Tuesday, July 5, 2011

Lagi satu artis ala- ala KPOP- 24:7/ MAX 247

Well.. ak baru jew terbaca pasal kumpulan ni kat Beautiful nara.. adoi, ingatkan da abes satu kumpulan KPOP Malaysia, gula- gula, tapi ada lagi..








inilah wajah-wajah kumpulan ni.. nama asal, 24:7, tapi ditukar kepada MAX 247... at first dorang mengaku "THE FIRST KPOP IN MALAYSIA", then barulah dorang wat statement baru yang dorang ni MPOP, MALAYSISA POP.. so, ok la.. malas la aku nak kritik dorang ni.. cume, bile aku tengok dorang ni, aku terbayangkan SUPER JUNIOR lak.. so, aku arap dorang ni jangan dok tiru SuJu, Big Bang, 2PM, Mblaq ke and so on...ingat, bangunkan identiti KPOP tu sendiri, wat kelainan sikit, barulah orang xmenyampah.. tambah2 peminat fanatik KPOP.. matila korang ni kene kutuk...

tapi pape pun, aku hormat dorang ni sebab berani nak wat ala- ala kpop kat malaysia ni.. tapi, mungkin susah la orang nak terima sebab korang ni pasti akan dibandingkan dengan KPOP, but i wish good luck la.. :D

Gula- gula, Kpop Malaysia??

Well, ak baru jew dapat taw pasal kumpulan gula- gula yang dikatakan kpop malaysia ni... memang agak lambat la sikit aku ni, coz aku ni xwape minat pasal artis- artis ni... tapi bile terdengar pasal kpop malaysia yang satu ni, tertarik la pulak nak tulis, ni sekadar satu opinion aku je la... 




jadi, untuk pengetahuan korang, inilah gambar kumpulan gula- gula... adoi.. please la ok.. xsesuai dengan budaya kita. Memang mesti ada orang kata, nape lak kita nak judge dorang ni, sedangkan kita dapat terima kumpulan kpop seperti Wonder Girls, SNSD, 2NE1, After School, T- ARA and so on, tapi xleh time lak kpop malaysia ni.. Kpop orii pun seksi gak, ok je... Well, bagi aku, itu budaya mereka, itu identiti mereka.. jadi xmalu ke kita nak copy paste jew identiti orang dalam budaya kita..? So, mana identiti kita? nak tiru kpop la konon.. eewww.. geli geleman aku.. well, KPOP stands for Korea Pop, JPOP stands for Japan Pop, so, kalau Malaysia, mesti la MPOP.. xgitu? and of course kita perlu bina identiti MPOP itu sendiri.. xperlu la kita copy paste jew kan.. and xpayah la nak tayang body tu kat sapew.. nak jual tubuh ke apa?? TOLONG LA!!

Hah!! Lagi satu aku ni ada gak tengok JPOP, dengar lagu JPOP, and ia ada perbezaan yang agak ketara la dengan KPOP ni.. so, iperbezaan tu la yang menunjukkan keunikan identiti KPOP and JPOP.. so, nape kita mesti nak tiru KPOP, pakai seksi, mini skirt, short, baju kecik2, boot, ambik gambar pose ala- ala cute gitu.. Well, law aku jadi ahli gula- gula tu, memang aku malu gile la.. xde indentiti MPOP langssung, pastu lak ngaku dorang tu KPOP Malaysia, and bila di translate kan jadi begini, KOREA POP MALAYSIA.. Adoi, korang tu KOREA kew? Sedar la diri sikit.. apa la nak jadi..

