kata.

So, pada malam ini, timbullah idea ni.. 

" WANITA MEMANG SUKAKAN PERHATIAN"



Aku pun xfaham kenapa perempuan sukakan perhatian, tapi, itulah kenyataannya. Sebab aku ak kata macam tu? it is simple.. because i am also a girl, a lady, a teenager and also a woman. 

Disebabkan suka perhatian tu, ramai perempuan cuba menarik perhatian lelaki- lelaki melalui pelbagai cara.

Ada yang dedah lurah dada, ada yang dedah paha, ada yang sengaja pakai baju nipis- nipis, ada yang tutup aurat, tapi menggedik dengan lelaki..

Itu semua hanyalah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki- lelaki. Ini kerana, memang lumrah hidup wanita yang sentiasa inginkan perhatian. Apabila mendapat perhatian, kita berasa lebih dihargai dan diterima oleh umum..

Sebab tu, bila ber'couple', ada wanita ni mati- matian nak je selalu mesej pakwe dia, nak cakap itu la, ini la. Sebenarnya, dorang bukan nak ganggu teman lelaki dorang, dorang cuma minta perhatian je. Jadi, kalau ada pakwe, tapi pakwe macam xambil kisah pun pasal dia, mesti dia dah mula fikir macam- macam, dan dia akan buat something yang akan membuatkan pakwe dia tu beri perhatian kepadanya. Itulah lumrah wanita.. (law salah, harap maaf.. )

Sebenarnya, depends la kepada kita, wanita.. Macam mana cara yang kita boleh buat untuk mendapatkan perhatian daripada kaum lelaki, asalkan jangan menyalahi hukum agama.

Aku, memang mengaku naluri aku ni pun mahukan perhatian daripada lelaki. Tapi, sedaya upaya aku mahu mengelak daripada menjadi perhatian lelaki. Aku xmahu terlalu menonjol sebab takut nanti aku lupa diri... Masyallah.. Minta dijauhkan daripada sifat- sifat dimurkai Allah SWT..

Hati kata mahu, tapi akal kata xmahu.. - Itulah aku..

Dan, aku sendiri xtaw adakah aku ni menjadi perhatian lelaki?? May be yes, may be no.. 

Apa pun, aku xkisah.. sebab aku mahu menjadi perhatian kedua ibu dan bapa aku, kawan- kawan, lelaki, perempuan, dan orang ramai kerana ilmuku.. bukan kerana bentuk fizikal, atau rupa.. 

Insyallah.. AKU AKAN DIKENALI KERANA ILMUKU.. AMINN...

So, 
until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Wednesday, March 7, 2012

My Little Diary, Momo..

Well.. dah lama aku xupdate blog ni kan..
Saya juga telah pun berasa rindu dengan blog ni..
Sejak ada 2 blog, saya lebih tertumpu pada blog baru..
ada la beberapa entri dalam blog itu...

MY LITTLE Diary, Momo


Itulah nama blog baru saya..


itulah link blog baru aku...
well, have time to visit it...
Blog tu agak simple.. dan aku ase macam cute gak la..
Well, aku kan lady.. so, mmg itulah citarasa aku..
huhuhu..

so,
Until next time, 
TQ,
~ May be peace upon you ~

Sunday, February 26, 2012

TAK TAW APE..

Ermm.. Hari ni, aku xtaw nak cakap pasal apa.. Cuma, baru- baru ni, aku ade tolong member aku sorang ni wat blog.. Well.. Alhamdulillah, semua berjalan lanjar..


so, leh la sape-sape yang berminat nak bca blog dia, silala buka... Sekarang, ada la beberapa entri yang baru dia tulis.. :)
Sekarang juga, aku dalam proses buat paper work untuk ke Bangkok.. Insyallah, aku akan ke sana semester ni.. Kalau, xjadi, aku akan ke Singapore je la.. Xdapat aku merasa naik flight mewah.. (sebab lecturer aku nk tempah flight yang transit punye, macm yang jerman or perancis punye flight.. huhuhu..)

Well, agak boring sekarang.. So, biarlah dulu untuk hari ni.. Cukup setakat ni..

Until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Friday, February 24, 2012

SEMESTER BARU

Semester baru, aku ambil 6 subjek.. kelas 3 hari seminggu. Aku free 4 hari, Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin...
Bestnye.. :D

Antara subjek aku ambil semester ini adalah:

Undang- undang Perniagaan
Pendidikan dan masyarakat (ini Pilihan Bebas a.k.ja PB)
Cross- culture Management
International Human Resource Management
Penyelidikan Perniagaan
Pengurusan Emosi (Subjek U2 yang akan ditukar taraf jd PB)

Cukup la 6 kan?? huhuhu..
Target sem ni 4 flat.. Insyallah!!!

Semester ni banyak sangat program aku masuk. Yang aku rancang nak masuk sebenarnya. Malam Anugerah Kajai (MARAK),  nak pergi Pulau Batam, Indonesia, then aku masuk 3 program ko- k, ketuk rebana ubi, manifestasi kemerdekaan dan festival gamelan. Under major aku jugak akan buat program, macam planning nak pergi Bangkok, Thailand dan perlu wat satu event, Cultural Day.. (lebih kurang gitu la name program tu.. aku pun xsure). So, agak banyak juga la program yang aku masuk. So, agak busy la aku sem ni. Well, xpe la, itula, soft skill namenye. Huhuhu.. :)

so, pesan aku pada diri aku sendiri, semoga aku boleh bahagi masa sebaik mungkin dan dapat result yang baik. Insyallah.. :)

GO KILA.... GO KILA... GO KILA... 4 FLAT sem ni ye!!

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, February 21, 2012

TAHNIAH KEPADA SEORANG KAWAN AKU KAT UKM

Well, ini cerita pasal seorang member aku kat UKM ni. Aku nak ucap TAHNIAH kepada dia secara ikhlasnya. WHY???



Sebab dia dapat pointer yang aku sendiri xboleh nak percaya. Xperlu la aku sebut berapa pointer dia, tapi, sikit lagi nak dapat 4 flat. Aku memang salute dengan dia. Memang xleh caya la. Tapi, itu rezeki dia. Alhamdulillah... Aku pun buleh tumpang bangga, sebab dia kawan aku.. Cehhh.. time ni la baru ngaku kawan. hahahaha..

Pape pun tahniah ye.. keep it up.. Semoga dapat Anugerah Diraja masa konvo nanti.. :)

Kepada 'member' aku tu.. kalo baca blog ni.. ditekankan, KALAU BACA...
Aku nak kau tahu bahawa aku memang ikhlas ucap tahniah pada kau... Walaupun perangai aku ni gila- gila sikit, kebudak- budakan sikit, tapi, seriously, aku ucap CONGRATULATIONS..!!!
So, ape- ape pun, teruskan usaha, moga selalu dapat result cemerlang, dan jgn lupa aku ye.... :)

so, until next time,
~ May be peace upon you ~
TQ

Sunday, February 19, 2012


Semester baru telah bermula..
Azam semester baru: NAK DAPAT 4 FLAT..
Insyallah...
Aku akan berusaha sebaik mungkin..
Sem lepas, usaha aku berbaloi..
Aku rasa aku dapat keputusan yang agak cemerlang..
Alhamdulillah..
Allah bagi juga aku result yang baik..
yang penting, kita jgn lupa berusaha..
dan..
THINK POSITIVE..
Kita pun akan dapat result yang positif..

So,
Aku akan mula belajar hari ni,
20.02.2012
tamat??
well, xtaw lagi, 
sebab jdual exam final xdpt lagi..
huhuhu..

until next time,
~ May be peace upon you ~
TQ