So, kat sini, aku nak nasihatkan production, krew and pihak- pihak yang terlibat dengan GULA- GULA ni, think twice la.. jangan sebab nak femeskan dorang, nak beri kelainan dalam industri hiburan, korang tubuhkan kumpulan ni yang aku rasa memang xsesuai dengan budaya kita, budaya Malaysia, kita punye identiti Malaysia sendiri, punya etika, punya akhlak, punya agama, fikir la.. Law betol nak tubuh satu kumpulan yang pop-pop kat Malaysia, korang bangunkan dan perkenalkan MPOP kepada Malaysia dahulu, dengan kita punya identiti tersendiri, kita punya genre lagu tersendiri, barulah orang akan hormat kita, xgitu? xperlu la kita just copy bodo- bodo gitu jew KPOP.. Law MPOP femes dan diterima oleh rakyat Malaysia, mesti kita bangga kan.. itulah MPOP..

SELAMAT BERFIKIR LAH... :D

Sunday, June 5, 2011

WANG FIAT: SEKADAR SEKEPING KERTAS.........


P      1.0   PENGENALAN
          Wang merupakan satu objek yang diterima oleh masyarakat dan sah di sisi undang- undang sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga. Wang dirujuk sebagai matawang atau wang kertas dan syiling.  Dari segi etimologi, perkataan ‘money’ berasal daripada istilah Latin yang bermaksud mint atau penghasilan siling(pengkoinan), manakala dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah ‘argent’ yang bermaksud perak ini kerana dalam pelbagai bahasa, perkataan wang adalah serupa  emas atau perak.

2.0  WANG FIAT
2.1   Definisi
          Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang- undang  dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan, contohnya wang kertas. Ianya merupakan symbol komoditi atau janji kerajaan. Namun begitu, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan penjanjian untuk membayar wang sekiranya dituntut.  Manakala dinar emas pula adalah matawang yang berasakan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di Negara- Negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan matawang Islam yang pernah digunakan di Madinah pada zaman Rasuluallah SAW.
2.2  Sejarah
          Pada 1880, sistem kewangan yang digunakan adalah piawaian emas. Cirri utamanya adalah ia merupakan sistem pertukaran tetap. Terdapat dua jenis piawaian emas iaitu Gold Specie Standard dan Gold Bullion Standard.
          Melalui piawaian ini, emas mempunyai dua fungsi utama. Pertama, emas dapat menyelesaikan pembayaran debit dan kredit dalam akaun antarabangsa. Kadua, syiling emas diterima sebagai medium pertukaran dan pembayaran di peringkat domestik. Untuk memenuhi fungsi tersebut, iaitu, bank pusat menjamin untuk jual beli emas pada harga yang ditetapkan, kedua, sesiapa sahaja bebas meleburkan emas untuk tujuan yang berbeza, ketiga pemegang emas berhak memiliki syiling bullion dan yang terakhir adalah import dan eksport emas adalah tidak terhad. Melalui syarat- syarat  yang ditetapkan, muka dan nilai emas yang dicetak sentiasa sama.
         Penggunaan wang fiat pula bermula pada tahun 910 selepas masihi apabila Negara China membuat percubaan menggunakan wang kertas dalam urusan jual beli pada masa tersebut dan berlarutan sehingga berates- ratus tahun. Namun begitu, sistem ini ditinggalkan kerana berlakunya inflasi. Kemudian, bermula pada 1716, Negara Perancis pula mula memperkenalkan dan menggunakan wang kertas dan menyatakan bahawa semua cukai perlu dibayar menggunakan wang kertas. Oleh itu, pada masa ini, permintaan wang kertas meningkat dengan mendadak seterusnya menyebabkan berlakunya lebihan wang dan wang palsu lalu menyebabkan sistem ini lupus. Namun begitu, pada 1791, kerajaan Perancis sekali lagi menggunakan mata wang kertas. Akibat daripada penggunaan wang kertas, pada 1795, berlaku kenaikan inflasi kepada 13.000%. kemudian, revolusi wang kertas ditamatkan oleh Napoleon membawa keamanan kepada Perancis lebih daripada satu abad. Pada 1932, sebuah bank sentral diperkenalkan di Argentina di mana bermulanya era kejatuhan mereka dan sistem ini diteruskan sehingga ke hari ini.
           Permintaan kepada kewangan amat besar semasa Perang Dunia I dan ia  hanya dapat dipenuhi dengan penciptaan wang. Kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas (Gold Standard) dengan tujuan untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini berlaku kepada pasaran domestik.  Pada 1933, hanya lima Negara yang masih menggunakan sistem piawaian emas iaitu Perancis, Belgium, Holland, Itali dan Switzerland. Namun begitu, sistem ini berakhir pada tahun 1936 kerana berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.
           Bermula pada 1931 dan seterusnya, beberapa negara telah memperkenalkan kawalan pertukaran asing sebagai tindak balas krisis tersebut. Ia bertujuan untuk memastikan rizab kadar pertukaran asing adalah mencukupi dan dapat memnuhi pembayaran semasa. Oleh itu, kawalan import dan eksport telah diamalkan oleh kerajaan. Dua cirri utama pertukaran asing yang dititiberatkan adalah sekatan ke eksport modal dan tuntutan menyerahkan hasil kutipan matawang asing daripada eksport. Apabila,  Perang Dunia II meletus, hal ini memaksa negara- negara yang tidak berbuat demikian turut menggunakan sistem ini.
           Akibat daripada Perang Dunia II, Amerika Syarikat dan Britain bersepakat untuk membentuk sistem kewangan yang bebas dan stabil serta berbentuk multilateral pada tahun 1943. Ekoran daripada peristiwa ini, pada Julai 1943, persidangan Breton telah diadakan. Kesannya, kedua- dua Negara bersetuju untuk menggunakan konsep piawaian emas dan menubuhkan tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menyelia operasi tersebut. Melalui cara ini setiap ahli negara IMF telah  mencapai kestabilan matawang masing- masing relatif kepada emas atau USD.  Sistem ini dikenali sebagai Sistem Bretton Woods.
          Pada 1944, pihak US telah menetapkan belian dan jualan emas antara IMF dan bank pusat lain pada kadar USD32 per auns emas. Disebabkan oleh, USD dapat diubah kepada emas, kebanyakan matawang Negara lain adalah dalam bentuk emas dan USD untuk memperolehi faedah bunga. Hal ini menyebabkan kebanyakan bank pusat menggunakan instrumen untuk campur tangan dalam pasaran. USD menjadi sandaran dalam transaksi antarabangsa.
          Sekitar 1950an, sistem itu berjalan dengan lancar. Namun begitu, sekitar 1960an, defisit yang tinggi dialami oleh Amerika Syarikat. Akibatnya, pada Ogos 1971, wujudnya keraguan terhadap kebolehan boleh ubah USD kepada emas. Maka, pada 15 Ogos 1971, Amerika Syarikat mengumukan bahawa USD tidak boleh ditukar dengan emas. Kemudian pada 13 Februari 1973, harga emas ditingkatkan daripada USD 38 kepada USD 42.22 per auns. Ekoran peristiwa ini, Switzerland dan Jepun telah menilai semula matawang mereka kepada 12% dan 7½% seterusnya mengakibatkan Sistem Bretton Wood berakhir. Kemudiannya, sistem kawalan terapung digunakan oleh sesetengah negara maju yang diketuai oleh Jerman.
          Tetapi, kepada negara- negara yang membangun, mereka masih lagi menetapkan matawang mereka bersandarkan kepada USD, contohnya Ringgit Malaysia (bermula pada 1998), matawang Brunei dan Hong Kong serta Sing Dollar.



3I   3.0  ISU WANG FIAT: KESAN PENGGUNAANNYA TERHADAP EKONOMI DAN                      MASYARAKAT
          Penggunaan wang fiat telah memberi kesan buruk kepada sistem ekonomi dunia. Masyarakat dunia telah mula menyedari bahawa wang fiat ataupun dikenali sebagai wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai sebenar seperti wang sebenar iaitu emas.

          Nilai wang yang dicetak di atas kertas ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran. Hal ini bermakna nilai wang fiat bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengelurkannya. Pada dasarnya, wang kertas digelar wang fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi ai dikeluarkan oleh pihak- pihak tertentu dan dijamin nilainya. Namun begitu, ianya hanyalah sekeping kertas yang diterima umum untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan wang fiat adalah berdasarkan kepercayaan semata- mata. Sekiranya masyarakat sekeliling mula meragui atau hilang kepercayaan terhadap wang fiat, ia tidak lagi boleh digunakan.

          Sejarah lalu telah membuktikan bahawa wang fiat tidak berguna jika sesebuah negara dilanda peperangan lalu wang tersebut dilambakkan dan dibakar sehingga hangus. Di Malaysia contohnya, pada zaman penjajahan Jepun, istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ telah digunakan sebagai matawang, namun ia tidak mampu untuk membeli secawan beras. Hal ini menyebabkan berlakunya lambakan duit tetapi tidak meningkatkan taraf hidup masyarakat pada masa tersebut.

          Wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang- hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastik digital di mana wang ini tidak disokong oleh apa- apa aset yang nyata. Nilainya mudah untuk dimanipulasi oleh speculator matawang.  Contohnya, krisis ekonomi Asia 1997 berlaku kerana adanya unsur spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlakunya susut nilai matawang. Keadaan ini dinamakan money meltdown. Sebenarnya keadaan ini telah berlaku sejak 1973 dan 1980 apabila berlaku kejatuhan Dolar Amerika.

          Penggunaan wang fiat juga menyebabkan berlakunya inflasi. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, member hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga lagi wang fiat yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat.

          Apabila berlakunya inflasi, ia akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kuasa beli masyarakat akan berkurangan. Hal ini kerana nilai wang fiat akan menjadi rendah berbanding harga barangan yang diperlukan oleh masyarakat. Contohnya, menggunakan  RM 1000 dahulu, seseorang mampu memiliki sebuah kereta import, namun, akibat inflasi, menggunakan RM 1000 kini, seseorang belum mampu membeli kereta import. Harga barangan menjadi terlalu tinggi sehingga nilai wang fiat jatuh.

          Dalam kehidupan masyarakat sekarang, masyarakat hidup dalam serba kekurangan akibat berlaku kenaikan harga barangan yang terus menerus. Ini meyebabkan hampir semua masyarakat di Malaysia berhutang dengan bank atau institusi kewangan. Hutang ini perlu dibayar berserta dengan faedah atau riba mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Pelbagai alasan telah diberikan oleh pihak tertentu untuk terus mengamalkan riba, antaranya adalah, peminjam telah menggunakan modal tersebut untuk memenuhi keperluannya sendiri, maka wajar bagi pemiutang untuk menuntut sebahagian keuntungan tersebut. Keuntungan yang diperolehi oleh peminjam wajar dikongsi.

          Selain itu, penggunaan wang fiat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kadar pengangguran dan peningkatan dalam kegagalan syarikat perniagaan. Ini kerana sistem kewangan fiat menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang yang besar antara golongan berada dengan golongan miskin. Nilai wang fiat yang tidak stabil menyebabkan berlakunya krisis kewangan dunia di mana Dolar Amerika telah jatuh. Kejatuhan Dolar Amerika menyebabkan negara- negara yang matawangnya bersandarkan Dolar Amerika, contonya Ringgit Malaysia turut terkena tempiasnya. Berlaku inflasi yang teruk sekitar akhir tahun 2008 di mana beberapa buah syarikat terpaksa ditutup dan syarikat terpaksa membuang perkerja mereka. Ini menyebabkan berlakunya pengangguran.

          Selain itu, wang fiat tidak mempunyai nilai sebenar dan tetap kerana ia hanya bersandar kepada sekeping kertas dan tidak diperakui oleh manusia sejagat. Nilai wang fiat hanya diperakui jika wang tersebut dicop oleh bank pusat sesebuah negara, contohnya Ringgit Malaysia diperakui sah apabila dicop dan diperakui oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermakna tanpa cop dan akuan Bank Negara Malaysia, nilai Ringgit Malaysia hanyalah sekadar sekeping kertas yang tidak bernilai, contonya wang palsu. Wang palsu tidak boleh digunakan kerana ia tidak diperakui sah oleh bank. Itulah nilai sebenar wang fiat.  

          Penggunaan wang fiat juga menjadikan pertukaran matawang antara negara menjadi tidak stabil. Ini kerana wang fiat mudah untuk dimanipulasi dan disalahgunakan seterusnya menyebabkan berlaku unsure riba. Hari ini, dunia dapat melihat berlakunya ketidakadilan dalam sistem pertukaran matawang dunia, contohnya, RM 3.35 hanya dapat ditukarkan kepada USD 1. Ini menunjukkan bahawa nilai matawang antara negara maju dan negara membangun mempunyai nilai yang berbeza dalam sistem pertukaran matawang dunia. Secara tidak langsung, dapat dikatakan bahawa negara- negara maju telah memanipulasi dan menyalahgunakan wang fiat demi kepentingan negara mereka.      


4.0   RUMUSAN
Kesimpulannya, sejarah telah mencatatkan bahawa penggunaan dinar emas mampu bertahan berkurun lamanya bebanding nilai wang fiat. Namun begitu, pelbagai sebab dan alasan telah diberikan oleh pihak tertentu bagi menggunakan wang fiat dalam sistem perdangangan dunia.

          Ekoran daripada hal ini, selama beberapa kurun, wanf fiat telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Pengeluaran wang fiat secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Percetakan wang fiat secara berleluasa menyebabkan penurunan nilai matawang dan berlakunya inflasi. Inflasi yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada sistem ekonomi dunia, malahan turut memberi implikasi yang buruk kepada masyarakat dunia. Penggunaan wang fiat dalam ekonomi kapitalis juga mendorong kepada berlakunya spekulasi, manipulasi dan gharar di mana ianya bertentangan dengan hokum Islam. Akibat daripada spekulasi, manipulasi dan gharar ini menyebabkan nilai wang fiat sentiasa tidak stabil. Hal ini seterusnya menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam perdangangan antarabangsa.

          Namun begitu,  kelemahan sistem wang fiat dapat diatasi melalui penggunaan matawang dinar emas. Terdapat beberapa bukti tentang galakan menggunakan wang emas berbanding wang fiat. Selain itu juga, nilai emas terbukti sentiasa stabil biarpun berkurun lamanya. Ini telah dibuktikan dengan sejarah dunia di mana sebelum Perang Dunia Pertama, sistem piawaian emas digunakan, dan ekonomi dan masyarkat dunia dalam keadaan baik selama berkurun- kurun sehinggalah munculnya penggunaan wang fiat.

          Oleh itu, wajarlah piawaian emas sekali lagi digunakan sebagai matawang utama dunia agar keamanan dan kemakmuran dunia sekali lagi dapat dikecapi. Masyarakat dunia perlu menyedari tentang kelebihan wang emas berbanding wang fiat yang banyak kelemahannya.

Wednesday, June 1, 2011

GAMBAR TOM MARVOLO RIDDLE




INILAH KONONNYA TOM MARVOLO RIDDLE.... aku xingat nama pelakon ni....
tapi dengan muka berlagak dia tu, memamg sesuai la sangat..
hahahahhahahahha!!!!

Thursday, May 26, 2011

TOM MARVOLO RIDDLE aka LORD VOLDERMOLT

Well.. inilah kerja aku sehari2.. membaca tentang TOM RIDDLE ni.. aku suda macam obses dgn TOM ni...
Bagi yang xkenal ngan die ni.. RIDDLE ni merupakan satu watak dalam citer HARRY POTTER.. may be ada yang xtaw, sebab xsemua orang HARRY POTTER MANIAC.. hahahaha..

Tapi aku pun bukan minat ngat ngan HARRY POTTER ni.. aku minat dengan TOM RIDDLE je.. hahaha.. sebab die ensem kot.. OK la.. meh aku cite kit sal TOM ni.. Die ni sebenarnya Lord Voldermolt masa muda la... Pelajar yang hensem, baik, bijak, intelligence, ketua pelajar Hogwarts lagi.. boleh kata die ni disenangi ramai la.. dan die juga dikira sebagai pelajar yang terbijak pernah masuk Hogwarts. Malangnya, itu cuma lakonan semata2.. die sebenarnya kejam, pandai manipulate orang lain.. Disebabkan dia ni darah campuran orang biasa dan ahli sihir (mudblood), dan die juga berketurunan Salazar Slytherine, die tukar nama jadi LORD VOLDERMOLT.. ini kerana die xleh time kenyataan yang nama bapa die TOM MARVOLO RIDDLE tu sebenarnya orang biasa dia sebenarnya mudblood. Dia berharap nama LORD VOLDERMOLT tu menjadi kengerian buat ahli sihir lain dan menjadi ahli sihir yang paling berkuasa.. dan impian tu memang dah jadi kenyataan pun..

hahahaha.. so tuk maklumat lanjut, bacalah sendiri sal TOM MARVOLO RIDDLE tu..

untuk pengetahuan korang, aku bukan minat LORD VOLDERMOLT tu, tapi aku minat TOM tu.. sebab something special sal watak die yang buat aku tertarik untuk tahu lebih lanjut. Maybe sebab die seorang yang bijak, pernah menjadi tonggak utama Hogwarts, tapi oleh sebab tertentu, dia berubah menjadi jahat dan kejam.. Aku ase macam TOM tu sebenarnya kesunyian, walaupun die disayangi oleh guru2 dan rakan, die ni macam kurang kasih sayang.. dan sangat2 misteri.. aku mmg tertarik ngan watak begini kot.. hahahhaa
Dan, aku ase die memberontak sebab nak jadi ahli sihir yang paling terer la.. macam die ni sebenarnya nak buktikan bahawa, die bukan mudblood, sebab tu die terer..

tapi, itu cuma pendapat aku jew.. aku pikir gitu la.. tapi aku mmg obses ngan watak TOM ni.. very misteri la..
patotnya pengarah- pengarah HOLLYWOOD buat satu citer sal die dan SALAZAR SLYTHERINE.. barulah macam very interesting.. konpem aku beli tiket wayang cepat2.. aku memang nak taw sume pasal TOM ni.. aku nak taw sal die masa belajar kat Hogwarts dulu, betapa bijaknya die.. aku memang nak tgk...
kalau la ada cite pasal die.. HOW INTERESTING.. kan???

ok la.. nt aku upload gambar RIDDLE kat sini.. kire cam album la...
hahahhaa


Tuesday, May 24, 2011

DISLEKSIA

Mari Kita mengenali disleksia...
DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak
Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial


MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
 
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Sumber: Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Sunday, April 24, 2011

SEMESTER 2 suda maw abes.....

semester 2 2011 sudah amw abes..
sedar xsedar aku akan ke short sem lak..
dan
xlama lagi akan masuk tahun 2
di UKM ni..
tgk la betapa pantasnya masa berlalu..
ak ase cam aku br je masuk UKM ni..
tibe2..
da nak abes da tahun 1..
da nak masuk tahun 2...
jd senior la aku...
alamak!!
makin muda la aku ni kan...
huhuhuhuhu..
pape pun..
GOOD LUCK tuk short sem ni...
arap leh baiki aku punye pointer..
insyallah..
:D